Kalau sekadar nak beli emas, bersepah-sepah peniaga emas ada di luar. Bukan setakat ramai, bahkan ada yang sanggup bagi diskaun pulak tu. Tapi kenapa orang cari kita? Antara sebab utama, mereka mahukan ilmu dan bimbingan yang betul tentang pelaburan emas. Mereka perlukan tempat rujukan bila mereka ada sebarang persoalan.
Dato’ Louis Ng (Pengasas Public Gold) tahu strategi saya ini. Semasa program Makan Malam bersama dealer-dealer di KL, di waktu ada dealer yang membincangkan tentang keperluan memberikan diskaun untuk tarik pembeli, Dato’ mencelah, “En Zul sell the knowledge… no need to give discount”!
Rupa-rupanya Dato Louis Ng tahu strategi saya; tidak menawarkan sebarang diskaun kepada pembeli, tetapi saya menawarkan ilmu. Ilmu itulah yang menarik pembeli datang kepada saya, sebab bimbingan yang bakal customer dapat itu lebih berbaloi dari diskaun itu sendiri.
Jual Ilmu Lebih Dari Produk
Untuk pergi jauh dalam bisnes dan membuatkan setiap hari ada orang datang contact kita untuk MINTA IZIN letak nama kita sebagai introducer, fokus kita ialah berikan ilmu yang betul kepada orang lain dengan sabar. Jangan berkira. Walaupun mungkin mereka bukan customer kita (i.e. dah berdaftar di bawah orang lain), ajarkan sahaja kepada mereka sebab mereka bukan berseorangan. Mungkin ada lagi 100 atau 1,000 orang lagi kenalan di belakang mereka yang akan datang membeli dari kita suatu hari nanti.
Minta izin letak introducer walaupun belum pernah kenal
Tak perlu suruh, tetapi mereka datang minta izin
Beri ilmu dulu, orang tetap akan menghargainya
Beri ilmu dengan sabar, pasti akan tibanya ‘hari menuai’
Biar orang pandang kita sebagai GURU pelaburan emas, bukan sekadar sebagai SALESMAN yang cuma memikirkan tentang komisyen peribadi semata-mata. Dan kalau sahabat cuba perhati, hampir kesemua top Master Dealer Public Gold adalah “guru emas”. Jarang sekali kita dapat lihat mereka menjual…
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
21 Mei 2015
3 Sya’ban 1436H
(Kredit foto : botedergi)