MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bina Pengaruh Dengan Berguru

Guru saya berpesan, “People will follow other people who follow other people”. Maksudnya, orang yang nak ikuti jejak langkah kita, dia akan selidik siapa guru kita, dari mana ilmu yang kita belajar. Orang tak akan senang-senang ikut kita kalau kita cuma nampak pandai sebab kita pandai-pandai.

Antara faktor penting kenapa pakar kewangan, Robert Kiyosaki berjaya bina pengaruh yang besar dan orang mahu ikut jejak langkah beliau (untuk berjaya dalam kewangan), sebab Kiyosaki ada “Rich Dad” yang sentiasa dia sebut-sebut di dalam bukunya. Walaupun orang tak kenal siapa itu “Rich Dad” yang dimaksudkan, tapi orang tahu Kiyosaki jadi pandai sebab beliau berguru. Bukan sebab dia pandai-pandai.

Beri Kredit Kepada Guru

Jadi begitulah juga dengan kita. Salah satu cara penting nak bina pengaruh (dalam perniagaan contohnya), kita mesti berguru dan biar orang tahu kita pandai sebab kita berguru, bukan sebab kita pandai-pandai. Kalau sahabat selalu baca blog saya, sahabat akan perasan, saya selalu sebut tentang guru.

Kalau saya cerita tentang emas, saya bagi kredit kepada guru-guru emas saya terutamanya En Syukor Hashim. Bila saya cerita tentang hartanah, saya juga cerita kisah saya berguru walaupun saya tak sebut secara spesifiknya siapa guru tersebut. Bila saya cerita tentang bisnes, saya juga sebut ilmu yang saya belajar dari guru. Bukan saya yang pandai, tetapi saya cuma sampaikan apa yang saya belajar daripada guru sahaja. Pendek kata, setiap bidang ilmu, saya ada guru. Dari bab ilmu dunia hinggalah ilmu akhirat, guru itu penting.

Ibarat layang-layang yang terbang megah di udara, mustahil ia dapat terbang sendiri. Pastinya ada ‘guru’ yang memegang talinya. Kita jadi pandai sebab ada orang lain yang membimbing kita.

Guru Menambah Pengaruh Kita

Sebenarnya dengan memberi kredit kepada orang yang berjasa kepada kita, secara tak langsung, ia meningkatkan keyakinan orang lain untuk ikut jejak langkah kita sebab mereka tahu, kita berada di landasan yang betul sebab dibimbing oleh guru.

Jadi dalam membina bisnes dan pengaruh, jangan nampak kita “one-man-show”. Orang tak yakin untuk follow orang yang pandai-pandai. Kesilapan ramai orang berniaga (terutama sekali dalam bidang jualan), mereka ‘sorokkan’ hakikat bahawa mereka ada guru, dan mereka sendiri berguru. Mereka mahu orang lain nampak, mereka pandai sebab mereka memang pandai. Tapi hakikatnya orang lain nampak, mereka sebenarnya “pandai-pandai”.

Keberkatan Bila Menghormati Guru

Lagi teruk kalau jadi “kacang lupakan kulit”. Bila berjaya, mereka lupakan guru bahkan merendah-rendahkan gurunya sendiri. Tidak hormat kepada guru. Pengalaman saya terlibat dalam bisnes sejak 2003, orang begitu akhir sekali mereka jatuh tersungkur dalam bisnes atau sekurang-kurangnya bisnesnya tak dapat pergi lebih jauh. Tiada keberkatan dalam ilmu yang diamalkan. Mana mungkin layang-layang boleh terbang tinggi bila ia ‘memutuskan tali’ dengan guru yang memegangnya?

Jadi bersikap rendah diri-lah dengan guru walau setinggi mana pun pencapaian kita. Kita tak akan mampu ‘terbang’ setinggi itu tanpa jasa seorang guru. Selain dari ibu dan bapa kita, guru-lah satu-satunya insan yang benar-benar mahu lihat kita lebih berjaya daripada mereka – hasil dari keringat mereka.  Saya pegang betul-betul pesan guru bisnes saya, “people will follow other people who follow other people”.

Wallahu a’lam.

Selamat Hari Guru… 🙂

Nabi s.a.w. berpesan yang direkodkan oleh at-Tabrani daripada Abu Hurairah r.a. bermaksud, “Pelajarilah ilmu, pelajarilah ketenangan dan kesopanan, dan rendahkan dirimu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya (guru)”.

Zulkifli
Damansara Damai
10 Mei 2015
21 Rejab 1436

[Kredit foto : chien-puterirahsia)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • tapi nak berguru zaman sekarang bukan free mcm dulu2..kalau ada yg beri free,mungkin ada masalahnya dgn ilmunya..hihi

    • Zaman dulu pun bukan free. Walaupun guru tak minta bayaran, anak-anak murid datang jauh pergi cari guru. Sampai tempat guru, mereka bukan terus buka kitab, tapi mereka beri khidmat kepada guru e.g. bersihkan rumah guru, tolong isikan air dalam tempayan, tolong ambil berat hal kebajikan guru, dan ada yang datang bawa makanan untuk guru. Lepas tu baru mereka belajar.

      Berbeza dengan sekarang; guru kena keluar rumah pergi ke kawasan anak-anak murid, guru kena sediakan tempat dan keluarkan kos untuk keselesaan anak murid belajar, guru terpaksa tinggalkan kerja utama dia untuk ruangkan masa mengajar, dan macam-macam lagi. Jadi tak logik anak murid datang nak belajar tanpa pengorbanan wang, harta dan masa. Ilmu begitu tak akan dihargai, bahkan ia tak akan melekat dan berkat.

      Maka dalam konteks sekarang, kalau guru itu kenakan bayaran yang sewajarnya, itupun sudah cukup bagus untuk kita dapatkan ilmu mereka. Tiada kejayaan yang datang dengan percuma. Kejayaan perlu dibayar dengan harganya.

      Wallahu a’lam.

        • sekadar pendapat ….
          bayaran kdg2 menyebabkan kita lebih menghargai ilmu sbb terasa sesuatu telah kita byar utk ilmu tersebut. kl percuma, bgaikan angin dtg dan pergi…
          selalu bg free handout ,nota2,latihan kpd peljr seposen dua xnak bkira tp sedihnya ilmu tersebut bsepah dilantai..bila ditny hilang2 pastu dtg tempat kita nak tumpang fotostat plak…bkn bkira tp disiplin generasi kita tidak trbentuk dgn baik jk tiada penegasan…zmn skrg semua mudah…duit bnn halangn…minta je dgn ibubapa…pukul bdiri ingin dielakkan jd bayaran adalah cara/denda utk disiplinkan mereka…bkn nya nak sgt setakat seposen dua…murid kita jgk, sabar je la…

  • Terima kasih kepada tuan Mohd Zulkifli kerana,
    1. Saya mempunyai kesedaran kewangan setelah membaca blog tuan sejak setahun yang lepas.
    2. Mengenali buku – buku karya azizi ali, faizul ridzuan, irfan khairi dan lain – lain melalui pembacaan blog ini.
    3. Berjaya mengukuhkan tahap kewangan saya dan menyelesaikan hutang – hutang jahat.
    4. Mempunyai strategi yang jelas untuk masa hadapan.

    Alhamdulillah.. terima kasih banyak.. semoga Allah membalas jasa baik tuan.

  • alhamdulillah.. syukur ..mengenali blog tuan melalui buku mudahnya menjemput rezki…seterusnya mengenali buku En Azizi Ali, Pn. Ainon Muhd ,Chef Li…. banyak ilmu yang saya pelajari.. terima kasih…

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >