MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

MALBATT Misi Bakara : Kebanggaan dan Pelajaran Buat Kita

September 4, 2023

Recommended! Saya dah tengok Jumaat lepas dengan 4 orang anak.

Anak saya tanya, "Papa, kenapa mereka berperang?"

"Ah... Sama macam bergaduh dengan adik beradik dekat rumah tu... Bezanya mereka bergaduh sampai berbunuhan..."

More...

Bergaduh sampai rakyat kebuluran

Apa yang saya faham, Malbatt Misi Bakara ni cerita tentang tentera Malaysia yang sertai misi pengaman PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) ketika konflik perang saudara berlaku di Somalia, tahun 1993.

Peperangan saudara sampai rakyat mati kebuluran yang dianggap terburuk dalam sejarah manusia!

Bantuan makanan yang dihantar oleh pihak luar pun tak sampai pada sasaran, sebab dikuasai oleh kumpulan bertelagah!

Maka pasukan pengaman PBB pun dihantar untuk selamatkan rakyat Somalia yang sedang tersepit akibat peperangan. Dan mendamaikan pergaduhan...

Tak mudah mendamaikan pergaduhan

Anak-anak kita bergaduh, kekadang kita pun tak tahu siapa betul siapa salah. Nak damaikan antara mereka pun tak mudah... 

Kalau kita rotan yang seorang, takut-takut kita salah jatuhkan hukuman...

Itu anak-anak yang bergaduh... Kalau orang dewasa bergaduh sampai angkat senjata, jauh lebih susah nak berdamai...

Asalnya bergaduh sebab perkara kecil. Bila sudah melibatkan terhutang nyawa, pergaduhan makin parah sebab tak puas hati cara bergaduh pulak!

Dendam atas dendam!...

Sisi lain Black Hawk Down

Movie Malbatt Misi Bakara ni, peluang tengok sisi lain dari apa yang diceritakan dalam movie Black Hawk Down.

Saya suka tengok filem based on true story ni. Lagi best dari tengok Top Gun ataupun Mission Impossible lakonan Tom Cruise... 

Dapat selami keperitan dan konflik yang dialami oleh tentera Malaysia dalam misi yang dianggap "Misi Bunuh Diri" tersebut!

Susahnya keadaan negara yang sedang bergolak. Rakyat tak berdosa jadi mangsa. Kebuluran dan penderitaan... Nyawa macam tak berharga.

Bila dah berperang, sangat susah nak kembali aman dan berbincang untuk perdamaian bila masing-masing pihak sedang menghunus senjata. Masing-masing dah berbunuh antara satu sama lain...

Masing-masing terhutang nyawa antara satu sama lain...

Rakyat tak berdosalah tersepit di celah-celah...

Ibrah dan pelajaran dari sejarah

Mudah-mudahan kita hargai dan jaga keamanan yang ada di negara kita. InsyaAllah...

Movie ni saya bagi rating 9/10.

Filem yang jadi sejarah dan kebangaan atas keberanian dan pengorbanan tentera Malaysia...

Sesuai sangat ditayangkan sempena #HariKemerdekaan2023!

Di akhir movie, penonton diingatkan tentang apa dosa membunuh. Dosa membunuh seorang manusia (tanpa hak qisas) ibarat membunuh seluruh umat manusia!

"Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya..." (Al-Maidah 5 : 32)

Zulkifli
Cyberjaya
4 September 2023
18 Safar 1445H

Pergi tengok dengan anak-anak supaya mereka ambil pelajaran dan tanam rasa cinta buat tanah air.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>