Satu ketika dulu, saya buat bisnes untuk keluarkan saya dan keluarga daripada miskin bandar.
Saya tak pandai bisnes. Tak pernah ada pengalaman buat bisnes. Nak cari extra RM10 pun saya tak tahu. Nak cari extra RM100 - RM500 sebulan jauh sekali.
Pernah sekali saya buat bisnes jadi ejen direct selling, saya dapat komisyen RM120. Punyalah happy! Saya tunjuk penyata komisyen kepada kawan saya kononnya sebagai inspirasi.
More...
Bila saya fikir balik, apalah sangat RM120. Tapi bagi saya yang tak ada pengalaman buat bisnes, dapat extra RM120 sebulan dah sangat besar!
Besar bagi yang tak tahu bisnes
Bagi saya yang sekadar kerja makan gaji masa tu, nak dapat extra sebanyak tu, kena tunggu setahun. Tunggu kenaikan gaji tahunan.
Inikan buat bisnes sebulan pun dah dapat sebanyak tu. Punyalah happy saya masa tu dapat komisyen RM120.
Hari ni mana-mana murid-murid saya dari G100 Network (network terbesar dealer Public Gold) yang income bisnes sambilan mereka bawah RM5,000 sebulan, saya tak happy.
Saya sentiasa fikir, apa lagi patut saya buat untuk bantu mereka dapat income lebih banyak?
Saya fikir, apalah sangat nak dapat extra RM5,000 sebulan tu! Tapi bila saya kenang balik, rupa-rupanya duit extra RM5,000 sebenarnya sangat besar bagi orang kebanyakan.
Fikir nak pastikan orang lain ada kerja
Sehari dua ni, saya dapat berita beberapa orang yang saya kenal rapat tak ada kerja. Yang ada kerja, gaji pula tertunggak sudah berbulan-bulan majikan tak bayar.
Ada pula yang bisnesnya tak bagus. Income tak cukup untuk tampung kehidupan mereka.
Mula datang rasa insaf...
Sehari dua ni, kepala saya dok fikir macam mana nak pastikan mereka semua ada kerja dan income yang stabil. Sekurang-kurangnya cukup untuk tampung kehidupan asas mereka sekeluarga dulu.
Apa peluang-peluang baru yang patut saya cipta untuk buka jalan untuk mereka.
Tak tahu 'jual' kemahiran yang ada
Mereka sama macam saya satu ketika dulu. Ada kemahiran, tapi tak tahu nak pasarkan kemahiran mereka. Tak tahu “kerja sendiri”.
Mereka cuma harapkan orang gajikan mereka.
Jadi otak saya dok fikir, apakah peluang yang boleh saya terokai sesuai dengan kemahiran mereka.
Saya tahu bisnes, mereka pula ada kemahiran. Kerja saya sekarang nak kena explore macam mana kemahiran mereka tu boleh ‘dijual’ kepada pihak yang memerlukan supaya mereka ada kerja dan dapat pendapatan.
Bila saya ditahap ni, barulah saya sedar... Betapa mulianya orang kaya-kaya pemilik bisnes.
Mereka kaya sebab mereka jaga "periuk nasi" berpuluh-puluh, bahkan mungkin beratus-ratus keluarga. Untuk pastikan mereka semua ada kerja, dan ada pendapatan supaya dapur mereka masih 'berasap'...
Jaga periuk nasi banyak keluarga
Patutlah orang yang dah raya kaya, mereka sibuk terus membesarkan bisnes mereka. Bisnes lebih besar, maksudnya mereka buka lebih banyak peluang untuk orang lain dapat pekerjaan.
Bukan semua orang tahu buat bisnes.
Bisnes mereka itulah sebenarnya sediakan peluang-peluang untuk mereka yang tak tahu buat bisnes, tapi ada kemahiran.
Mungkin itulah sebab Jack Ma (orang terkaya di China) pernah sebut, kekayaan untuk kita hanyalah RM10 juta pertama sahaja. Selebihnya, kekayaan kita sebenarnya untuk masyarakat.
Untuk jaga periuk-periuk nasi mereka yang bernaung di bawah kita. Ia bukan lagi untuk kita...
Bercita-citalah jadi orang kaya
Pasanglah cita-cita jadi kaya. Sekurang-kurangnya kita dapat kurangkan lagi satu keluarga yang perlu dibantu, dan lahirkan lagi seorang yang dapat bantu masyarakat.
Memang benarlah kaya itu mulia bagi siapa yang bersyukur...
Sebab lagi besar kekayaan dia, lebih banyak kebaikan yang mereka dapat limpahkan kepada orang lain... Dia jadi rahmat Tuhan buat orang disekeliling dia...
Mudah-mudahan kita juga tergolong dari kalangan orang kaya-kaya yang bersyukur... Amiin YRA...
Zulkifli
Cyberjaya
6 November 2023
22 Rabiul Akhir 1445H
#KayaItuMuliaBagiSiapaYangBersyukur #MisiUbahHidup1000Keluarga
- Asbab bantuan pemilik bisnes ini, pasangan Sofea dan Ah Siang berjaya keluar dari kesusahan - FB Azmi Zainal (2024)
- Bisnes buat bekal pahala selepas mati - FB (2013)