Harga naik tak kaya, turun pun tak miskin... Yang paling penting, dah berapa keping (gram) emas yang kita ada?
Itu persoalan paling penting yang setiap penyimpan emas kena sibuk. Bukan sangat pasal harga...
Harga emas hari ni confirm lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang.
Harga tinggi rendah dalam jangka pendek tak berikan kesan besar pada tabungan kita jangka panjang.
Lagi pun tak siapa tahu bila harga mahal dan bila harga murah untuk jangka pendek.
Harga emas confirm akan naik
Yang pastinya, harga emas confirm akan naik dalam jangka panjang.
Selagi kerajaan terus cetak duit kertas (sistem wang fiat), harga emas confirm akan naik pada masa akan datang. Sebab sistem duit kertas tu memang dicipta menyebabkan kuasa beli duit makin lama makin kecil nilainya.
Suka tak suka, kita terpaksa bayar harga lebih mahal untuk dapatkan barang yang sama pada masa akan datang.
Harga barang keperluan naik, harga tanah dan rumah naik, apatah lagi barang yang dianggap mahal sejak zaman berzaman - emas.
Jadi buat apa sibuk pasal harga?
Sentiasa dikalahkan emosi
Pengalaman saya dah 14 tahun (sejak 2010) dengan emas, saya belum jumpa lagi mereka yang kaya dengan emas asbab mereka monitor harga emas (tengok graf). Belum jumpa.
Secara teori, memang dialah yang paling untung. Tapi realitinya tak macam tu.
Mereka yang sibuk monitor harga akan kalah dengan emosi - sentiasa dalam posisi "menyesal".
Bila harga naik, menyesal tak beli hari tu.
Bila harga turun, menyesal sebab beli hari tu.
Akhir sekali dia sentiasa rasa takut nak beli emas. Dia rasa tak beli emas dan duit dia habis dibelanjakan tu lebih selamat dan menguntungkan.
Walhal mereka yang beli emas tak tengok harga, emas mereka dah berkeping-keping. Emas makin banyak, confirmlah mereka makin kaya.
Nak kaya, bukan sekadar matematik
Bulan lepas, harga emas RM339 segram dah dianggap mahal. Tapi RM339 hari ni dianggap murah. Sebab dua hari lepas harga emas cecah RM361 segram!
Siapa yang menyesal beli emas masa harga mahal bulan lepas, mesti dia rasa beruntung bila tengok harga emas sekarang jauh lebih tinggi berbanding bulan lepas.
Bahkan ada yang dah untung kalau jual bulan ni.
Nak kaya ni bukan sekadar matematik. Kalau sekadar matematik, nescaya tak ada akauntan yang berbelit dengan masalah kewangan.
Sebagai seorang Chartered Akauntan, saya boleh sahkan Akauntan pun berbelit dengan masalah kewangan.
Bahkan banyak akauntan pun kewangannya masih lagi "kais sebulan makan sebulan" walaupun mereka memang bijak bab kira-kira.
Jadi yang tersenyum, bukan yang menyesal
Sebab tu saya sentiasa ulang nasihat, jangan buang masa monitor harga emas.
Saya percaya, lepas 10 tahun menabung emas, pandangan setiap kita tentang menabung emas akan berubah.
Ia bukan lagi tentang harga. Tapi sejauh mana kita konsisten tambah kepingan-kepingan emas dalam simpanan kita.
Sampai satu masa, kita bukan sahaja tersenyum tengok jumlah emas kita yang sudah berkeping-keping, bahkan harga yang pernah kita anggap mahal dulu sudah pun kita anggap murah.
Sebab harga sekarang jauh lebih mahal berbanding harga ketika bermula dulu...
Yang sibuk monitor harga, masih lagi dirundung rasa menyesal tak sudah-sudah. Nampak macam lebih bijak, tapi lepas bertahun 'melabur' dalam emas, emas yang dia ada masih sekeping dua...
Menyesal dulu tak beli banyak-banyak...
Zulkifli
Cyberjaya
23 Mac 2024
12 Ramadhan 1445H
“Ada orang menyesal beli emas sebelum ni, katanya harga tinggi. Bila tengok harga naik lagi, dia menyesal sebab tak beli lebih banyak. Penyesalan ni akan sentiasa berulang. Nak menabung emas, beli sahaja. Kita akan senyum tengok harga emas 3 - 5 tahun akan datang.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 5 Mac 2024
“Time harga emas naik, harga emas tengah mahal ni, tak sesuai nak beli emas. Time harga emas tengah turun, harga emas nak turun lagi tu, tak payah beli lagi. Sampai ke sudah, duit habis gitu je, duit tak ada, emas pun tak ada.” - FB Syahrul Azlan, 9 Mac 2024
“Logiknya, mereka yang sibuk monitor harga emas, dialah yang lebih kaya. Tapi realitinya, yang sibuk monitor harga sentiasa rasa takut nak beli. Harga emas makin lama makin naik, tapi kepingan emas dia tak bertambah-tambah. Dia kalah dengan emosinya sendiri.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 4 Ogos 2024
Coretan FB berkaitan:
- Prinsip ini susah dipraktikkan dalam kehidupan sebenar! - FB Azizi Ali (2023)
- 2 kesilapan yang sering dilakukan apabila mempraktis formula "buy low sell high" - FB Azizi Ali (2024)
- Tidak ramai pelabur sanggup buat pelaburan semasa harganya rendah! - FB Azizi Ali (2023)
- Akibat menunggu, by the time mereka bersedia untuk melabur, nilai pelaburan itu sudah naik! - FB Azizi Ali (2023)
- Bila menabung emas fizikal, tak perlu bimbang tentang harga - FB (2024)
Artikel berkaitan:
- Jangan Bazirkan Emosi Dengan Harga Emas!
- Sesiapa Pun Tersenyum Tengok Harga Emas Dulu-dulu
- Kewangan Bukan Sekadar Matematik, Tapi Juga Tentang Emosi
- Teknik Efektif Menabung Hingga Mencapai Ratusan Ribu Ringgit!
- Harga Emas Tertinggi Dalam Sejarah, Apa Patut Kita Buat?
- Kenapa Tak Jual Emas Walaupun Harganya Dah Naik Tinggi?
- Penyimpan Emas Tak Akan Rugi? Ini Sebabnya...