MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

3 Rahsia Amalan Untuk Capai Kejayaan Besar Dalam Bisnes!

December 22, 2024

Buat kerja betul ni hasilnya lambat. Tapi bertahan lama.

Bukan sahaja bertahan lama, tapi bila sampai waktunya, hasilnya datang berlipat-kali ganda banyaknya.

Sampai tak terfikir dek akal (satu ketika dulu).

More...

Tak ajar teknik berisiko

Masa saya mula-mula educate masyarakat pasal simpanan emas, saya tak pernah ajar formula-formula cepat kaya.

Pelbagai teknik yang dealer dan ejen emas ajar waktu, tapi saya tak setuju. 

Teknik rempit; beli pajak, beli pajak. Teknik 70:30...

Teknik buat loan beli emas. Saya tak setuju.

Teknik trade. Simpan emas fizikal tapi sibuk tengok chart (graf harga emas). Penyimpan emas sibuk baca graf tapi tak kaya-kaya.

Saya tahan diri dari ajar teknik yang berisiko (dan tak proven) tu walaupun teknik tu confirm dapat naikkan sales dengan cepat dan dapat insentif lebih tinggi.

Saya kekal dengan teknik kuno.

Beli simpan, beli simpan, beli simpan. 

Lambat untung, tapi cepat kaya

Kalau nak untung lebih cepat, jangan jadi penyimpan emas pasif. Tapi jadilah penyimpan emas yang aktif sampaikan ilmu sambil menyimpan emas.

Sambil simpan emas, sambil bantu orang lain buat perkara yang sama. Dapat pahala sampaikan ilmu, dan dapat jana pendapatan extra. InsyaAllah...

Teknik ni lambat untung, tapi cepat kaya. InsyaAllah...

Lama kelamaan, ejen emas yang ajar teknik untung cepat semuanya kecundang satu per satu bila penyimpan emas terkena satu per satu.

Perkara yang tak betul tu walaupun nampak cepat untung, akhirnya tak ke mana juga. Bahkan ia menjatuhkan diri sendiri dan susah untuk bangkit balik (bila reputasi dah tercemar). 

Kesan dosa pahala dalam bisnes

Hilang duit boleh cari balik. Tapi hilang nama (reputasi), memang tak berganti. Susah orang nak percaya balik bila dia dah pernah terkena sekali. 

Saya selalu pesan kepada dealer-dealer PG di bawah saya, dosa-dosa dalam bisnes akhirnya akan menjatuhkan diri kita sendiri. 

Cepat atau lambat sahaja.

Sebaliknya, pahala-pahala yang kita buat dalam bisnes akhirnya akan membuatkan kita berjaya juga. 

Cepat atau lambat sahaja. 

Siapa sanggup buat perkara yang betul dengan sabar, dia pastikan akan berjaya! Ya pasti, saya tak ragu-ragu lagi pasal ni.

Sebab memang itulah janji Tuhan kepada kita. 

“… dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka dia telah berjaya dengan kejayaan yang agung (Syurga)” (Surah Al-Ahzab 33 : 71)

Amalan khusus untuk berjaya

Selalu orang tanya saya, apa rahsia amalan yang saya buat sampai empayar penyimpan emas di bawah saya dah lebih 600,000 di seluruh Asia Tenggara?

Saya tak ada amalan khusus.

Tapi prinsipnya, buat apa yang Tuhan suruh, tinggalkan apa yang Tuhan larang, dan tambah amalan-amalan yang Tuhan suka (amalan sunat).

Bukan sahaja hal ibadah dan amalan peribadi, tapi dalam bisnes itu sendiri.

Dalam bisnes, pastikan buat apa yang Tuhan suruh.

Tuhan suruh kita amanah dalam jual beli. Tuhan suruh kita tunaikan amanah yang orang beri kepada kita. Buat apa yang Tuhan suruh.

Tuhan larang kita makan harta yang batil. Nabi larang kita sumpah (testimoni) palsu untuk lariskan jual beli. Tinggalkan apa yang Tuhan dan Nabi larang tu... 

Sabar buat perkara yang betul

Dan buatlah apa yang Tuhan suka. Buat lebih dari apa tanggungjawab sebenar dalam bisnes. "Add value" dalam istilah bisnes.

Buat semua perkara betul ni dengan sabar. Kejayaan hanyalah persoalan masa sahaja.

Bahkan kejayaan yang akan datang kepada kita lebih besar, lebih kekal dan bertahan lama. InsyaAllah...

Alang-alang hidup kita sibuk membangunkan bisnes, biarlah bisnes tu jadi medan kita meraih pahala sebanyak mungkin untuk kita masuk ke Syurga. InsyaAllah...

Supaya setiap detik kita ruangkan waktu menjalankan bisnes, tidak ada yang lain yang kita dapat kecuali pahala dan Tuhan redha... Amiin... 

#KayaItuMuliaBagiSiapaYangBersyukur

Zulkifli
Cyberjaya
20 Disember 2024
18 Jamadil Akhir 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>