MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Negara Rumahtangga, Membentuk Keluarga Mukmin

April 16, 2009

Keluarga Mukmin

“Membentuk Keluarga Mukmin”. Itu tajuk diskusi Halaqah Pemuda malam ini, insyaAllah.

Tajuk malam ini sedikit kelainan daripada biasa. Sebagai Ketua Pemuda, saya cadangkan tajuk ini memandangkan akhir-akhir ini, saya perasan, ada kelemahan dari sudut kesedaran pembetukan keluarga muslim bagi ahli jemaah Pemuda Damansara Damai.

Lupa islah keluarga

Si ayah terlibat dengan program-program islah dan dakwah. Sentiasa berfikir untuk ajak orang ramai supaya hidup beragama, menerapkan nilai-nilai Islam dalam negeri dan negara. Tetapi Islam tak ditegakkan dalam rumah sendiri!

Sedangkan sesebuah Negara Islam itu diasaskan dengan pembentukkan individu muslim, keluarga muslim dan masyarakat muslim.

Dalam kesibukan islah orang lain, isteri, anak menantu terlupa untuk diislahkan. Isteri dan anak perempuan masih tak bertudung, atau auratnya masih tak ditutup sempurna.

Anak lelaki pun masih berseluar pendek. Itu yang zahir, amalannya pulak macam mana? Solatnya, Qurannya, mungkin juga bermasalah...

Negara rumahtangga

Kita mengejar kuasa untuk ditegakkan agama dalam sebuah negara, sedangkan ‘kuasa’ Negara Rumahtangga yang telahpun ada di tangan sendiri belum lagi digunakan sebaiknya untuk agama – membawa manusia kembali pada Tuhan.

Malam ni, saya minta sahabat kami, Saudara Hairol Anuar Ijoh buat sedikit pembacaan dan kongsikan dengan sahabat-sahabat. Seterusnya dibuka sessi perbincangan.

Mudah-mudahan kami semua dapat bertukar-tukar ilmu, dan idea untuk diamalkan, insyaAllah.

Wallahu a’alam.

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” [At Tahrim 66: 6]

Zulkifli
Damansara Damai
16 April 2009

20 Rabiul Akhir 1430H


Peringkat pembentukkan sebuah negara Islam;

1. Individu muslim.

2. Keluarga muslim.

3. Masyarakat muslim.

4. Negara Islam.

5. Khilafah Islam.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>