MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Elak Kena Scam, Selidik Perkara Ini Sebelum Pilih Seorang Mentor

December 22, 2024

Gelaran "mentor", "sifu", "guru" bukanlah satu kemuliaan, tapi amanah dan tanggungjawab.

Ada orang hidupnya berubah jadi lebih baik gara-gara jasa seorang mentor. 

Dulu tak ada tabungan, sekarang tabungan dah kukuh, sekurang-kurangnya 12 bulan gaji.

Dulu banyak hutang sampai sesak dada nak membayarnya. Sekarang semua hutang dah habis bayar.

More...

Dulu hidup kais sebulan makan sebulan, tapi sekarang ada harta yang cukup sampai tak pergi kerja pun ada duit (income)!

Mentor dah banyak mengubah kewangan dia jadi lebih baik.

Bahana salah pilih mentor 

Walaupun begitu, banyak juga yang jatuh lingkup gara-gara orang yang mereka gelarkan sebagai "mentor"! 

Dulu elok-elok ada saving, habis segala saving gara-gara mentor. Dulu hutang tak besar, sekarang menanggung hutang yang besar.

Dulu rumahtangga tenang-tenang, sekarang rumahtangga berkonflik suami isteri berpunca dari masalah kewangan (hasil ikut nasihat mentor)!

Gelaran sama, tapi impak berbeza. 

Satu membawa ke 'syurga', dan lagi satu bawa terjun ke neraka kewangan! 

Dari mentor kepada scammer

Kita gelarkan seseorang tu mentor sebab kita percaya yang dia boleh bantu ubah hidup kita lebih baik. Kita nak jadi macam dia, dan nak berjaya macam dia.

Tapi banyak orang tak anggap ia sebagai satu amanah. Sebaliknya Itu peluang untuk dia jadi lebih kaya.

Sepanjang 20 tahun pencarian saya tentang kewangan dan kekayaan, sudah banyak nama mentor, sifu dan guru yang tidak lagi kedengaran walau satu ketika dia dijulang sebab "sifu" sekian-sekian.

Bahkan lebih teruk, ada yang scam murid-murid mereka sendiri!Walhal dia dulu dianggap guru, penceramah bahkan penulis buku pelaburan!

Masyarakat yang nak ubah hidup bukan sahaja hidupnya tak berubah, bahkan jadi lebih buruk...

Semua ni merosakkan gelaran mulia sebagai guru. 

Tip pilih mentor yang betul

Macam mana nak tahu seseorang guru tu benar-benar boleh dipercayai?

Tip pertama (paling mudah), dia bukan sekadar self-claim atau diiktiraf oleh murid-murid dia sahaja, tapi dia juga diiktiraf oleh guru lain. 

Pakar yang lain mengiktiraf yang dia juga adalah pakar dalam bidangnya sendiri.

Tip kedua, cuba perhatikan siapa murid-murid dia yang dah berjaya bersama dia. Bukan murid yang baru follow setahun dua, tapi bertahun-tahun lamanya.

Sekurang-kurangnya 3 - 5 tahun. Kalau yang lebih 10 tahun, itu lebih baik.

Kalau betul ilmunya terbukti berkesan, tentunya tak susah untuk kita lihat bukti-bukti kejayaan daripada orang yang dah lama bersama dia. 

Terjerat hutang gara-gara mentor

Benda yang selalu kita dengar, mentor, guru dan upline inilah yang banyak melingkupkan murid-murid mereka.

Desperate sangat nak tunjuk kejayaan, suruh murid-murid buat loan dan beli kereta mewah!

Akhir sekali bisnes tak ke mana, hutang kereta nak kena tanggung. Di sebalik kebangaan tunjuk kereta mewah, sesak dada membayarnya hanya dia yang rasa...

Itulah antara sebab kenapa saya tak pernah suruh mana-mana murid saya beli kereta mewah.

Bahkan saya sendiri pun belum pakai kereta mewah. 

Walaupun banyak suara suruh saya pakai kereta mewah sebagai inspirasi, tapi saya masih keras kepala tak pakai kereta mewah sampai sekarang.

Saya cuma akan beli sesuatu yang benar-benar saya perlu.

Beli sebab keperluan, bukan show-off

Kalau office saya cuma 2 langkah dari tempat tidur saya, kenapa saya kena beli kereta mahal yang parkingnya lebih jauh dari office saya? 

Syukur alhamdulillah... Hari ni saya bangga lihat murid-murid saya pakai kereta lebih bagus dari saya.

Mereka orang muda dan darah muda yang masih suka drive sendiri berbanding ada driver.

Sesekali saya tumpang mereka kalau kebetulan kami bergerak ke tempat yang sama. Saya pula jakun tengok kecanggihan kereta mereka.

Saya?

Masih lagi dengan cara saya sama macam dulu. Saya cuma beli apa yang saya benar-benar perlu. 

'Simpan' kereta di show room

Kereta-kereta impian saya masih lagi saya simpan di show room dan biarkan orang lain tolong jaga.

Saya masih dengan prinsip saya dari dulu.

Biarlah tak nampak bergaya, asalkan poket kita kaya.

Kita tak beli sesuatu bukan sebab tak mampu, tapi belum benar-benar perlu.

Tapi kita tahu, bila benar-benar perlu, kita boleh dapatkannya secara tunai tanpa perlu tarik loan sampai 7 - 9 tahun! InsyaAllah...

#TipKewanganPeribadi

Zulkifli
Cyberjaya
21 Disember 2024
19 Jamadil Akhir 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>