Nak yang berbakat (talented) atau yang setia (loyal)?
Dua-dua pun kita perlukan. Tapi yang setia lebih utama - dalam konteks membina team yang besar.
Dalam membina kejayaan, kita akan lalui proses jatuh dan bangun.
Waktu kita di puncak kejayaan, ramai yang akan bersama kita. Tapi bila kita jatuh, yang benar-benar setia akan tetap bersama-sama kita.
Mereka akan berjuang bersama-sama untuk bangkit semula.
More...
Rahsia kejayaan pemilik bisnes
Antara rahsia pemilik bisnes dapat cipta kejayaan besar, mereka tak sendirian.
Mereka tak mampu capai kejayaan besar dengan hanya seorang diri. Tapi mereka ada team.
Team yang sanggup berjuang bersama-sama ketika dia tak punya apa-apa.
Walaupun banyak talent (orang pandai dan berbakat) yang turut membantu dia untuk berjaya, tapi sumbangan mereka tidaklah sebesar team mereka yang setia.
Orang pandai sentiasa datang dan pergi. Mereka lompat sana sini. Sekejap sana, sekejap sini. Mereka ada banyak pilihan dan peluang.
Tapi orang setia mereka tetap bersama kita.
Bakat boleh dibangunkan, kesetiaan tidak...
Tak pandai boleh belajar. Tak mahir boleh praktis.
Lama-lama mereka akan jadi "talent" dalaman yang akan setia bersama kita bertahun-tahun lamanya.
Tapi yang tak setia, mereka hanya akan bersama kita waktu kita ada segalanya. Mereka cuma sekadar opportunist di waktu kita di puncak kejayaan.
Dulu saya tak faham kenapa usahawan berjaya sangat hargai team mereka yang setia.
Walaupun mereka terima banyak bakat baru yang join mereka ketika berjaya, tapi team yang setia tetap berada di posisi istimewa bagi mereka.
Bakat boleh dibangunkan.
Tapi kesetiaan susah...
Hargai mereka yang sedang berjuang
Pengalaman menujukkan akhirnya sumbangan paling besar dalam mencapai kejayaan adalah dari kalangan mereka yang setia.
Mereka percayakan wawasan kita. Dan akan terus kekal berjuang jatuh bangun bersama kita.
Apatah lagi ketika kita di puncak jaya! InsyaAllah...
Dalam membina team yang besar, bukan sahaja kena appreciate performer (yang memberikan hasil), yang tak perform tapi masih terus berjuang pun kena appreciate (hargai).
Selagi mereka tak give-up (mengalah), mereka tetap akan jadi performer juga satu hari nanti (insyaAllah). Bahkan bukan sekadar performer, tapi performer yang setia bersama-sama kita.
Mereka akan lebih menghargai kita akan berjalan jauh bersama-sama kita.
Hargai performer dan yang setia
Dulu saya tak faham kenapa Dato Wira (Founder Public Gold) tetap menghargai dealer-dealer lama walaupun mereka bukan lagi top performer.
Sebab tanpa mereka, PG (Public Gold) tak akan grow sebesar hari ni. Mereka adalah mata rantai atas kejayaan PG hari ni.
Waktu ARN (Annual Recognition Night), PG akan hargai performer.
Tapi dalam majlis-majlis yang bersifat peribadi, Dato akan invite orang-orang lama walaupun performance mereka tak sebagus dealer-dealer yang baru.
Dato appreciate mereka yang setia bersama Dato ketika Dato tak punya apa-apa . Itulah salah satu “PG1S - 10 Success Attitudes” yang Dato tunjukkan .
Attitude no. 6 - Appreciation dan Gratitude
Sumbangan besar team yang setia
Kalau tengok kemajuan PG hari ni, staff PG yang bagi sumbangan paling besar atas kejayaan PG adalah staff-staff lama yang dah bertahun-tahun bersama PG.
Mereka bersama PG sejak 16 tahun lalu (sejak 2008). Sejak mereka hanyalah fresh graduate (graduan baru) dan intern (pelajar latihan praktikal) bersama PG.
Dan hari ni kebanyakkan mereka adalah top management dalam PG.
Saya perhatikan, PG dah banyak hire staff-staff talented dari luar yang pegang jawatan tinggi dalam PG. Ada yang pernah jadi COO, CMO dsb...
Tapi mereka tak lama dengan PG. Dan performance mereka tak sebagus staff-staff yang bertahan lama.
Yang setia lebih utama
Staff-staff lama ni mereka grow bersama Public Gold. Daripada staff biasa-biasa sampailah mereka jadi top management dalam PG.
Dari situ saya belajar sesuatu; kesetiaan lebih utama daripada bakat dalam konteks membangunkan team.
Jack Ma (Founder Ali Baba) pun pernah share point of view yang sama berdasarkan pengalaman beliau membangunkan team Ali Baba.
Bagi yang nak membangunkan team, mudah-mudahan kita dapat belajar sesuatu. InsyaAllah.
Zulkifli
Cyberjaya
29 Ogos 2024
23 Safar 1446H
Artikel berkaitan:
- Ini Rahsia Saya Bertahan Bersama Public Gold
- Lepaskan Kejayaan Lalu Untuk Cipta Kejayaan Baru
- Leadership, Inilah Rahsia Membina Bisnes Jutaan Ringgit
- Kompeten Lagi Berintegriti, Pra-syarat Memilih Pekerja Mahupun Pemimpin
- Anak Muda, Golongan Terbaik Untuk Serahkan Legasi Kejayaan
- Nak Hidup Bahagia, Bahagiakanlah Orang Yang Mempercayai Kita