MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Duit Banyak Datang Bersama Tanggungjawab Yang Besar

December 23, 2024

“Zul, orang umur dah 40-an macam kita ni, kalau masih lagi struggle dengan bisnes yang kita usahakan sejak muda, mesti ada ada benda tak betul yang kita buat”

“Umur macam kita ni, kalau kita buat benda betul sejak muda, mesti dah banyak orang dapat kebaikan daripada kita.” 

Kalau banyak orang dah dapat manfaat daripada kita, takkan umur 40-an masih terkial-kial dalam bisnes?” 

Kata Dato Din (kawan saya tapi bukan nama sebenar). 

More...

Bukan duit, tapi tanggungjawab

Kata-kata Dato Din kira-kira 4 tahun lalu membuatkan saya terfikir-fikir sampai sekarang. 

Bisnes bukan sahaja tentang buat duit. Tapi tentang sempurnakan tanggungjawab selesaikan masalah orang lain.

Dengan kata lain, duit yang banyak datang bersama tanggungjawab yang besar.

Siapa nak buat duit banyak, bersedialah galas dan sempurnakan tanggungjawab dengan cara terbaik. 

Duit yang banyak tak datang secara percuma (free). Tak ada orang datang berbodong-bondong nak serahkan duit secara percuma. 

Ada amanah dan tanggungjawab yang kita kena sempurnakan dulu.

Bila tanggungjawab tu kita sempurnakan dengan baik, barulah kekayaan yang banyak tu datang kepada kita.

Bukan teknik, tapi amanah dan kejujuran

Ia datang dengan penuh kemuliaan kalau tanggungjawab tu kita sempurnakan. 

Banyak orang nak buat duit yang banyak. Macam-macam taktik dan strategi yang mereka cari.

Tapi hanya segelintir sahaja yang ambil berat tentang amanah dan tanggungjawab.

Ia bukan masalah taktik dan teknik, tapi amanah dan kejujuran.

Itu antara punca utama yang dah berbisnes lebih 10 tahun, tapi masih struggle nak dapatkan sales dan bisnes!

Itulah apa yang saya perhatikan.

Sekarang dunia makin canggih. Makin banyak yang pandai dan pakar. Tapi pada setiap zaman, hanya sedikit sekali yang jujur lagi amanah.

Sedikit sekali yang jujur 

Kalau tak, mana mungkin peniaga yang benar lagi amanah itu dijanjikan syurga bersama para Nabi, siddiqin (orang yang membenarkan nabi) dan syuhada’ (orang yang mati syahid)?

Dunia bisnes tak sunyi dari masalah.

Tapi apa pun masalah dapat diselesaikan kalau kita orang yang amanah dan ambil berat tentang tanggungjawab.

Kalau bisnes kita benar-benar dapat selesaikan masalah dan bagi manfaat kepada orang lain, kenapa masih struggle nak sustain (bertahan) dalam bisnes lepas lebih 10 tahun menjalankan bisnes? 

Mana pergi customer yang dah bertahun-tahun bersama kita sebelum ni?

Kenapa selama ni mereka beli daripada kita tapi sekarang tidak? 

Samada kita tak betul-betul "deliver" apa yang kita janjikan, ataupun ada orang lain boleh deliver dengan lebih baik dari kita.

Fokus tanggungjawab dulu sebelum duit

Dengan kata lain, ada orang lain lebih perform atau kita tak perform untuk berikan terbaik kepada customer yang pernah mempercayai kita!

Jadi sebelum nak pergi jauh dalam bisnes, fikir dulu dalam-dalam, apakah amanah yang kita kena pikul dan tangggungjawab yang kita kena sempurnakan untuk dapat duit yang banyak? 

Bagi dealer-dealer Public Gold di bawah mentorship saya, saya sentiasa tekankan, customer datang kepada kita bukan sekadar dia nak menabung emas, tapi dia nak kaya dengan emas.

Kalau nak dapat passive income RM5k - RM10k sebulan, bantu 1000 penyimpan emas supaya mereka ada ilmu dan kaya dengan emas.

Jangan sibuk kira duit dulu, tapi sibukkan diri buat persediaan berikan terbaik untuk 1,000 penyimpan emas.

Jutawan, bagi manfaat kepada 1 juta orang

Kalau nak datang training sebulan sekali dan seminggu sekali pun rasa berat, lupakanlah nak dapat income besar dalam bisnes.

Selagi tak mampu selesaikan masalah customer dan bantu 1,000 penyimpan emas dengan baik, duit yang banyak tak akan datang kepada kita.

Duit yang banyak tak akan datang kepada orang yang malas dan tak bertanggungjawab.

Kerana prinsipnya, duit yang banyak datang bersama tanggungjawab yang besar.

Kalau apa yang kita usahakan dapat bagi manfaat kepada 1 juta orang, tak perlu bimbang, duit RM1 juta pasti akan masuk ke akaun kita satu hari nanti, insyaAllah...

Buat perkara yang betul dengan sabar, kejayaan cuma persoalan masa sahaja. InsyaAllah...

#KayaItuMuliaBagiSiapaYangBersyukur

Zulkifli
Cyberjaya
22 Disember 2024
20 Jamadil Akhir 1446H

Daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a., bahawa Nabi Muhammad (ﷺ) bersabda:

التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الْأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ

Peniaga yang jujur dan amanah (akan ditempatkan) bersama dengan para nabi, siddiqin (orang jujur) dan syuhada (di Syurga)” 

(Hadis Riwayat at-Tirmizi, no. 1209)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>