MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Apa Yang Selalu Kita Makan, Itulah Hakikat Makanan Paling Sedap

March 25, 2024

"Masa muda la nak makan sedap-sedap. Nanti dah kaya, nak makan sedap-sedap pun dah tak boleh. Walaupun duit ada, tapi nanti banyak makanan dah tak boleh makan (sebab faktor kesihatan)!" 

Itu antara nasihat orang lama kepada saya suatu ketika dulu... 

Bila usia masuk 40-an, saya setuju dengan nasihat tu...

More...

Hakikat makanan paling sedap

Dulu saya fikir, "bila kaya nanti, nak makan makanan yang sedap-sedap... Lobster, steak, dan makanan mahal-mahal macam dekat hotel 5 Star..." 

Tapi jujurnya, bila dah pernah rasa makanan yang mahal-mahal tu, berkali-kali ke luar negara, saya rasa makanan paling sedap ialah yang saya selera makan setiap hari! 

Iaitu makanan yang biasa-biasa, yang saya membesar dengannya... 

Macam nasi lemak, roti canai, nasi belauk, nasi kandar kedai Mamak, bihun Goreng, atau nasi putih telur mata letak kicap!...

Harga murah, tapi kena dengan selera...

Syukuri ketika nikmat masih ada

Kalau saya tengah bercuti di luar negara, tiba-tiba orang post gambar makanan tempatan macam ni, rasa menggelupur nak balik Malaysia cepat-cepat... 

Itulah realiti perasaan kebanyakkan orang Malaysia bila bercuti ke luar negara - yang jarang didedahkan!...

Jadi apa sahaja yang Tuhan rezekikan kepada kita hari ini, ucaplah "alhamdulillah". Panjatkanlah rasa syukur...

Mungkin sekarang kita rasa biasa-biasa sahaja. Tapi bila nikmat tu Tuhan tarik dari kita, masa tu lah kita akan terasa kehilangannya...

"Orang bahagia bukanlah yang memiliki segalanya. Tapi dia tahu menghargai (dan bersyukur) apa yang dia ada... Dan bersabar dengan apa yang belum ada..."

Zulkifli
Cyberjaya
25Mac 2024
14 Ramadhan 1445H

#IslahDiri

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>