MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Orang Baik, Tapi Muflis di Akhirat? Beratnya Dosa Celupar di Medsos

December 27, 2025

Di dunia sudah lah miskin... di akhirat pulak muflis!

Dua kali malang... gara-gara mulut yang tak dijaga... 

Saya selalu terima kecaman di video-video konten saya. Samada di Tiktok ataupun Youtube... 

More...

Tuduhan tak menjatuhkan kita

Saya bagi ilmu secara percuma untuk siapa yang nak ambil manfaat. Tapi dituduhnya saya jual ilmu... minta yuran... ambil kesempatan atas orang... dan macam-macam... 

Mungkin dia fikir, tuduhan dia tu dapat menjatuhkan saya. Tapi sebenarnya tidak... Ia cuma menjatuhkan diri dia sendiri je (dalam tak sedar)!... 

Bahkan kalau bersabar, saya dapat banyak keuntungan...

Tuhan akan tukarkan pahala mereka dengan dosa-dosa saya, yang akhirnya menyebabkan saya bertambah pahala, sedangkan dia akan muflis di Akhirat kelak!

Saya nak nasihat secara jujur... 
👉🏻 Hati-hati bila mengata orang... Sebab kata-kata kita akan memakan diri kita sendiri...

Orang yang kena fitnah tu tak rugi apa-apa pun. Bahkan dia akan dapat banyak kebaikan di sisi Tuhan - kalau dia bersabar. 

Orang mengata kita, kita dapat pahala? 

Supaya kita semua semua selamat daripada dosa lisan, saya nak ajak sahabat pembaca renungi pesanan Nabi s.a.w. ni sebagai peringatan bersama;

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah ﷺ bersabda: 

"Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?"

Para sahabat menjawab:
"Orang yang muflis antara kami ialah yang tidak mempunyai dirham dan tidak mempunyai harta."

Baginda ﷺ bersabda: 
"Sesungguhnya orang yang muflis daripada umatku ialah orang yang datang pada Hari Kiamat dengan membawa pahala solat, pahala puasa dan pahala zakat, tetapi dia juga datang (dengan membawa beban dosa) kerana pernah mencaci orang lain, menuduh orang lain, memakan harta orang lain, menumpahkan darah orang lain dan memukul orang lain. 

Maka diberikan pahala kebaikannya kepada orang-orang yang dizaliminya itu

Jika pahala kebaikannya habis sebelum selesai dihitung (tuntutan kezaliman), maka diambil dosa-dosa mereka (yang dizalimi) lalu dipikulkan ke atas dirinya. Kemudian dia dicampakkan ke dalam neraka.

— (Hadis Riwayat Muslim, no. 2581)

Orang baik, tapi masuk neraka!?

Satu point yang sangat penting yang trigger saya pada pesanan Nabi s.a.w. ni;

👉 Orang tu baik... tapi masuk neraka! 

Orang muflis yang dimaksudkan tu adalah orang yang kita anggap baik.

Nabi sebut; 
👉 "Orang yang datang pada Hari Kiamat dengan membawa pahala solat, pahala puasa dan pahala zakat" 

Dalam hadis ni, Nabi tak cakap yang muflis tu orang jahat yang banyak maksiat. Tapi orang yang solat, puasa dan zakat.

Maksudnya, dia orang yang dianggap baik. 

Dia baik, tapi mulut dia celupar... Sampai segala amalan kebaikan dia habis 'bocor' kesemuanya!...

Apa yang lebih buruk, dia terpaksa menanggung dosa orang lain - gara-gara lidah yang tak jaga!

Jaga lidah, Nabi jamin Syurga?

Bahayanya dosa lidah ni, sehingga Nabi s.a.w. jamin Syurga bagi siapa yang dapat jaga diri daripada dosa lidahnya... 

Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa‘d r.a., Rasulullah ﷺ bersabda: 

Sesiapa yang dapat menjamin (menjaga kesucian) apa yang berada di antara dua rahangnya (iaitu lidahnya) dan apa yang berada di antara dua kakinya (iaitu kemaluannya), maka aku jamin untuknya Syurga.” 

— (Hadis Riwayat Bukhari, no. 6474)

Dari 2 potong hadis Nabi ni membuatkan saya bimbang dengan lidah saya sendiri. Setiap kali nak buka mulut mengata orang, saya akan ingat balik pesanan Nabi ni.

Dosa dengan Allah, sesungguhnya Allah tu "Maha Pengampun". Tapi kalau dosa sesama manusia, manusia tak Maha Pengampun... 

Dosa sesama manusia lebih berat dan lebih susah dihapuskan.

Sebab syarat taubat tu sendiri ada 3 perkara. Tapi kalau dosa sesama manusia, ada syarat ke-4, iaitu kena minta maaf dengan orang yang terlibat... 

Allahu a'lam...

#IslahDiri#MenjagaLidah

Zulkifli
Cyberjaya
27 Disember 2025
7 Rejab 1447H

Bentuk kecaman dan tuduhan yang sentiasa saya terima di konten-konten saya.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}