MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tarah Harta: Penat Kerja 30 Tahun, Akhirnya Terpaksa Bersara Miskin!

February 1, 2026

Dah 23 tahun saya obses gali ilmu tentang kekayaan.

Dah lebih 20 tahun saya didik diri sikap dan tabiat betul tentang kekayaan.

Dari miskin bandar, sampai akhirnya saya hari ni... Alhamdulillah... 

Dah masuk 18 tahun saya educate masyarakat tentang kewangan. Dah macam-macam feedback kewangan yang saya terima.

Apa yang saya perhatikan, kenapa ramai susah nak jadi kaya?

Sebab kebanyakan orang hidup dengan mindset “tarah harta.”

TARAH!...
Macam tarah bukit sampai gondol... 

More...

Angan-angan palsu 

Pergi kerja penat-penat... 
Dapat duit — tarah habis. 

Pergi cari duit lagi... 
Dapat duit — tarah lagi.

Bila mula melabur pun, mindset masih sama.
Untung sikit — tarah semua. 

Lepas tu melabur lagi... 
Untung lagi — tarah lagi.

Cari duit, tarah. 
Cari duit, tarah.

Itulah kitaran yang dia ulang bertahun-tahun.
Penat ulang benda sama... tapi hasil tetap sama. 

Bila duit tak cukup? 
Hutang.

Bila duit masih tak cukup? 
Hutang lagi.

Tak apa... katanya.
“Bukan salah pun buat hutang, ini keperluan.”

Ayat itu sekadar nak sedapkan hati sendiri.

Dalam masa yang sama, dia masih simpan satu harapan palsu —

“Tak apa... satu hari nanti aku akan pencen kaya.”

Boleh rehat... 
Boleh enjoy hobi... 
Boleh melancong tengok dunia... 
Boleh buat apa yang dia suka... kononnya... 

Realiti di hujung usia

Sampai satu masa... 
KWSP ada RM500,000. 

Tapi hutang berbaki pun... RM500,000! 

Lepas penat kerja 30 tahun, akhirnya semua simpanan KWSP habis untuk tutup hutang saja! 

Tak ada baki untuk hidup 15–20 tahun - tanpa gaji! 

Waktu tu baru dia sedar... 30 tahun bekerja, semuanya berakhir dengan kosong. 

Nak kerja balik, dah tak ada siapa nak ambil. 

Nak teruskan hidup, terpaksa harapkan anak-anak. 

Masa tu mulalah keluar ayat keramat:

“Dulu ayah mak penat besarkan kamu...” 

Sekarang anak-anak pula kena “bayar balik.”

Disebabkan kelalaian tak bina kekayaan masa ada gaji, akhirnya anak-anak jadi mangsa - sebagai jalan keluar bagi “dana persaraan” sendiri.

Disalahkan anak-anak kalau tak beri... 

Supaya tak jadi begini

Kita kena mula dengan satu azam baru:
Belajar cara orang kaya berfikir tentang duit.

Orang kaya tak TARAH harta. Tapi KUMPUL... 

Dia penat cari duit bukan untuk dihabiskan, tapi untuk kumpul. 

Dia kumpul tabungan - sekurang-kurangnya 12 bulan gaji. 

Dia tutup hutang satu demi satu, terutama hutang miskin.

Sampai akhirnya bebas hutang sepenuhnya. 

Lepas tu, dia fokus bina harta - yang boleh jana cashflow (passive income). 

Sampai satu tahap - tak kerja pun, duit tetap masuk. 

#FinancialFreedom

Fikir cara orang kaya 

Dia simpan emas, bukan fikir nak jual bila harga naik. Tapi nak kumpul sampai cukup #1Keluarga1KiloEmas... demi masa depan keluarga. 

Dia beli rumah, bukan untuk jual bila harga naik. Tapi untuk disewakan. 

Dia beli banyak rumah, dan rumah-rumah itu akhirnya jadi mesin duit - tanpa perlu dia pergi kerja setiap hari. 

Bila harta dah cukup, dia tak lagi stres pasal duit. 

Dia bekerja sebab dia happy, bukan sebab terpaksa. 

Dia boleh memberi tanpa berkira-kira. Sebab duit yang dia beri... akan datang lagi dan lagi - walaupun dia tak pergi kerja lagi.

Akhirnya, dia boleh pilih kehidupan yang dia suka. Bukan ditentukan oleh majikan, hutang, atau keadaan yang memaksa. 

Penat bertahun-tahun tu ada penghujungnya.

Penat bekerja dan bina harta tu akhirnya berbaloi. Sekurang-kurangnya kita tak menyusahkan sesiapa.

Bahkan boleh memberi tanpa banyak berkira-kira. Alhamdulillah... 

#MotivasiKewangan

Zulkifli
Cyberjaya
30 Januari 2026
11 Syaaban 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}