Sambil jaga anak-anak, tapi ada income sendiri RM7k sebulan!
Tengok cara dia bekerja, tahun 2025 ni income dia akan cecah RM20k sebulan walaupun seorang suri rumah. InsyaAllah.
Berita-berita begini yang membuatkan saya dan team semakin bersemangat untuk bekerja keras dalam #MisiUbahHidup1000Keluarga.
More...
Korbankan kerjaya demi keluarga
Kami nak bantu ubah hidup lebih banyak keluarga.
Banyak ibu-ibu terpaksa korbankan kerjaya mereka demi suami dan anak-anak. Dah belajar bertahun-tahun tapi demi nak berikan terbaik untuk keluarga, terpaksa lepas gaji yang lumayan.
Terpaksa duduk di rumah tak ada income sendiri!
Sedikit sebanyak pasti ada rasa terkilan dan sesuatu kehilangan.Bukan sahaja orang lain, isteri saya pun banyak kali cakap dia nak pergi kerja ketika anak-anak kami masih kecil.
Dia nak ada income dia sendiri. Kalau nak belanja, dia tak rasa bersalah untuk belanjakan duit suami.
Dan bila berjumpa dengan kawan-kawan, adalah perkara yang boleh dibualkan selain dari hal rumah dan anak-anak.
Happy ada income sendiri
Tapi demi anak-anak, hasrat dia tak kesampaian. Sempatlah sekali dia dapat job jadi translator sebuah IT company hanya dari rumah.
Happy dia ada income sendiri sambil jaga anak-anak.
Tapi peluang tu tak lama...
Jadi dia buatlah bisnes sambil jaga anak-anak. Dapatlah sedikit sebanyak buat duit poket dia khususnya bila musim bulan puasa dan raya - jual biskut raya yang dia buat sendiri.
Sekarang dunia dah berubah.
Dengan peluang yang Public Gold sediakan, sudah banyak suri rumah yang totally berubah hidup mereka sekeluarga.
Bukan setakat ada duit sendiri, bahkan boleh bawa suami melancong ke luar negara sekali setiap tahun! Alhamdulillah...
Rendah diri bukan sebab kerjaya
Suri rumah ada duit dengan tak ada duit tak sama - dari sudut keyakinan diri.
Hari ni kalau tanya isteri saya samada dia nak pergi kerja atau nak jadi suri rumah, of course dia nak jadi suri rumah.
Dia boleh pergi shopping masa orang lain pergi kerja. Dia boleh pergi melancong keluar negara bila-bila masa tanpa minta cuti dari boss dan tak perlu tunggu cuti sekolah.
Dia suri rumah yang ada duit banyak. Alhamdulillah...
Dari situ saya belajar sesuatu.
Orang perempuan bukanlah rasa rendah diri tu sebab jadi suri rumah. Tapi sebab tak ada duit sendiri dan hidup dia hanya terkurung di rumah sahaja - disebabkan kekangan kewangan.
Kalau dia kaya, dia pun tak teringin pergi kerja sama-sama cari duit macam suami.
Kerjaya tanpa abaikan keluarga
Duduk rumah buat duit sambil jaga anak-anak lebih baik untuk mereka.
Dengan #PGG100Network, mereka boleh belajar secara online hanya dari rumah. Dan menjalankan bisnes pun hanya dari rumah.
Tanggungjawab di rumah tak terabai, tapi mereka ada kerjaya sendiri dan ada duit sendiri.
Mereka suri rumah yang tak rasa rendah diri sebab boleh beri sokongan kepada suami (dari sudut kewangan) dan seluruh ahli keluarga hasil usaha mereka sendiri.
Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Suri rumah antara kelompok besar yang sedang berkembang dalam team kami. Alhamdulillah...
Zulkifli
Cyberjaya
20 Disember 2024
21 Jamadil Akhir 1446
Coretan FB berkaitan:
- Walaupun suami beri nafkah yang cukup, isteri tetap kena belajar cari duit sendiri - FB Azura Baharudin (2025)
Artikel berkaitan:
- Rahsia Student Ini Berjaya Buat Sales RM12 Juta Dari Meja Study!
- Cara Adakan Simpanan Kukuh Walaupun Sebagai Suri Rumah
- Jaminan Buat Isteri Sebagai Suri Rumah Sepenuh Masa
- Income Dealer Public Gold Macam Usahakan Kebun Durian
- Bukti Hidup Bisnes Public Gold Boleh Diwarisi Dengan Mudah
- Kenapa Pakar Kewangan Azizi Ali Pilih Jadi Dealer Public Gold?