MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bercakaplah Dengan Tuhan Setiap Hari

October 1, 2009

"Bercakaplah dengan Tuhan setiap hari. Itulah antara cara kita memotivasikan diri. Kalau kita luangkan masa untuk Tuhan, Tuhan akan luangkan masa untuk kita"...

Pesan Mr. Heera Singh, seorang trainer dalam kursus "Customer Service" yang dianjurkan oleh syarikat tempat saya bekerja tu membuatkan saya tersentak.

Wah... Saya cukup teruja dengan tip dari Mr. Heera ni.

Beliau yang bukan muslim ingatkan saya supaya bercakap dengan Tuhan?

Bercakap Dengan Tuhan

Sebagai seorang muslim yang solat 5 kali sehari, bukankah itu waktu yang sepatutnya saya bercakap-cakap dengan Tuhan?

Subhanallah... Maha Bijaksananya Tuhan. Dia memang suruh kita bercakap dengan Dia setiap hari. Dia wajibkan kita 'bercakap' dengan Dia lima (5) kali sehari – melalui solat!

Betapa beruntungnya kita Tuhan syariatkan Solat fardhu 5 waktu! Tuhan beri peluang kita bercakap dengan Dia setiap hari.

Selain ia merupakan satu kewajipan, solat yang berkesan itu sepatutnya dapat recharge semangat dan memotivasikan kita setiap hari, kalau kita benar-benar fahami dan hayati setiap perkataan yang kita lafazkan kepada Tuhan dalam solat.

Optimis Dengan Masa Depan

Dalam solat kita berdoa, kita letakkan harapan pada Tuhan.

Bila ada harapan, kita akan optimis tentang masa depan. Tapi bila tak ada harapan, kita akan lemah dan semangat kita akan mati.

Banyak yang bunuh diri tu sebab mereka sebab mereka fikir mereka tak ada harapan lagi untuk terus hidup.

Peringatan Mr Heera Singh tu mengingatkan saya supaya motivasikan diri dengan memelihara solat.

Bukan sekadar solat, tapi pelihara solat sebaiknya. Solat awal waktu, berjemaah, solat di surau dan masjid, sentiasa usaha untuk fahamkan maksud-maksud lafaz dalam solat, dan sentiasa usaha untuk khusyu’.

Satu perkara yang saya realise, solat khuyu’ sebenarnya boleh jadi terapi. Ia melegakan stress dan segala kekusutan dalam fikiran kita. Kalau rasa penat, kita boleh dapat sedikit rehat dengan solat.

Solatlah...

Terapi Diri Dengan Solat

Dari Huzaifah r.a., dia berkata, "Apabila Nabi s.a.w. tertekan disebabkan sesuatu urusan, maka baginda mengejakan solat" (HR Abu Daud) [Nota Rujukan : Quran Haramain, halaman 251]
Dari Ibnu Umar r.a. dia berkata, Rasulullah s.a.w. melakukan iktikaf, pada suatu ketika baginda berkhutbah di hadapan ramai orang lalu bersabda, "Ketahuilah, jika kalian mendirikan solat, sesungguhnya dia sedang bercakap dengan Rabb-nya (Tuhannya). Maka hendaklah kalian mengetahui apa yang kalian mohon kepada Allah, dan janganlah sebahagian kalian menguatkan bacaannya melebihi bacaan sebahagian yang lain dalam solat." (HR Ahmad, 8.4929) [Nota Rujukan : Quran Haramain, halaman 313]

Zulkifli
Damansara Heights
1 Oktober 2009
11 Syawal 1430H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>