MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Suami Isteri Berbeza Bukan Kekurangan, Tapi Saling Melengkapi

September 3, 2023

Belum habis penat (balik dari Korea) lagi, dia dah minta approval untuk next trip!🤣

Sebelum saya bagi kata putus, saya tanya dia, "Abang tak join kan (next trip ke Korea)?". 

"Betul, kami berlima jer", balas dia. 

"Okay, auto-approved!", jawab saya. ✅

More...

Berfoto dan shopping, minat berbeza

Bila saya tengok foto-foto dia (dalam galeri phone) dengan 'adik-adik' dia di Korea sebaik sahaja sampai ke rumah (dekat maghrib tadi), memang betul telahan saya. 

Mereka benar-benar enjoy berfoto sepanjang trip!

Kalau saya join sekali, nanti isteri saya tak enjoy sebab saya jenis tak sabar ambil foto dan nak kena posing banyak-banyak!😂 

Dan saya pun jenis tak sabar pergi shopping lama-lama...

Kalau pergi trip, kerja saya menyembang sahaja. Sembang pasal kerja sepanjang trip. Bukan tak enjoy, tapi itulah yang saya enjoy...

Bukan kekurangan, tapi saling melengkapi

Bila fikir-fikir balik, perbezaan antara suami dan isteri bukanlah kekurangan. Tapi kelebihan. Kami saling melengkapi.

Isteri enjoy berjalan dan berbelanja. Saya enjoy kerja dan cari duit. Balance... Saling melengkapi... Alhamdulillah...

Tadi dia cerita pada saya, orang Korea ingat dia Korean. Dah la rupa ala-ala Korean. Dia pulak boleh bercakap bahasa Korea dengan fasih!

Mana taknya... Tiap-tiap minggu dia join kelas online 1-1 dengan guru bahasa Korea dia; orang Korea yang tinggal di Korea...

Bila jumpa pelancong dari Hong Kong dan China, dia boleh cakap bahasa Cina.

English pun dia fasih... 

Saya? Saya kurang cekap berbahasa... Dan kurang minat belajar bahasa... Saya minat nombor dan kira-kira...

Kami berbeza dari sudut kecenderungan...

Latarbelakang keluarga berbeza

Jadi kalau nak berjalan ke mana-mana di dunia, saya dah ada jurubahasa yang cekap bersama saya. Boleh cakap English, Cantonese atau Mandarin, Korean dengan baik, dan sedikit bahasa Jepun dan bahasa Arab! Haha... 

Minat betul isteri saya belajar bahasa...

Katanya cita-cita dia dulu nak ambil kursus pengajaran bahasa Inggeris. Nak mengajar English... Ya lah... Dia anak Cikgu Bahasa Inggeris... Ibu dia Chinese keturunan Yunan... Saya pulak anak Ustaz dan Cikgu Matematik... 

Entah macam mana dia tercampak ke UiTM Machang ambil kursus Accounting (sama macam saya), kursus yang dia tak minat...

Saya cakap dia, sebab jodoh dia ada di situ! Sebab tu Tuhan takdirkan dia ambil kursus Accounting...😂

Apa pun saya support dia dengan minatnya belajar bahasa...

Happy wife, happy life!

Zulkifli
Cyberjaya
2 September 2023
17 Safar 1445H

#TipSuamiIsteri

Sakan mereka berfoto! Sebab tu saya tak nak join sebab saya tak sabar berfoto dan berposing lama-lama. 

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>