MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kenapa Teknik “Buy Low Sell High” Tak Praktikal Untuk Kaya Dengan Emas?

March 26, 2026

Buy low... Sell high... Nampak bijak, tapi tak kaya-kaya! 

Itulah yang saya hairan... 

Secara teorinya, nak kaya dengan emas nampak mudah sangat. 

Kena pandai analisis harga... pandai baca graf... cari timing terbaik... 

👉 Beli masa harga rendah
👉 Jual masa harga tinggi
👉 Ulang banyak kali...
👉 Jadi kaya raya!

Nampak macam mudah... kan? 

More...

Tapi yang peliknya... Sepanjang pengalaman saya sejak 2010 dengan emas, saya tak pernah jumpa orang yang betul-betul kaya dengan emas guna cara ni. 

Tak pernah...

(Kalau ada, sila bagitahu saya... Saya nak belajar)

Kenapa jadi macam tu? 

Kalah dengan emosi

Bila saya perhatikan, masalah sebenar bukan pada teknik tu.

Teknik memang dah betul... Teori memang dah cantik...  Masalah sebenar pada emosi kita.

Bila sibuk monitor dan predict harga, kita akan kalah dengan emosi. Kita akan sentiasa dalam mood "takut" dan "menyesal".

Bila harga emas naik, rasa menyesal:

“Alaa… patut beli banyak lagi dulu…”

Bila harga emas turun pun menyesal:

“Aduh… rugilah beli mahal hari tu…”

Setiap kali nak beli, sentiasa datang ragu-ragu... Nak tunggu harga terbaik...

Akhir sekali, bila harga terus naik (tak turun-turun)... melepaslah peluang beli masa harga rendah... 

Sibuk monitor harga tiap-tiap hari, tapi simpanan emas tak juga bertambah... 

Nak tunggu "harga terbaik"

Hakikatnya, tak siapa tahu bila harga paling rendah, kecuali bila dah jadi sejarah. 

Bila dah melepas, tahu pun dah tak juga... Dah tak boleh dapat dah harga tu. 

Hakikat yang kita kena tahu, tak ada siapa pun dalam dunia ni tahu harga emas esok. Hatta pakar analisis harga sekalipun.

Ramai yang boleh buat prediction, tapi tak ada yang berani ambil tanggungjawab dengan prediction dia.

Hakikatnya, dia sendiri pun banyak kali tersasar. Tapi takkan dia nak canang aib sendiri, kan? 

Sebagai salah seorang ahli dalam MGA (Malaysia Gold Association), saya berpeluang kenal ramai taikun emas di Malaysia. Yang dah berada dalam industri emas dah berpuluh tahun... 

Bahkan ada yang dah generasi kedua dalam bisnes emas... mewarisi bisnes dari orang tua mereka. 

Tapi tak ada siapa dari kalangan mereka yang benar-benar tahu dan yakin predict (ramal) harga emas masa depan. 

Taikun emas pun tak tahu..  

Walaupun pengalaman dah berpuluh tahu, mereka pun tak tahu... 

Yang mereka tahu, harga emas sentiasa naik dalam jangka panjang. Itu saja... Tak nak lebih-lebih... 

Jadi siapa yang tunggu "timing" terbaik, akhirnya dia tak ke mana-mana;

  • Harga naik → nak tunggu harga turun
  • Harga tak turun → nak tunggu lagi
  • Harga makin naik → menyesal tak beli

Akhirnya, kepingan emas tak bertambah. Yang ada cuma penyesalan demi penyesalan saja... 

Realitinya, orang berjaya, mereka buat benda simple saja. 

Teknik simple untuk kaya

Mereka bukan pandai predict (ramal) harga. Tapi yang buat benda simple ni:

👉 Beli sikit-sikit, tapi konsisten

Setiap bulan dia beli. 

Dia tak kisah tentang harga:

  • Harga naik → dia beli
  • Harga mendatar → dia beli
  • Harga turun → dia beli lagi banyak (kalau ada modal).

Dia tak pening kepala... Dia tak complicated... Dia cuma fokus satu perkara saja:

“Berapa gram dah emas yang aku ada?”

Dia fokus gram (kepingan) emas, bukan fokus pada "profit" (RM). 

Mindset gold saver vs gold investor

Nak kaya dengan emas, kita kena fikir macam "penyimpan" (gold saver), bukan pelabur (gold investor/ trader) yang short-term game. 

Gold investor sentiasa fikir:
👉 “Macam mana nak untung cepat?”

Sebaliknya, gold saver fikir:
👉 “Macam mana nak kumpul emas lagi banyak?”

Ini beza mindset.

Contoh mudah:

  • Ahmad: tunggu harga terbaik → simpanan emas = 0 gram
  • Budin: beli konsisten → simpanan emas = 1 kilogram!

Walaupun harga turun naik...

Budin akhirnya ada kepingan emas yang banyak...

Tapi Ahmad masih tunggu “masa sesuai”!... 

Kuncinya "konsisten" menabung

Kunci sebenar untuk kaya dengan emas ialah konsisten. Bukan bijak berteka-teki tentang harga. 

Setiasa menabung secara konsisten. 

Tak perlu bijak analisis harga... Tak perlu serabut baca data-data ekonomi emasa... Tak perlu sibuk dengan prediction harga...

  • Harga naik → kita beli (sikit, tapi konsisten)
  • Harga mendatar → kita beli (sikit, tapi konsisten)
  • Harga turun → kita beli lagi banyak (kalau ada modal)

Teknik ni sangat simple... Pakcik makcik di kampung pun boleh buat.

Tanpa sedar, akhirnya gram emas makin bertambah... "kos purata" emas di tangan kita jadi rendah. 

Cuba bayangkan...

Saya amalkan teknik ni dah 16 tahun... Sejak harga emas tak sampai RM150 segram. Dan sekarang, harga emas pernah cecah RM750 segram! 

Fokus jangka panjang

Walaupun saya pernah beli emas pada harga puncak (lebih RM700 segram), tapi kos purata emas dalam simpanan saya masih rendah... Tak sampai pun RM300 segram! 

Nak kaya dengan emas ni macam pelari marathon... Tak laju... tapi konsisten... Kita akan pergi jauh... InsyaAllah...

Apa yang saya perhatikan, orang yang kaya dengan emas, biasanya;

  • menabung emas sikit-sikit, tapi konsisten,
  • fokus kumpul gram banyak-banyak,
  • menabung ikut bajet sendiri e.g. RM500, RM1,000 sebulan
  • tak peduli sangat tentang naik turun harga emas,
  • target simpanan emas untuk jangka panjang (2 tahun dan ke atas),
  • tak fikir nak jual emas suka-suka, walaupun dah 'untung'.

Bila emas dalam simpanan dia makin banyak, confirmlah dia lebih kaya. 

Fokus gram, bukan timing harga 

Bila emas dah banyak,  apa pun keadaan harga emas, dia senyum saja. 

Apa nak kesah dengan naik turun harga emas dalam jangka pendek? 

Akhirnya nanti... Orang yang asyik tunggu harga terbaik, akan sentiasa menunggu...

Sedangkan mereka yang beli sikit-sikit setiap bulan, emas dia makin bertimbun.

Persoalan paling penting untuk kaya dengan emas, bukanlah persoalan

  • "dah untung berapa banyak?", tapi
  • "simpanan emas dah ada berapa gram/ kilogram?". 

Itu persoalan paling penting kena tanya diri sendiri... 

Bukan sibuk dengan permainan harga... 

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
26 Mac 2026
6 Syawal 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}