Dalam "Seminar Membina Satu Juta Pertama" di Manjung (Perak) semalam (16 Ogos 2025), saya ada sampaikan satu pesanan penting kepada lebih 350 peserta, iaitu:
Kemiskinan bukan hak peribadi, tapi jadi bebanan buat orang lain.
Kalau miskin, jangan ingat kesannya hanya pada diri sendiri sahaja. Sebenarnya satu keluarga, malah masyarakat pun terheret sama.
More...
Beban bagi ahli keluarga…
Cuba bayangkan seorang ayah yang gaji cukup-cukup makan. Tapi masih 'menganut' fahaman "work-life balance".
Tak nak kerja keras lebih sikit. Walaupun simpanan tak ada, hutang pula menimbun, dia;
- Tak ambil peduli belajar urus kewangan dengan baik,
- Malas nak buat overtime,
- Tak ada usaha buat side-income (di luar waktu kerja),
- Asyik menyalahkan orang lain, tapi tak cari jalan naikkan income sendiri!
Bila anak nak masuk sekolah, duit buku pun tak cukup. Isteri terpaksa pinjam duit adik-beradik.
Yang menanggung bukan dia seorang. Anak terkena, isteri terkena, adik-beradik dan ipar duit pun kena tempias sekali!
Dan tentunya, kerajaan kena sediakan bantuan. Zakat pun kena agihkan bantuan lebih banyak.
Pendek kata, ia bukan terkesan pada diri dia sahaja. Tapi kemiskinan tu mengheret orang lain sama - untuk sama-sama tanggung bebanan!
Jadi rahmat buat orang lain
Cuba bayangkan sebaliknya... Ayah yang sama tadi pandai urus kewangan dengan baik.
Walaupun tak kaya raya, tapi serba cukup untuk dia dan ahli keluarga dia:
- Hutang rendah dan terkawal,
- Ada simpanan yang cukup 6 - 12 bulan gaji,
- Konsisten menabung 10% - 30% daripada gaji setiap bulan,
- Ada perlindungan takaful yang cukup.
Bila anak nak masuk sekolah, tak payah pinjam sana sini dah.
Bila terjadi musibah, dia boleh bertahan dengan simpanan dan pampasan daripada takaful. Dia tak menyusahkan sesiapa.
Bahkan kalau ada ahli keluarga dan saudara mara susah, dia pulak boleh hulurkan bantuan - walaupun tak banyak.
Malah kalau cukup kaya, dia boleh bayar zakat, bayar cukai, dan boleh bantu masyarakat pulak.
Daripada satu keluarga yang jadi bebanan, bertukar jadi satu keluarga yang jadi penyumbang.
Jadi rahmat buat masyarakat pulak...
Kemiskinan bukan hak peribadi
Nak jadi kaya ataupun miskin, ia bukan hak peribadi.
Siapa biarkan diri miskin dengan alasan “aku punya pasal”, sebenarnya dia sedang menyusahkan orang lain.
Yang paling cepat terkesan ialah ahli keluarga sendiri.
Kalau gagal urus kewangan - sama ada sebab malas bekerja, boros, atau malas belajar perbaiki kewangan sendiri - sampai nafkah anak isteri terabai, itu bukan lagi hal peribadi.
Tapi itu dah jadi dosa di sisi Tuhan. Dan berdosa dengan orang di bawah tangggungjawab dia - isteri, anak-anak.
Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., Nabi ﷺ bersabda:
“Cukuplah seseorang itu dianggap berdosa apabila dia mensia-siakan (tidak menyempurnakan nafkah) orang yang berada di bawah tanggungannya.”
- (Hadis Riwayat Abu Dawud, no. 1692), (Riyadus Solihin no. 294)
Kekayaan juga bukan hak peribadi
Dan kekayaan pun bukan sekadar untuk diri sendiri.
Sebab bila kita kaya, di sebalik dapat kehidupan yang lebih selesa, kita dapat kurangkan satu keluarga yang perlu dibantu. Malah lahir pula satu keluarga yang boleh bantu orang lain.
Impaknya besar. Kepada keluarga, masyarakat, sampai ke negara.
Dalam kekayaan kita, ada hak orang lain - yang perlu ditunaikan - seperti zakat, sedekah, cukai dan sebagainya.
Bila hak dan tanggungjawab disempurnakan dengan baik, barulah dapat kemuliaan di sisi Tuhan.
Kaya itu benar-benar mulia bagi siapa yang bersyukur...
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a.:
Aku mendengar Rasulullah ﷺ ketika baginda berada di atas mimbar, baginda berbicara tentang sedekah, tentang menjauhkan diri daripada meminta-minta, dan tentang mengemis daripada orang lain. Baginda bersabda:
“Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan yang di atas ialah tangan yang memberi, dan tangan yang di bawah ialah tangan yang meminta.”
- (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1429), (Riyadus Solihin no. 530)
Zulkifli
Cyberjaya
17 Ogos 2025
22 Safar 1447H
- Mentor saya pesan, kekayaan sebenar bukan diukur daripada besarnya gaji , tapi... - FB Muhammad Irfan (2025)
- Selesai Seminar M1JP di Manjung, Perak untuk bulan ini — FULL HOUSE! - FB Dr Syahirah (2025)
- 5 point kewangan yang saya dapat dari M1JP Manjung - FB Saiyidah Ismail (2025)
- Ilmu yang dikongsi bukan sekadar cakap-cakap kosong. Ia adalah strategi yang terbukti berjaya - FB Husna Zaki (2025)
- Kejayaan bukan bermakna kita buat perkara yang besar sekali, terus berjaya. Tetapi kejayaan bermula dengan langkah yang kecil - FB Intan Farhanim (2025)
- Nak bina RM1 juta bukan mustahil. Orang kerja biasa pun boleh capai asalkan ada 3 benda - FB Siti Khadijah Jusoh (2025)
- Tn. Zul rep up dengan kata-kata yang menusuk hati - FB Hilmi Ya'kub (2025)
- Nak beli emas, kat mana-mana pun boleh... Tapi kalau nak capai financial freedom dengan emas, pilihlah Public Gold. - FB Dr Mu'az Mahadzir (2025)
- Otw ke Manjung bersama team naik bas - FB (2025)


