Apa Sebenarnya Yang Kita Bayar di Sebalik Secawan Kopi Mahal?
Kopi ni taklah sedap. Harganya mahal pulak tu. RM14.80 secawan.
Saya tetap beli dan bayar. Bukan sebab dahaga nak minum. Tapi sebab nak duduk sini jumpa orang.
Duduk tempat selesa, ada air-cond, ada privacy tak perlu ajak orang datang rumah.
More...
Itulah nilai yang saya dapat selain kopi.
Harga ialah apa yang kita bayar. Nilai ialah apa yang kita dapat.
Kalau orang jual kopi sama dengan harga sama di tepi jalan tak ada orang sanggup beli. Sebab nilai sebenarnya bukan sekadar kopi.
Jujurnya saya tak pernah beli kopi mahal ni dulu, sampailah income saya tak ada masalah untuk minum kopi ni hari-hari.
Itu pun sebab nak lepak jumpa orang. Bukan sebab dahagakan kopi...
Zulkifli
Cyberjaya
23 Disember 2024
20 Jamadil Akhir 1446H

Antara sebab utama kenapa orang sanggup bayar secawan kopi mahal. Ia bukan sekadar kopi.

Nilai sebenar di sebalik secawan kopi mahal.
Mohd Zulkifli Shafie
Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.
Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.
Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.