MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Nasib Baik Ada Orang Berniaga

January 24, 2011

[Kemaskini 18 Oktober 2023]

Semalam kami sekeluarga travel balik kampung, Pasir Mas. Ada bisnes appointment dan sambil jenguk Mama dan Abah.

Ikutkan plan, nak bertolak dalam kul 4.00 pagi. Tapi bagun pagi, tengok-tengok jam dah 6.00 pagi!

Aduh... Saya tengok isteri masih terbaring menyusukan Hifdzi (anak ke-5) dan barang-barang pun belum siap untuk saya angkut ke kereta. 

Cuti Thaipusam

Bila keluar lewat, confirm takleh lalu Jalan Batu Caves sebab Thaipusam. So, terpaksa la keluar ke Jalan Duta. Lepas tu ambik highway DUKE untuk ke highway LPT Gombak. 

Punca lewat sebab isteri terpaksa menyusukan (breastfeed) Hifdzi, sebab susu Bio Lac Hifdzi dah nak habis.

Bila breastfeed, Hifdzi yang dah berumur 6 bulan tak berapa kenyang. Nak susu botol juga. Nak pergi beli, kedainya jauh – dekat Hospital Tawakkal. Lebih kurang 30 kilometer dari rumah kami.

Lagi pun, kedai tutup kul 6.30 lagi. Tak tahu ada tak kedai yang jual barang-barang keluaran Era Edar Marketing dekat area Damansara Damai atau Sg. Buloh. Masa tu terfikir, bagusnya kalau ada stokis area Damansara Damai. Memudahkan...

Ada Peniaga, ‘Rahmat’ Bagi Orang Ramai

Sebenarnya, itulah pentingnya orang berniaga pada kita semua (pengguna). Bila ramai peniaga, kita boleh dapat barang keperluan dengan mudah. Jimat masa, jimat duit dan jimat tenaga. 

Lagi bagus kalau peniaga tu buat bisnes secara mobile. Barang boleh terus deliver ke rumah bila-bila masa yang kita perlu. Kita boleh dapat barang terus tanpa keluar rumah!

Itulah bagusnya kalau kita jadi ejen, dealer, stokis kepada syarikat-syarikat yang bagus.

Saya memang sarankan kawan-kawan yang nak cari side income, supaya jadi ejen mana-mana syarikat yang genuine menjual produk.

Dan saya nampak, jadi orang tengah (ejen, middle man) adalah jalan terbaik untuk buat bisnes bagi orang yang sibuk. Tak payah fikir dan susah-susah nak buat produk sendiri.

Paling Mudah, Jadi Orang Tengah

Kami ada jadi ejen, dealer, dan distributor beberapa syarikat yang kami memang pakai produknya. Dalam masa sama, kami juga jual coklat, muffin dan kek yang isteri saya buat sendiri di rumah. Memang semuanya kami boleh buat duit. Alhamdulillah...

Tapi apa yang kami benar-benar realise, bisnes jadi orang tengah (ejen, dealer, distributor) jauh lebih mudah. Kita cuma fikir pasal marketing, dan bagi servis terbaik untuk customer.

Tak perlu fikir production, nak beli barang, nak simpan stok-stok bahan kalau ada immediate order. Tak perlu berpenat-penat nak buat produk (seperti muffin) bila ada customer order.

Bagi kami, apa-apa bisnes pun bagus asalkan ia genuine menjual produk. Tapi, bagi rakan-rakan yang berkerja, dan baru berjinak nak buat bisnes, mungkin ada baiknya bermula dengan jadi ejen, dealer ataupun jadi pengedar syarikat yang dah tersedia menjual produk yang berkualiti.

Bila memulakan bisnes, fokus kita sepatutnya bukan sekadar menggerakkan (menjual) produk. Tapi apa yang lebih penting ialah mengubah diri.

Ubah diri dari ulat dalam kepompong kepada rama-rama cantik, yang bebas terbang memilih mana-mana bunga yang dia suka untuk dapatkan manisannya.

Apa-apa Bisnes Pun Bagus

Berbalik pasal susu Bio Lac Hifdzi tu. Alhamdulillah... Nasib baik ada stokisnya di Pasir Mas.

Kami sampai rumah Mama Abah dalam pukul 6.30 petang. Pukul 7.00 petang saya terus call Cikgu Fauziah (stokis Era Edar di Pasir Mas). Nasib baik dia masih lagi aktif dengan bisnesnya... Hati saya lega...

Kalau tak, merengek la Hifdzi sepanjang malam sebab lapar tak dapat susu botol. Pukul 9.15 malam, kami ke rumah Cikgu Fauziah dekat stesyen minyak Shell Pasir Mas untuk dapatkan 3 peket susu Bio Lac.

Masa ambil produk tu, Cikgu Fauziah kelam kabut sikit sebab katanya rekodnya tengah celaru dan dia mintak kad keahlian Era Edar saya untuk pengeluaran kupon bonus katanya.

Ah, saya tak kisah semua tu... Yang penting Hifdzi dapat minum susu botol malam nanti. Kalau dia nak jual susu tu pada harga retail (harga runcit, lebih mahal) pun saya sanggup beli. Sebab, kami sangat perlukan susu tu...

Fokus Pada Membangun Diri

Terima kasih Cikgu Fauziah... Saya bernasib baik sebab dia masih lagi berniaga produk yang kami sangat perlukan... 

Bergembiralah bagi sesiapa yang berniaga... Kerana berniaga salah satu jalan terbaik untuk memberi manfaat kepada ramai manusia. Akhirat dia dapat, mudah-mudahan “dunia” Allah pakejkan sekali. InsyaAllah...

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Pasir Mas
21 Januari 2011
5 Safar 1432H

p.s. sesiapa di Pasir Mas yang nak dapatkan produk Era Edar seperti Susu Bio Lac, Examo, Salindah, boleh contact Cikgu Fauziah (09-7908597). Ini free promotion untuk beliau kerana telah memudahkan saya.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • ASsalamualaikum, Zulkifli

    Saya Fatimah, owner RealShoppe.Com – kedai yang menjual barang Era Edar di Jalan Pahang. Tempat terdekat untuk dapatkan Susu Biolac ialah di The Store Sg Buloh. Hubungi saya 0173971570 / 03-40244859.

    Terima kasih kerana menjadi pengguna setia Susu Biolac dan lain-lain.

    http://www.realshoppe.com

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >