Saya rasa terharu dan terus rasa sebak...
Masa berjalan petang tu (4 Julai 2024) di Jakarta, keadaan hujan dan saya singgah berteduh di satu bangunan.
Sambil menanti hujan reda, saya masuk ke Starbuck, satu-satunya kedai yang ada di bangunan tu (bangunan pejabat).
Sambil tunggu hujan, pekena kopi dulu...
More...
Sebak tengok kegigihan OKU bekerja
Masa nak order, seorang staff beriya-iya promote pastri dalam bahasa yang saya tak faham.
Saya fikir itu bahasa loghat suku di Indonesia.Saya tak faham apa dia cakap, saya cuma tunjuk scone. Saya nak makan scone.
Masa nak order kopi, saya cakap kopi apa yang saya nak. Dia hulur saya whiteboard kecil, dia minta saya tulis.
Owh... Dia bisu dan pekak rupanya!...
Saya dah tulis saya nak "hot latte" saiz venti (paling besar).
Lepas tu dia tanya saya macam-macam sambil dia tulis di whiteboard kecil. Saya kurang jelas pertanyaan dia.
Tiba-tiba datang supervisor dia, saya fikir supervisor dia boleh bercakap direct dengan saya tanpa guna whiteboard.
Saya cuba explain, rupa-rupanya supervisor dan seluruh staff di situ pun pekak dan bisu juga!
Allahuakbar... Saya jadi terharu... Saya rasa sebak...
Besar tanggungjawab sosial orang kaya
Sebak tengok kegigihan mereka bekerja walaupun mereka tak normal macam kita.
Dan juga rasa insaf, saya pun tak mampu bagi peluang pekerjaan kepada golongan macam tu.
Sebagai pemilik bisnes yang kena tanggung kos operasi yang tinggi, saya fikir bukan mudah menggajikan seluruh pekerja pekak dan bisu untuk kendalikan satu outlet di tengah kota besar!
Kos sewaan mahal. Bila customer rasa tak selesa untuk berkomunikasi, macam mana nak naikkan sales
Owh... Saya tak cukup kaya untuk buat amal kebaikan sampai begitu...
Itulah sebab kenapa saya rasa cemburu dengan orang kaya-kaya...
Di bahu orang kaya itu, banyak periuk nasi keluarga lain yang dia kena fikir dan kena tanggung.
Di sebalik kekayaan dia tu, sebenarnya ada tanggungjawab sosial besar yang dia tanggung. Orang kaya yang baik-baik, dia adalah rahmat buat masyarakat.
Sudahlah dia bayar cukai yang banyak untuk kesejahteraan masyarakat, dia juga menjaga periuk nasi banyak orang sampai orang yang pekak dan bisu pun dia boleh bagi peluang untuk cari makan.
Cemburu dengan amalan orang kaya
Kerana amalan orang kaya-kaya itulah antara sebab sahaba Nabi cemburu dengan orang kaya.
Kaya itu benar-benar mulia bagi siapa yang bersyukur...
Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata:
“Orang-orang fakir telah datang kepada Nabi ﷺ lalu berkata,
‘Orang-orang kaya telah pergi (meninggal dunia) dengan darjat yang tinggi dan nikmat yang kekal. Mereka solat seperti kami solat, mereka berpuasa seperti kami berpuasa, tetapi mereka mempunyai kelebihan harta, lalu mereka dapat menunaikan haji, umrah, berjihad, dan bersedekah.’
Maka Rasulullah ﷺ bersabda:
“Mahukah kalian aku ajarkan satu amalan yang jika kalian melakukannya, kalian akan menyamai mereka yang telah mendahului kalian, dan tidak ada seorang pun yang boleh mengejar kalian selepas itu, serta kalian menjadi golongan yang terbaik dalam kalangan manusia, kecuali jika ada yang melakukan perkara yang sama?
Iaitu, bacalah tasbih, takbir, dan tahmid (Subhanallah, Allahu Akbar, Alhamdulillah) sebanyak 33 kali selepas setiap solat.”
Kemudian orang-orang fakir itu kembali kepada Rasulullah ﷺ dan berkata:
“Saudara-saudara kami yang kaya telah mendengar tentang amalan ini, lalu mereka juga melakukannya!”
Maka Rasulullah ﷺ bersabda:
“Itulah kurniaan Allah yang diberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.”
- (Hadis Riwayat Bukhari no. 843, no.6329)
- (Hadis Riwayat Muslim no. 595)
- (Riyadhus Solihin no. 572)
#KayaItuMuliaBagiSiapaYangBersyukur
#TravelogDealerPublicGold
Zulkifli
Cyberjaya
25 Disember 2025
26 Rejab 1447H
PENAFIAN: Saya bukan penyokong kempen boikot, dan saya juga bukan penyokong syarikat yang diboikot. Saya cuma orang awam yang akan terus berjual beli dengan sesiapa selagi hukumnya halal dan tidak ada larangan daripada pihak yang berautoriti agama dan negara. Saya juga berpendirian sama seperti kerajaan Malaysia untuk bersolidiriti bersama P@les1n.
Artikel berkaitan:
- Mulianya Orang Bisnes Yang Jaga Periuk Nasi Banyak Keluarga
- Duit Banyak Datang Bersama Tanggungjawab Yang Besar
- Syarikat Bertahan Lama Adalah Syarikat Yang Baik-baik
- Kekayaan Bukanlah Kemuliaan, Tapi Ujian Untuk Kita Bersyukur
- Hidup Bermakna - Bila Kerja Dunia Jadi Bekalan Akhirat
- Bekerjalah Lebih Kuat Sebagai Tanda Bersyukur
- Pasang Niat, Kejayaan Kita Jadi Rahmat Buat Orang Lain

