MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Ilmu dan Pengalaman Mahal, Peliharalah Ia Dengan Menulisnya

March 24, 2024

Tulis blog, dan bukukanlah ilmu dan pengalaman hidup supaya mudah anak muda lain dapat ikut jejak langkah beliau. 

Itu pesan saya kepada Tuan Muda Azam Amiri sebelum kami berbuka puasa dalam satu event di Menara Public Gold.

Bukan mudah nak jumpa anak muda yang masih bergelar mahasiswa, tapi dah ada empayar bisnes besar dan passive income 5 angka setiap bulan. 

More...

Tulis ilmu untuk peliharannya

Pencapaian beliau sebenarnya lebih baik dari kebanyakan mereka yang dah kerja makan gaji 30 tahun.

Sedangkan usia beliau baru 25 tahun! 

Sayangnya ilmu dan pengalaman tu kalau tak ditulis dan dibukukan...

Kalau Al-Quran yang Tuhan jamin akan terpelihara sampai Kiamat pun para sahabat Nabi s.a.w. ambil tanggungjawab membukukannya supaya ia terpelihara.

Inikan pula ilmu dan pengalaman kita yang jauh dari jaminan terpelihara. 

Tanpa dibukukan, bagaimana generasi akan datang nak dapatkan ilmu tersebut? 

Penulis pun lupa tulisannya

Saya aktif menulis di blog peribadi sejak 2008. Dengan kata lain, saya sudah lebih 16 tahun jadi content creator, konsisten!

Hasil tulisan saya di blog, saya yakin sudah mengubah hidup banyak orang, khususnya dari sudut kewangan. 

Selain bagi manfaat kepada orang lain, penulisan tu adalah akrib ilmu dan pemikiran kita. 

Bila saya baca balik tulisan-tulisan lama, saya dapat baca balik apa yang pernah saya fikir, dan apa yang pernah saya tahu apa waktu tersebut. 

Apa yang menariknya, saya sedar ada perkara yang saya dah lupa yang saya pernah tahu dan pernah berfikir begitu - ilmu dan pemikiran saya dah berubah...

Kalau penulis pun lupa apa yang dia pernah tulis, bagaimana orang lain nak ikut jejak ilmu dan pengalaman seseorang kalau ianya tak ditulis? 

Asas ilmu membaca dan menulis

Itulah sebab kenapa saya sarankan beliau dan beberapa murid saya untuk kembali menulis di blog. 

Dulu mereka menulis mungkin untuk marketing dan branding membangunkan bisnes.

Tapi bila dah berjaya macam hari ni, mereka kena terus menulis sebagai khazanah ilmu untuk dipelajari oleh ramai orang khususnya generasi akan datang. 

Ilmu dan pengalmaan tu mungkin juga bermanfaat untuk anak-anak mereka satu hari nanti. InsyaAllah. 

Kalaulah asas pelajari ilmu ialah membaca, maka asas menyampaikan ilmu ialah dengan menulisnya...

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
24 Mac 2024
13 Ramadhan 1445H

#MembangunDiri

Ilmu dan pengalaman hidup kita mungkin boleh jadi inspirasi yang mengubah hidup orang lain.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>