“Along, jangan ponteng tuisyen. Nantikan tak dapat 5A!”
Mungkin itulah antara peringatan ibubapa kepada anak-anak yang bakal ambil UPSR. Dengan penuh ikhlas, ibubapa ingatkan anak supaya komited dengan kelas tuisyen, mudah-mudahan dia dapat cemerlang dalam UPSR.
Success Principle: The Power of Spoken Words
Tapi, berdasarkan success principle yang diajar mentor kami dan ramai mereka yang berjaya di dunia, anak tersebut kebarangkalian akan sukar dapat 5A. Sebabnya ialah Kuasa Percakapan (The Power of Spoken Words) yang negatif itu sentiasa menghalang anak-anak itu untuk dapat cemerlang!
Saya pernah sedar perkara ni masa saya di sekolah menengah dulu. Jadi saya minta mama dan abah sentiasa doakan kejayaan saya. Masa di Kolej Islam dulu, setiap kali saya dapat result yang kurang memberangsangkan, saya akan telefon mama dan abah supaya doakan kejayaan saya dan saya sentiasa berjanji untuk buat lebih baik dan terbaik.
Dan akhirnya keajaiban berlaku. Keputusan SPM saya jauh lebih baik dari apa yang saya jangka! Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah.
Impak Pada Minda Separa Sedar
Lama kelamaan saya lupa The Power of Spoken Words tersebut hinggalah mentor saya ingatkan kembali. Bercakaplah apa yang kita mahu, diamkan diri dari bercakap apa yang kita tak mahu kerana ia akan memberi impak besar kepada subconcious minds (minda separa sedar) kita.
Saya sentiasa ingatkan diri saya dan isteri supaya sentiasa bercakap in positive way (dengan nada positif) terutamanya bila berhadapan dengan anak-anak. Seperti contoh saya di atas, ada baiknya ibubapa bercakap begini:
“Along berlajar betul-betul dan rajin-rajin ke tuisyen yer. Papa dan mama yakin Along boleh dapat 5A!”
Kesan Percakapan Pada Fikiran dan Perasaan
Cuba bayangkan kita adalah Along. Apa perasaan dan fikiran kita bila dengar nasihat ibubapa yang bercakap dengan nada negatif, dan apa pula bezanya bila dengar nasihat dengan nada positif? Tentunya berbeza bukan. Nada nasihat tersebut, melahirkan dua perasaan dan fikiran berbeza pada diri kita.
Nasihat bernada positif menyebabkan kita sentiasa berfikir yang positif. Berjaya, berjaya dan berjaya. Boleh, boleh dan boleh, insyaAllah. Fikiran “aku akan berjaya” sentiasa tersemat kukuh dalam fikiran kita. Manakala nasihat bernada negatif pula adalah sebaliknya.
Nyatakan Harapan, Yakinkan Mereka
Jadi bila bercakap dengan anak-anak (dan juga isteri), saya sentiasa ingatkan mereka harapan dan apa yang saya mahu tentang mereka, dan elakkan bercakap apa yang saya tak mahu tentang mereka. Sentiasa kongsikan dari hati ke hati bahawa saya yakin, mereka adalah anak yang baik, rajin, bertanggungjawab dan sebagainya.
Saya mahu mereka percaya bahawa mereka adalah baik dan boleh jadi lebih baik walaupun ada beberapa perkara yang boleh dipertingkatkan. Kerana saya yakin, kata-kata ibubapa adalah satu doa buat mereka!
Anak Bertuah!
Sepertimana orang dulu-dulu, sentiasa cakap “Anak bertuah!” bila nak marahkan anak-anak. Mereka tak akan bercakap “Kenapa degil betul budak ni ha?”, ataupun “Kenapa susah sangat nak dengar cakap ha?”.
Jadi, sentiasalah bercakap (berdoa) yang baik-baik untuk anak-anak. InsyaAllah.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Heights
31 Disember 2009
[…] Bercakaplah Dengan Nada Positif […]