"Duit RM50,000 ni lebih baik simpan dalam ASB atau Tabung Haji sahaja. Duit ni tak sesuai beli emas Puan..."
Pesan saya kepada seorang bakal pembeli emas yang baru kematian suami, kira-kira lebih 10 tahun yang lalu.
Walaupun terlepas 'komisyen' RM1,000 pada hari tu, tapi saya puas hati. Dapat selamatkan ibu tunggal dari kerugian beli emas.
More...
Tak sanggup makan komisyen
Dia seorang suri rumah yang tiada pendapatan.
Dia harap dengan beli emas RM50,000 (dari duit peninggalan arwah suami) tu dia dapat income bulan-bulan untuk teruskan kehidupan dengan anak-anak.
Sedangkan pelaburan emas tak ada income bulan-bulan.
Yang offer income bulan-bulan beli emas tu semuanya scam (penipuan!).
Nasib baik dia deal melalui saya. Kalau dia silap jumpa dealer, saya rasa banyak dealer tak kisah pun customer dia untung ataupun rugi.
Janji dapat komisyen!...
Elak komisyen tak berkat
Perangai saya sejak dulu, kalau ada yang nak beli emas dalam jumlah besar, saya akan tanya dulu, apa tujuan beli emas?
Lepas tu saya akan guide sesuai dengan matlamat dia.
Kalau tak sesuai, saya cakap jujur sahaja - tak sesuai!
Saya tak sanggup makan komisyen yang tak berkat...
Duit dia tu baik dia letak dalam ASB ataupun Tabung Haji.
Itu pelaburan terbaik bagi orang kebanyakan.
Konflik poket sendiri dan poket customer
Jujurnya bukan senang nak bersikap jujur.
Sesiapa yang banyak pengalaman berniaga, tentunya dia faham, para peniaga akan sentiasa hadap konflik nak buat pilihan...
Samada nak utamakan "poket sendiri" atau "poket customer"?
Walaupun deal bisnes yang terbaik adalah "win-win". Tapi tetap tak dapat lari dari situasi yang hanya satu pihak sahaja akan "win".
Bila terpaksa buat pilihan, hanya sedikit peniaga yang sanggup utamakan poket customer.
Yang lain tak kisah pun... Dia akan utamakan poket dia dulu...
Yang jujur cuma sedikit
Dia nak bayar kereta mewah... Dia nak maintain gaya hidup dia berbanding jaga poket customer!...
Mungkin itulah sebab kenapa Nabi s.a.w. beri peringatan; orang berniaga akan dibangkitkan pada Hari Kiamat bersama orang-orang yang jahat!...
Kecuali sedikit...
Berdasarkan pengalaman 20 tahun dalam dunia bisnes, saya boleh katakan; banyak peniaga tak jujur, bahkan menipu dalam bisnes, khususnya kepada customer mereka sendiri!
Kalau ada 10 peniaga, barangkali cuma 2 sahaja peniaga yang benar-benar jujur...
Yang lain... Kita kena hati-hati...
Peringatan Nabi s.a.w. kepada peniaga
Hadis ini jadi peringatan buat saya dan seluruh peniaga supaya tak tergolong dalam golongan jahat yang Nabi s.a.w. maksudkan itu.
Diriwayatkan oleh Isma'il bin 'Ubaid bin Rifa'ah;
Daripada bapanya, daripada datuknya, bahawa beliau pergi bersama Rasulullah ï·º ke tanah lapang (Musalla), dan beliau melihat orang ramai sedang berniaga. Lalu Baginda berseru:
"Wahai para perniaga!"
Mereka pun menoleh ke arah Rasulullah ï·º dengan memalingkan leher dan pandangan mereka. Lalu Baginda bersabda:
"Sesungguhnya para peniaga akan dibangkitkan pada Hari Kiamat bersama orang-orang yang jahat, kecuali mereka yang bertakwa kepada Allah, berbuat kebajikan, dan berlaku jujur."
(Hadis Riwayat at-Tirmizi, no. 1210, Ibnu Majah, no. 2146)
[Status Hadis : Imam at-Tirmizi menilai hadis ini sebagai hasan sahih, manakala al-Hakim menyatakan sanadnya sahih walaupun tidak diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim]
Dosa lazim dilakukan peniaga
Dosa-dosa lazim yang dianggap ringan dalam bisnes hari ni antaranya;
- Testimoni palsu.
- Over-claim tentang kelebihan produk.
- Sorokkan kecacatan pada barang yang dijual - e.g. jual makanan tak habis berniaga semalam (yang dah tak sedap), tapi dihangatkan balik macam yang baru masak.
- Teknik marketing berlebihan yang mendorong customer beli produk yang dia tak perlu.
- Jalankan transaksi cara yang memudaratkan kewangan customer - e.g. menggalakkan beli secara ansuran ataupun hutang pada yang tak layak.
- Misleading - sengaja berikan informasi salah tentang produk semata-mata nak dapatkan jualan.
Siapa yang tak jujur, dapatlah untung banyak mana sekalipun, kesan buruk dari dosa-dosa ni semuanya akan kembali kepada diri dia sendiri juga.
Ia akan menjatuhkan diri sendiri juga akhirnya.
Cepat atau lambat sahaja!...
Dosa akan menghantui diri sendiri
Jangan sesekali buat duit dengan cara yang salah (berdosa).
Walaupun hasilnya cepat, tapi ia akan menjatuhkan diri sendiri.
Tak perlu tunggu azab di Akhirat, di dunia pun dia akan rasa azabnya...
Di Akhirat apatah lagi...
Kalau tak bayar hutang pun tak diampunkan dosa walaupun mati syahid, apatah lagi ambil harta orang dengan cara yang salah - hasil daripada buat bisnes dengan cara yang salah!
Tentunya kesan dosanya lebih berat!
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a. bahawa Rasulullah ï·º bersabda:
"Orang yang mati syahid akan diampunkan segala dosanya kecuali hutangnya (yang berkait dengan hak orang lain)."
(Hadis Riwayat Muslim, no. 1886)
Kebaikan kembali kepada diri
Sebaliknya berbuat baik dan berlaku jujurlah dalam bisnes.
Perlakukanlah kepada customer (yang Tuhan kirimkan itu) sebagaimana kita nak diperlakukan untuk diri sendiri.
Cepat atau lambat, segala kebaikan yang kita buat tu akan kembali pada diri kita sendiri.
Di dunia akan maju. Di Akhirat kelak, Tuhan akan tempatkan kita bersama VVIP di Syurga.
Bersama para Nabi, siddiqin dan syuhada di Syurga. Amiin...
Diriwayatkan daripada Anas r.a., Nabi ï·º bersabda:
"Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sehingga dia menyukai untuk saudaranya apa yang dia sukai untuk dirinya sendiri."
(Hadis Riwayat Bukhari no. 13, Muslim no. 45, Riyadhus Solihin no. 183)
Zulkifli
Cyberjaya
12 Mac 2025
12 Ramadhan 1446H
Diriwayatkan daripada Abu Qatadah:
Rasulullah ï·º berdiri di hadapan para sahabat untuk menyampaikan khutbahnya, di mana Baginda memberitahu mereka bahawa jihad di jalan Allah dan keimanan kepada Allah (dengan segala sifat-Nya) adalah antara amalan yang paling utama.
Seorang lelaki bangun lalu bertanya:
"Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu jika aku terbunuh di jalan Allah, adakah dosa-dosaku akan dihapuskan?"
Rasulullah ï·º menjawab:
"Ya, jika engkau terbunuh di jalan Allah dalam keadaan sabar, ikhlas, dan sentiasa berperang menghadap musuh tanpa berpaling daripadanya."
Kemudian Baginda bertanya lagi:
"Apa yang engkau katakan tadi?"
Lelaki itu mengulangi pertanyaannya:
"Wahai Rasulullah, adakah engkau berpendapat bahawa jika aku terbunuh di jalan Allah, semua dosaku akan dihapuskan?"
Rasulullah ï·º menjawab:
"Ya, jika engkau bersabar, ikhlas, dan sentiasa menghadapi musuh tanpa berpaling daripadanya, semua kesalahanmu akan diampunkan, kecuali hutang. Jibril telah memberitahuku perkara ini."
(Hadis Riwayat Muslim, no. 1885, Riyadhus Solihin no. 217)
Coretan FB berkaitan:
- Hati-hatilah peniaga masa cari sales - FB Dr Zaharuddin (2025)
- Masabih : Kitab Jual Beli 38