"Kalau nak cepat berjaya, pakai otak saya (mentor). Otak kamu tu simpan dulu dalam peti ais. Nanti dah berjaya, otak tu bagi pada orang lain!..."
Begitulah lebih kurang kata-kata mentor saya (dalam bisnes) suatu ketika dulu.
Bertahun-tahun saya renung kata-kata beliau ni.
Dia suruh pakai otak dia kalau nak berjaya...
Lepas 15 tahun baru faham
Apa otak saya tak boleh pakai ke? Saya kan dah belajar tinggi?
Takkan otak saya tak boleh pakai?...
Tapi hari ni lepas dah berjaya bantu lebih 200 murid saya unlock passive income 4, 5 dan 6 angka setiap bulan...
Ada yang dulunya cuma kerja biasa-biasa (macam kerani, guru KAFA dan sebagainya) tapi hari ni passive income mereka puluhan ribu setiap bulan...
Akhirnya saya faham dengan jelas nasihat beliau kira-kira 15 tahun yang lalu...
Kalau nak berjaya dengan cepat, kena pakai otak (mindset) orang berjaya. Barulah kita pun akan dapat apa yang mereka dapat.
Kuncinya... Pakai otak orang berjaya. Pakai mindset orang dah berjaya. Pakai cara berfikir orang dah berjaya capai apa yang kita nak capai.
Barulah kita pun akan berjaya macam dia - dengan cepat! InsyaAllah.
Mindset kita, masa depan kita
Dalam tak sedar, kita sebenarnya mencorakkan masa depan kita apa yang kita fikir.
Kehidupan yang kita nikmati hari ni adalah hasil apa yang kita fikir 5 - 10 tahun yang lalu.
Kalau kita masih guna cara berfikir yang sama, kehidupan kita 5 - 10 tahun akan datang pun masih sama. Tak berubah...
Bertahun-tahun masih berlari di tempat yang sama!
Jadi kalau nak ubah masa depan, first kena ubah "cara berfikir" dulu.
"Cara berfikir" kita tu nanti akan menentukan bagaimana kita respon terhad "peluang" dan "cabaran" yang kita hadapi setiap hari.
Orang berjaya, dia respon dengan cara yang mendorong dia untuk berjaya.
Orang yang gagal respon dengan cara sebaliknya. Respon dia sentiasa merugikan diri dia sendiri...
Maka hasilnya pun pasti berbeza.
'Tukul' otak dulu
Nak ubah cara berfikir, ia memakan masa yang sangat lama...
Banyak perkara yang kita tak boleh 'brain' tentang cara orang berjaya berfikir.
Macam budak-budak tak boleh brain apa yang kita (orang dewasa) fikir. Tak sampai dek akal...
Maka otak kita tu kena 'tukul' dulu, sekurang-kurangnya 3 - 5 tahun.
Tukul dengan ilmu baru, tukul dengan pengalaman baru, dan tukul dengan perspektif baru tentang kehidupan, kejayaan dan kekayaan.
Lepas bertahun-tahun kena tukul, barulah otak kita sama dengan otak orang berjaya.
Bila cara berfikir dah berubah, barulah kehidupan kita akan mula berubah.
Buat dulu faham kemudian
Ingat... Kita mencorakkan masa depan kita dengan apa yang kita fikir...
Cara berfikir yang baru tu akan mencorakkan kehidupan kita lagi 5 - 10 tahun. InsyaAllah...
Prinsip "pakai otak mentor" tu membantu kita capai kejayaan lebih cepat.
Terus buat perkara yang betul (berdasarkan ilmu dan pengalaman mentor) walaupun kita belum faham.
Apa sahaja yang dia cakap, jangan persoalkan itu dan ini. Tapi "buat dulu faham kemudian".
Tak faham pun tak apa. Nanti akan faham juga satu hari nanti.
"Pakai otak mentor" ni akan menjimatkan banyak masa, tenaga dan duit kita untuk berjaya.
Tak perlu lagi "try & error".
Tak perlu lagi ulangi kesilapan yang mentor pernah buat. Dan tak perlu lalui jalan jauh yang dia pernah lalui.
Jalan short cut untuk berjaya
Terus buat perkara yang betul. Dan terus sahaja lalui jalan short cut!
Nanti kita akan dapati, kita mampu capai kejayaan lebih besar dan lebih cepat dari apa yang mentor kita pernah capai... InsyaAllah...
Itulah unfair advantage bila ada mentor yang ikhlas nak tengok kita berjaya... Alhamdulillah...
Mohon doakan mentor saya ini... Tanpa ilmu dan dorongan beliau, saya tak fikir saya mampu capai apa yang saya capai hari ni dalam bisnes.
Moga Allah merahmati beliau... Dunia dan akhirat... Amiin ya Rabbal Alamiin...
Zulkifli
Mekah
1 Jun 2025
5 Zulhijjah 1446H
Coretan FB berkaitan:
- Berkat dengar cakap mentor, Dr Syafiq dapat income RM40k sebulan - FB (2021)
- Dengar cakap guru, tak pernah berhenti berusaha, akhirnya Pn Fiza berubah dari golongan B40 menjadi T20 - FB Norhafizah Abdullah (2024)




