[Kemaskini 7 Ogos 2024]
Bila harga emas jatuh, itu berita gembira untuk penyimpan-penyimpan emas.
Kita berpeluang beli tambah kepingan emas lebih banyak pada harga diskaun. Dengan kata lain, kita berpeluang beli barang mahal (emas) pada harga murah.
Harga emas jatuh sifatnya cuma sementara. Untuk jangka panjang, harga emas confirm akan naik - disebabkan faktor inflasi dan risiko penurunan nilai duit kertas (ringgit).
Ia berita gembira bagi siapa membeli emas untuk simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 tahun ke atas.
Bagi penyimpan yang tak berilmu, mereka rasa bimbang. Sebaliknya bagi yang berilmu, itu berita yang sentiasa ditunggu-tunggu.
Keuntungan berganda dealer emas
Bagi dealer emas, itulah peluang besar gandakan keuntungan (komisyen).
Ketika orang berbondong-bondong memborong emas, komisyen pun akan berganda-ganda. InsyaAllah...
Caranya, beritahu kepada penyimpan emas masing-masing, sekarang harga emas di paras yang rendah. Supaya mereka dapat peluang beli barang mahal (emas) dengan harga yang murah.
Beritahu di medsos masing-masing; Facebook, Blog, Instagram, Twitter, TikTok atau apa sahaja medium.
Bantu mereka dapatkan harga rendah.
Jangan tak bagi tahu... Nanti kesian mereka terlepas peluang bagus ni.
Petanda komisyen akan berganda
Kalau sampai rasa dah tak menang tangan layan customer ketika harga jatuh, maksudnya bisnes kita sedang berkembang hasil kerja-kerja marketing yang kita buat SEBELUM INI.
Setiap 2 – 3 bulan, biasanya ada beberapa hari yang saya betul-betul kerja dan ‘dikerjakan’ oleh customer, iaitu bila harga emas jatuh.
Dari pagi sampai lewat malam tak putus-putus customer contact nak beli emas. Sampai kepala pun rasa pening dah tengok handphone.
Biasanya kalau sampai dan pening begini, insyaAllah komisyen yang akan masuk akaun pada bulan berikutnya jumlahnya luar biasa. Sekurang-kurangnya 2 kali ganda, alhamdulillah...
Kerja marketing kena konsisten
Saya percaya, ramai rakan-rakan dealer yang dah buat kerja marketing (beri kesedaran kepada masyarakat untuk menabung emas) secara KONSISTEN (sebelum harga jatuh lagi) akan lalui pengalaman yang sama.
Tak menang tangan melayan customer, InsyaAllah.
Sebagai dealer emas, jangan tunggu harga jatuh baru nak cerita pasal emas di medsos. Itu sudah terlambat.
Kerja-kerja marketing dan membina reputasi sepatutnya kena buat secara konsisten dalam jangka panjang. Biar kenalan-kenalan kita tahu kita dealer emas aktif.
Bila harga emas jatuh, itulah waktu ‘menuai’ hasil berganda-ganda, asbab kerja-kerja marketing yang buat selama ini, insyaAllah.