Saya tertarik dengan tajuk buku ni. Kawan saya bagi dua minggu lepas. Mungkin sebab dia tahu saya suka baca buku self-development, dan atas meja workstation saya pun tersusun dua baris buku self-help, business, financial dan kekeluargaan.
Buku baru ni menarik perhatian saya. Saya belum baca lagi. Cuma baca summary, front page, page belakang, topik dan sub-topik. Dengan dua baris ayat ni, mungkin kita dapat baca apa yang nak disampaikan oleh penulis.
"With examples that range from milk to mortgages, Bernasek shows how integrity is in fact our greatest economic asset; it forms the invisible bedrock of our economy. In this "New Era of Responsibility", Bernasek's message is both essential and urgent".
Tingginya Nilai Ekonomi Islam
Buku ni mengingatkan saya betapa tingginya nilai ekonomi Islam. Betapa hebatnya ilmu bisnes yang diajarkan Nabi S.A.W. Integriti, atau bahasa agamanya adalah "taqwa", adalah asset terbesar untuk kita pergi jauh dalam bidang ekonomi, perniagaan dsb.
Tak payah tengok jauh, kita tengok kedai motor jer lah. 'Masalah' kebanyakkan penunggang motosikal macam saya ialah nak cari kedai motor yang bagus bila motor rosak. Bukan saja pandai repair, tapi dia amanah untuk repair motor kita.
Integriti Kedai Motor
Part yang boleh pakai lagi, tak perlu ditukar. Kalau janji bagi barang baik, dia mesti bagi barang baik. Masalah orang kebanyakkan, kita memang tak tahu barang tu benar-benar rosak ke tak. Pomen suruh tukar, kita pun terima jer lah. Kalau dia tipu, kita pun tak tahu.
Dia cakap barang ni original, kita pun tak tahu mana yang ori, mana yang local. Bayangkan kalau kita tahu pomen tu bagus, dan amanah, saya sure... orang jauh pun akan datang. Orang mesti bercakap-cakap pasal pomen. Dan word-of-mouth memang sangat powerful.
Dua bulan lepas, saya rugi RM50 repair motor. Lampu depan terlalu malap. Pomen cek, dia cakap bateri dah tak elok. Eh, saya rasa beteri ni belum setahun pun lagi. Bila buka, nampak macam ada oxidation pada kepala bateri. Dia cakap kena tukar, saya pun setuju jer lah sebab masa tu saya nak bergegas ke Sunway untuk business forum. Bila dah pasang bateri baru, lampu masih malap. Aduh... saya panggil taukey dia.
Rosak Sikit Pun Nak Ditukar
Bila taukey cek, bukan bateri yang problem, tapi dia punya relay. Bila tukar relay, lampu pun terang benderang. Saya tanya balik, bateri ni rosak ke tak? Katanya tak rosak, tapi tak berapa elok dah. Habis tu, boleh pakai lagi ke tak? Erm... boleh lagi. Saya pun suruh dia tukar balik bateri. Pakai bateri asal.
Toukey Cina tu cakap, "nanti saya rugi bang, dah tak boleh jual sebab dah pasang. I bagi u diskaun". Aduh... kalau buat hal dengan kedai motor ni, dah tak ada kedai motor lain yang agak okay di Damansara Damai. Saya pun dengan berat hati terima jer lah... hm... memang kali ni aku kena 'tipu'...
Next time, kalau pomen suruh tukar itu dan ini, kena hati-hati. Mungkin kita kena double cek dengan workshop lain kalau ianya major repair. Kalau dia nak bukak enjin, ops... jangan bagi. Mesti dapatkan second opinion. Sebab kalau bukak nanti, itu ini semua dia cakap kena tukar. Upah bukak & pasang jer pun bukan murah.
Mintak Second Opinion
Hari tu, enjin motor macam semput. Saya bawak ke workshop, dia cakap sikit jer ni. Kena bukak kepala enjin jer. Boleh siap dalam 20 minit. Bila bukak... ops.. itu rosak, ini rosak... entah betul ke tak. Last sekali, kena bukak lagi sampai habis satu enjin. Sebelum bukak, saya tanya boleh siap ke malam ni? Dua jam boleh siap. Tapi dalam hati saya dah tak sedap hati. Mana boleh siap pasang satu malam kalau dah bukak satu enjin. Nak cancel tak boleh sebab enjin dah habis bukak.
Hati saya dah geram. Esok paginya lepas subuh kena ke Singapore ada business conference. Last sekali, saya tahu yang saya dah kena tipu... motor kena overhaul walaupun belum sampai masa. Janji siap malam tu juga, tapi esok pun mungkin tak siap. Terpaksa la motor kesayangan saya berehat di workshop tu tiga malam. Balik dari Singapore baru boleh ambik. Kos kesemuanya ialah RM690! Aduh... satu lagi pelajaran hidup untuk saya.
Ekonomi Berasaskan Taqwa
Wah, bagusnya kalau masing-masing ada intergity. Manusia cipta pelbagai konsep ekonomi, tapi akhirnya, ekonomi yang mengikut kehendak Tuhan juga yang berjaya. Ekonomi berasaskan taqwa. Mungkin istilah modennya, "The Economic of Integrity".
Subahanallah...
Zulkifli
Damansara Damai
13 Januari 2011
9 Safar 1432
bukan kena tipu..tapi kita takde ilmu dan pengalaman..hehehe
🙂