Kita rasa mustahil harga rumah boleh jatuh lebih rendah daripada harga sebijik karipap.
(Walaupun ia memang boleh terjadi)
Inikan pula emas.
Malah kita rasa mustahil harga karipap Makcik Bedah (barang keperluan) makin lama makin murah.
Inikan pula emas.
More...
Sejak ribuan tahun
Antara sebab kenapa ada orang panik bila harga emas jatuh banyak, sebab dia fikir emas ni macam saham.
Bila jatuh, nilainya boleh jatuh sampai kosong!
Dia takut nilai emas jatuh lebih rendah nilainya dari sebiji karipap.
Walhal emas ni dah digunakan selama ribuan tahun, sebagai alat penyimpan nilai kekayaan (store of value).
Malah pakar-pakar yakin, ia tetap akan digunakan selama ribuan tahun akan datang.
Ia dianggap aset penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia.
Mustahil nilai akan jatuh kosong. Malah dalam bentuk debu sekalipun, nilainya tetap kekal utuh.
Siapa faham perkara basic ni tentang emas, dia tak sibuk dengan permainan harga "buy low sell high".
Permainan begitu (alat spekulasi) cuma merendahkan fungsi sebenar emas dalam membina kekayaan.
Inikan "emas"...
Sebaliknya, mereka yang faham, akan terus fokus tambah kepingan emas dari semasa ke semasa.
Harga emas naik, beli.
Harga mendatar, beli.
Harga turun, beli lebih banyak.
Beli sikit-sikit, tapi konsisten...
Bila jumlah kepingan emas di tangan kita makin lama makin bertambah, confirmlah kita bertambah kaya.
Sebab yang kita pegang tu "emas" kot!
Bukan sekadar aset yang cuma tengok nombor di skrin telefon!...

