"Kenapa kau rasa RM3,000 sehari mustahil?... Sebab sejak kecil kau diprogram untuk kejar RM3,000 sebulan." - Azri Walter, 26 Disember 2025
Saya tertarik dengan coretan ringkas di FB Tuan Azri Walter ni.
Sebenarnya apa yang dia cakap tu betul. Saya pernah baca dalam buku Brian Tracy - motivator dalam dunia sales dan bisnes, yang melahirkan ramai jutawan.
Brain Tracy istilahkan sebagai "financial thermostat".
Ia macam thermostat aircond...
More...
Kalau kita set suhu bilik pada 24°C, dia akan bermain sekitar tu.
Kalau kurang, ia akan sejukkan sampai pada 24°C. Kalau terlebih, ia akan turunkan balik kepada 24°C.
Ia tak akan capai tahap sejuk sampai 16°C - kalau kita set cuma pada 24°C.
Tahap income kira rasa 'layak'
Begitu jugalah dengan "thermostat kewangan" kita.
Setiap kita ada expectation (jangkaan) masing-masing tentang income. Income setiap kita akan bermain dalam range apa yang kita expect. Ia tak lebih dan tak kurang...
Itu tahap income yang kita percaya kita deserve (layak).
Contohnya, orang yang income RM3,000 sebulan;
- Kalau kurang pada tu, dia rasa tak cukup... dia rasa tak selesa dan stress...
- Maka dia akan kerja lebih kuat... lebih berjimat cermat... lebih berdisiplin...
- Apa pun cabarannya, dia tetap akan cari jalan supaya dia capai income yang dia rasa comfort tu, iaitu RM3,000 sebulan.
Bila income jatuh...
Kalau tiba-tiba income dia jatuh jadi RM2,000 sebulan, dia tak boleh terima...
Dia rasa tak selesa... Dia rasa itu bukanlah income sesuai untuk diri dia...
Dia akan cari kerja lain... Dia akan usaha cara lain... Atau dia akan kerja lebih gigih - kerja overtime, buat part-time dsb...
Akhir sekali, income dia akan naik balik ke tahap RM3,000 sebulan. Sebab itu lah tahap income yang dia percaya sesuai untuk diri dia.
Tapi macam mana tiba-tiba ada offer jawatan dengan gaji RM30,000 sebulan?
Nampak jer offer gaji sebanyak tu, dia terus tak pandang!... Dia tak rasa tahap gaji tu sesuai untuk dia. Dia rasa tak layak...
Bila income berlebihan...
Bahkan kalau tiba-tiba dia dapat duit durian runtuh RM30,000, dia akan terkejut!...
Dia rasa duit tu dah berlebihan... Maka mula lah dia rasa sangat selesa (masuk comfort zone)...
Dia tak kerja kuat lagi... Dia dah tak kerja overtime lagi.. Dia tak lagi perlu berjimat cermat... Dia makin kurang berdisiplin dengan duit...
Bahkan dia mula belanja berlebihan (boros) dengan duit tu!...
Akhir sekali, duit tu habis... Dan dia kembali kepada diri dia sebenar; seorang yang tahap income dan gaya hidup cuma RM3,000 sebulan.
Sebenarnya, semua orang pun sama... Setiap kita ada expection kita masing-masing tentang tahap income dan gaya hidup kita.
Circle kita, tahap pemikiran kita
Expectation kita kebanyakannya dipengaruhi oleh persekitaran kita;
- Ahli keluarga kita, kawan-kawan kita, tempat belajar kita, tempat tinggal dan kejiranan kita, tempat kita bekerja ataupun tempat kita berniaga.
Anak-anak keluarga miskin, expection dia pada diri dia; rendah...
Tapi anak-anak orang berada, expection dia pada diri dia; tinggi...
Dengan kata lain, kita expect tahap income dan kehidupan kita sama dengan di mana kita membesar.
Kita akan berusaha hingga capai tahap yang kita expect tu... Tak lebih... Tak kurang...
Tapi bila ubah circle pergaulan kita, expection kita pun akan berubah.
Saya nak share perjalanan saya capai tahap income RM100k sebulan (ya betul, RM100k sebulan). Mungkin boleh belajar sesuatu dari pengalaman hidup saya;
Perjalanan capai RM100k sebulan
Lebih 20 tahun lalu, saya mula bekerja sebagai Audit Executive - dengan income RM1,600 sebulan, belum tolak EPF dan SOCSO.
Masa saya buat kerja-kerja audit, saya kagum dengan bos-bos yang gaji RM10k - RM30k sebulan. Saya rasa betapa tingginya gaji bos-bos ni.
Dalam fikiran saya, bila lah agaknya saya boleh capai income sebesar tu?
Saya cuba cari offer kerja lebih baik, tapi range gaji yang saya cari cuma sekitar RM2,000 - RM2,500 sebulan sahaja. Sebab saya percaya, itu sahaja lah tahap income saya.
Bila nampak offer gaji RM10k, saya langsung tak pandang! Saya fikir, itu bukan untuk saya...
Tapi di luar waktu kerja, saya buat bisnes.
Antaranya, saya jadi ejen produk direct selling Amway.
Mula percaya income RM30k sebulan
Dalam Amway, saya kagum tengok orang yang income RM10k - RM30k sebulan, tapi tak perlu pergi kerja!
Yang capai income sebanyak tu, orang yang pelbagai background. Yang tak belajar tinggi pun ada!
Dari situ saya mula percaya;
- Sesiapa pun boleh dapat income RM10k - RM30k sebulan, bukan hanya untuk kelompok kecil golongan top-management sesebuah syarikat.
- Sesiapa pun boleh dapat income sebanyak tu, asalkan dia sanggup belajar dan sanggup kerja keras, walaupun tahap kelulusan akademik tak tinggi.
Saya mula membayangkan, income saya pun akan capai RM30k sebulan - satu hari nanti.
Saya ingat lebih 10 tahun saya kerja keras, akhirnya income saya cecah RM30k sebulan! Alhamdulillah...
Kita sebenarnya akan merealisasikan apa yang kita percaya.
Bermula dengan LIHAT > PERCAYA > KERJA KUAT > JADI REALITI!
- Percaya Sebelum Berjaya : Lihat Kejayaan Untuk Cipta Kejayaan
- Lihat Kejayaan Orang Lain Untuk Cipta Kejayaan Sendiri - Kisah En Azlan
Bayangan income RM100k sebulan
Masa income saya di tahap RM10k - RM30k sebulan, saya aktif melatih penyimpan emas yang nak jadi dealer Public Gold.
Waktu tu, saya mula predict masa depan bisnes saya. Antaranya, saya mula membayangkan; satu hari nanti, income saya akan cecah RM100k sebulan.
Pada waktu tu, tak siapa pernah cecah income sebanyak tu dalam Public Gold.
Pada waktu tu, saya pun masih ragu-ragu... Boleh ke saya capai income sebanyak tu?
Walaupun dalam keadaan ragu-ragu, saya mula tulis "dream" saya; Nak wariskan passive income RM100k sebulan kepada isteri dan anak-anak saya, in case apa-apa terjadi pada saya.
5 tahun lepas tu, akhirnya income saya mula cecah RM100k sebulan!
Apa yang saya expect... apa yang saya tulis... apa yang saya sentiasa fikir... akhirnya jadi realiti. Alhamdulillah...
- Nak Kaya Jadi Dealer, Kena Bantu Selesaikan 1000 Masalah Dulu
- Kejayaan Kita Pada Menjayakan Orang Lain - ARN 2024
Tak boleh 'accept' income besar
Waktu tu, saya perasan, saya dan isteri mula berubah... Kami rasa sangat selesa...
Mula berbelanja tanpa buat kira-kira... Mula beli barang tak tengok harga... Dapur dah lama tak berasap, sebab hari-hari nak makan order Grab Food je.
Hampir tiap-tiap hari beli kopi kayangan (harga RM20k secawan). Kadang sampai 2 - 3 cawan sehari untuk seorang!...
Ya lah... Kami tak beli kereta mewah... Tak juga pindah ke rumah besar...
Dengan perbelanjaan setakat makan minum, dan pakaian tu, bukannya habis pun duit RM100k sebulan tu kan?
Bila income besar, kami dah tak berjimat cermat... kami tak ambil berat pasal konsisten menabung... kami makin kurang berdisiplin tentang kewangan... Bahkan semakin lama semakin boros!
Bila baca buku "The Psychology of Money" oleh Morgan Housel, ia membuatkan saya kembali sedar;
- Tabiat buruk dalam kewangan akhirnya akan menjatuhkan kita!
- Berapa besar pun income kita, berapa banyak pun harta kita, akhirnya akan habis - kalau tak ubah sikap buruk kita terhadap kewangan.
Tersedar bila baca buku
Dalam buku tu, penulis cerita kisah tukang cuci; akhirnya jadi jutawan... Dan orang kaya yang suka membazir akhirnya jatuh miskin!...
Bukan sebab tak pandai jaga duit, tapi sikap buruk terhadap kewangan...
Bila baca tentang "Financial Thermostat" tulisan Brian Tracy, saya boleh relate dengan diri saya sendiri. Saya faham apa yang beliau maksudkan;
- Income kita tak akan lebih dan tak akan kurang dari expection kita.
- Bila kurang, kita rasa tak selesa. Kita akan kerja kuat dan lebih bersiplin.
- Bila berlebihan, kita mula rasa selesa. Kita tak lagi kerja kuat dan berdisplin.
Akhirnya, kita akan kekal pada tahap yang kita percaya tentang tahap income dan kehidupan kita.
Pendek kata, tukarlah 10 jawatan pun, buatlah 10 jenis bisnes pun, income kita tak akan lebih dari expection kita!
Persoalannya, macam mana nak naikkan income, contohnya dari RM3,000 sebulan kepada RM3,000 sehari (kurang lebih RM100,000 sebulan)?
Cara naikkan income ke RM3,000 SEHARI
First, tukar circle.
Kalau nak income besar, kena bergaul dalam kelompok mereka yang income besar. Selagi tak tukar, kita tak boleh brain... Dan kita tak percaya kita pun boleh dapat income sebesar tu.
Saya fikir, kalaulah saya tak buat bisnes Amway, tak pernah tengok income statement sampai RM30k sebulan, saya tak fikir saya boleh capai income sebanyak tu.
Jauh sekali nak capai income RM100k sebulan.
Dengan siapa kita bergaul, akan membentuk cara fikir (mindset) yang baru, dan akhirnya akan mengubah masa depan kita.
Kedua, membaca, upgrade ilmu.
Tahap income kita tak akan lebih dari ilmu kita (dalam kewangan dan kekayaan).
Kita tak akan jadi jutawan kalau tak pernah baca buku-buku yang ditulis oleh jutawan.
Saya bercita-cita jadi jutawan masa umur saya 25 tahun (tahun 2005). Masa tu, saya baca banyak buku yang ditulis oleh jutawan.
Pendek kata, apa sahaja buku yang ada tajuk "jutawan", saya akan beli beli dan baca.
Semua buku Tuan Azizi Ali (guru kewangan no. 1 Malaysia) saya beli dan baca, antaranya; Jutawan Dari Planet Jupiter, Lahirnya Seorang Jutawan, Jutawan Xtreme, Pesara Jutawan, Jutawan Hartanah, Tuan Rumah Jutawan dsb.
Banyak lagi buku-buku yang ditulis oleh jutawan lain yang saya baca, antaranya tulisan; Irfan Khairi (Jutawan Internet), Chef Li (Jutawan Senyap), Faizul Ridzuan (jutawan hartanah), Robert T. Kiyosaki (jutawan dari Amerika) dan banyak lagi.
Saya fikir, kalau bukan kerana buku-buku tu, saya langsung tak boleh 'brain' macam mana nak jadi jutawan.
Pra-syarat jadi jutawan
Seorang anak muda B40 (miskin bandar) yang gaji kecil... hutang banyak... harta tak ada... komitmen kewangan besar (anak ramai, isteri tiada income), mana mungkin boleh kaya dan jadi jutawan, kan?
Tapi Allah ubah hidup saya asbab ILMU dan CIRLE yang saya join.
Nak income besar, kena reset balik "thermostat kewangan" kita, sama macam thermostat aircond.
Kalau kita set income RM10k sebulan, nanti income kita pun akan naik ke RM10k sebulan. Begitulah juga kalau nak income RM100k sebulan.
Macam mana nak reset "thermostat kewangan"?
Ubah cirlce... Banyakkan membaca buku-buku yang ditulis oleh jutawan.
Satu hari nanti, setiap kita pun akan jadi jutawan... InsyaAllah...
“You don’t earn what you want. You earn what you believe you deserve.” - Brian Tracy
Zulkifli
Cyberjaya
27 Disember 2025
7 Rejab 1447H
Artikel berkaitan:
- Kekayaan Bukan Tentang Membina Poket, Tapi Membina Diri
- 3 Perkara Ini Bakal Menentukan Siapa Kita 5 Tahun Akan Datang
- Seronok Menabung, Tabiat Menjadikan Kita Semakin Kaya!
- Rahsia Orang Kaya: Gaji – Simpan = Belanja (Bukan Sebaliknya)
- Naik Business Class: Bukan Sekadar Mewah, Tapi Upgrade Circle
- Siapa Kawan Kita, Itulah Masa Depan Kita
- Sejarah Membuktikan Orang Membaca Lebih Kaya dan Berkuasa!


