MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Suami Isteri : Betapa Manisnya Hidup Bila Berjuang Bersama-sama

August 29, 2024

Satu matlamat, satu tujuan. Dan sentiasa bergerak seiringan mencapai cita-cita yang sama...

Itulah antara kekuatan saya untuk capai apa yang kami capai hari ni. (Alhamdulillah)

Walaupun kadang-kadang orang nampak saya bergerak ke sana ke mari sendirian, beraksi di atas pentas sendirian kongsikan kisah kejayaan, tapi sebenarnya yang turut sama bekerja keras di belakang tabir ialah isteri saya, Pn Najdah Mohammed Hussain.

Tanpa dia, saya tak fikir dapat pergi sejauh ini... 

More...

Bekerjasama, peranan berbeza

Sejak 20 tahun dulu lagi kami pasang cita-cita yang sama dan bekerja bersama-sama.

Dan sentiasa dalam dunia yang sama dan di muka surat yang sama.

Cuma peranan sahaja yang berbeza...

Pasangan boleh jadi penghalang. Dan pasangan juga boleh jadi pendorong.

Sepanjang 20 tahun, beliau tak pernah 'sailang' usaha saya. Bahkan sentiasa pastikan semuanya beres supaya fokus saya tak terganggu dengan hal-hal rumah dan keluarga. 

Kalau saya kena keluar rumah untuk urusan kerja, dia tak pernah gesa saya untuk balik. Nak keluar berapa hari, nak keluar pukul berapa, nak keluar dengan siapa, bila nak balik, dia tak kisah...

Saling mempercayai

Bahkan dia sentiasa dorong saya keluar rumah dan biarkan dia jaga anak-anak kecil sendirian walaupun ketika dia tengah berpantang (selepas bersalin)...

Sebab dia tahu saya keluar rumah berjuang untuk dia dan anak-anak.

Dia benar-benar percaya saya...

Saya dan dia tak ada rahsia. Dah lebih 20 tahun hidup bersama kami tak ada rahsia.

Dia tahu segala password gajet dan akaun saya. Dia tahu segala gerak geri saya. Saya sentiasa dedahkan semua walaupun dia tak pernah minta.

Bila berjaya, saya serahkan segalanya kepada dia. 

Berlumba-lumba untuk memberi

Berapa banyak duit yang kami ada, saya tak tahu... Semuanya masuk ke akaun dia. Ya, kesemuanya!...

Saya tak minta akses ke akaun bank dia sebab saya benar-benar percayakan dia...

Saya cuma minta sekadar apa yang saya perlukan sahaja. Selebihnya saya percayakan dia untuk uruskan semua...

Sepanjang lebih 20 tahun kami berumahtangga, dia tak pernah menuntut hak sebagai "jaminan" masa depan dia. Saya nak letakkan harta atas nama dia pun dia menolak.

Tak apa katanya... Dia benar-benar percayakan saya. 

Tapi hari ni, semua duit dan harta saya serahkan kepada dia. Dia pemegang amanah dan jadi penama, walaupun hakikatnya dia sedar saya adalah pemiliknya...

Manisnya berjuang bersama-sama

Saya benar-benar percayakan dia. Dan dia juga percayakan saya...

Apa yang kami capai hari ni, bukanlah kejayaan saya. Tapi kejayaan kami bersama.

Yang sudah lebih 20 tahun sama-sama berjuang mencapai apa yang kami impikan bersama satu ketika dahulu...

Bila berjaya, kami nikmati manisnya berjuang bersama-sama...

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... 

#TipSuamiIsteri #ImpianHidup 

Zulkifli
Cyberjaya
22 Ogos 2024
16 Safar 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>