Tahun 2010, saya menyesal sebab tak mula beli emas lebih awal.
Masa tahun 2006, itu kali pertama saya nak cuba beli emas pelaburan.
Masa tu, harga 1 dinar sekitar RM300.
Saya ke kedai Ar-Rahn PKB di Kota Bharu, saya tanya harga syiling 1 dinar (4.25 gram).
Saya tengok, emas tu saiznya kecil. Tapi harganya sampai RM300?
Saya rasa mahal... Saya tak jadi beli...
More...
Menyesal tak beli lebih awal
Sampailah tahun 2010, masa berbual dengan kawan saya di Kota Bharu, dia cakap; dia hadiahkan dinar sebagai maskahwin untuk isteri dia.
Dia beli pada harga sekitar RM300 sekeping. Tapi masa kami berbual tu, katanya harga 1 dinar dah lebih RM500 (dekat RM600)!
Saya ambil kalkulator... Buat kira-kira...
Wah... Harga emas semakin mahal!...
Kenaikan harga emas lebih baik berbanding saya simpan duit dalam Tabung Haji!
Masa tu terdetik rasa menyesal... kenapa saya tak beli emas pada tahun 2006?!
Dari pengalaman tu saya belajar sesuatu; harga emas akan sentiasa mahal... Walau berapa pun harganya, emas sentiasa dianggap mahal.
Kita rasa zaman nenek kita harga emas murah, padahal zaman tu pun dianggap mahal. Siapa tunggu harga murah baru nak mula, akhirnya dia terpaksa beli pada harga lebih mahal!
Sama macam saya dulu!... 😉
Jadi supaya tak menyesal, ini tip yang saya nak share bagi siapa yang baru nak bermula;
#1 - Mula gram pertama sebagai benchmark
Bagi yang baru nak bermula, kita tak akan faham harga emas tinggi rendah selagi tak bermula.
Mulakan je dulu dengan bajet kecil.
Bagi penyimpan emas Public Gold, mulakan dulu dengan 1 gram pertama melalui Akaun Emas GAP.
Bila dah mula, kita dah ada benchmark harga tersendiri, dan mula faham; berapa harga dianggap murah pada sesuatu masa.
Setahun lalu (tahun 2024), harga RM450 segram dianggap mahal. Tapi sekarang, harga tu dianggap murah sebab harga semasa dah cecah RM600 segram.
#2 - Simpan 2 tahun ke atas...
Harga emas mahal hari ni akan dianggap murah beberapa tahun akan datang.
Berapa pun harga emas sekarang, tak perlu bimbang untuk beli - kalau tujuannya untuk simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas.
Hari ni harga emas RM631 segram dianggap mahal. Tapi beberapa tahun akan datang, harga RM631 akan dianggap murah.
Jadi kalau simpan untuk jangka panjang, tak perlu bimbang untuk bermula walau berapa pun harganya hari ni.
#3 - Jangan monitor harga setiap hari
Bila beli emas, jangan monitor harga hari-hari. Nanti takut stress.
Harga emas confirm turun naik dalam jangka pendek. Mustahil lepas beli, harga emas terus naik tak turun-turun.
Harga emas sentiasa turun naik dalam jangka pendek. Dan confirm naik terus dalam jangka panjang selagi dunia gunakan sistem duit kertas (wang fiat).
Di sebalik kenaikan harga emas, sebenarnya nilai duit yang terus merosot dari tahun ke tahun disebabkan inflasi dan kemerosotan nilai duit kertas dalam jangka panjang.
#4 - Fokus tambah gram, bukan main harga
Bila beli emas fizikal, tak perlu sibuk monitor harga.
Yang penting sentiasa fokus tambah jumlah gram/ kepingan emas dari semasa ke semasa.
Bila gram emas semakin banyak, confirm kita bertambah kaya.
Tentang kenaikan harga emas tak perlu risau. Ia cuma persoalan masa sahaja.
#5 - Konsisten menabung, walaupun harga mahal
Kalau nak kaya dengan emas, menabunglah secara konsisten.
Walau berapa pun tahap harga emas, terus menabung secara konsisten.
Tetapkan bajet setiap bulan. Allocate sebahagian duit gaji untuk menabung emas setiap bulan. Dan convert lah duit-duit simpanan jangka panjang ke dalam bentuk emas.
Harga emas mahal, beli...
Harga emas murah, beli lebih banyak!
Menyesal beli lebih baik dari menyesal tak beli.
Menyesal beli, cuma sementara sahaja. Menyesal tak beli tu kesannya selamanya...
Nanti beberapa tahun akan datang, setiap kita akan menyesal kenapa tak beli emas lebih banyak pada harga sekarang!
#6 - Convert simpanan jangka panjang kepada emas
Kenapa patut convert simpanan jangka panjang kepada bentuk emas?
Walaupun harga emas ada naik turun dalam jangka pendek, tapi kenaikan harga emas boleh dianggap tinggi dalam jangka panjang.
Sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata sekitar 10%. Ia jauh lebih baik berbanding simpanan di ASB dan Tabung Haji yang cuma sekitar 5% sahaja setahun.
Bahkan juga lebih baik berbanding kebanyakan instrumen pelaburan lain.
- Graf Harga Emas 30 Tahun : Ini Point Terpenting Perlu Difahami
- Sejarah 25 Tahun, Emas Lebih Untung Berbanding Saham?
#7 - Letak target cukupkan 12 bulan gaji
Simpan emas kena ada target.
Target paling basic; cukupkan dana kecemasan 3 bulan gaji, 6 bulan gaji, sampailah 12 bulan gaji.
Supaya kalau tiba-tiba tidak ada lagi gaji, kita masih boleh bertahan sekurang-kurangnya selama 3, 6 atau 12 bulan.
Waktu terbaik untuk menabung ialah ketika kita masih ada lagi gaji.
Ultimately, letak target cukupkan tabungan masa depan keluarga sekurang-kurangnya #1keluarga1kiloEmas! InsyaAllah...
- Teknik Berkesan Menabung Hingga Mencapai RM100,000!
- Gold Bar 1 Kilogram Ini Boleh Jadi 'Bot Penyelamat' Bagi Jutawan
#8 - Menabung emas, biar sampai jadi kaya!
Alang-alang menabung emas, biarlah sampai jadi kaya.
Sampai dapat tunaikan kewajipan zakat...
Sampai dapat tunaikan haji pada usia muda!...
Sampai cukup dana untuk pencen pada bila-bila masa...
Maksudnya, dengan emas, kita nak pastikan;
- TABUNGAN sentiasa bertambah setiap bulan.
- HUTANG semakin berkurangan, sampai bebas hutang.
- HARTA yang boleh jana cashflow bertambah dari tahun ke tahun.
Asbab menabung emas... kita nak ada tabungan sampai #1keluarga1kiloemas, bebas segala hutang miskin, dan miliki harta cukup untuk pencen.
Asbab menabung emas... kita ada rumah-rumah yang boleh disewakan, ada tanah yang mendatangkan hasil, dan miliki bisnes kita sendiri (atau pegangan saham pada bisnes yang bagus).
Akhirnya kita tak kerja (pencen) pun, ada duit. Kita ada income pasif daripada harta-harta yang kita miliki. InsyaAllah...
Zulkifli
Cyberjaya
25 Disember 2025
26 Rejab 1447H

Prestasi harga emas sepanjang 20 tahun, dan setahun lalu sehingga 24 Disember 2025. (Sumber : goldprice.org)

Graf harga emas sejak 1995 (30 tahun lalu) sampai 24 Disember 2025. (Sumber : goldprice.org)
Artikel berkaitan:
- Fahami 7 Perkara Asas Ini Sebelum Memulakan Tabungan Emas
- 3 Golongan Dapat Manfaat Besar Dari Simpanan Emas
- 5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan
- Kenapa Orang Pilih Public Gold Walaupun Emas Bank Lebih Murah?
- Emas Magnet Kekayaan. Ia Tarik Lebih Banyak Kekayaan?
- Keajaiban Menabung Walaupun Gaji Tak Cukup


