Bila customer orang lain bagi tahu siapa introducer dia, maka tugas kita ialah memberi kredit tentang introducer mereka, dan memberi keyakinan bahawa mereka berada di bawah introducer yang betul. Cuba cari kelebihan yang ada pada introducer mereka, dan ‘promote’ kelebihan introducer tersebut. Dia sepatutnya bangga dengan introducernya sendiri.
Pada masa akan datang, kalau ada apa-apa persoalan, mereka akan terus rujuk introducer sendiri, dan bukan terus mencari kita. Kalau semua dealer Public Gold amalkan budaya dan etika sebegitu, ia akan membina environment yang positif untuk sama-sama maju dengan bisnes Public Gold. Budaya “uplift each other” ini akan memudahkan semua orang untuk terus maju, insyaAllah.
Ceritakan kelebihan introducer mereka
Beri pujian tentang introducer mereka.
Cari apa sahaja alasan untuk yakinkan tentang introducernya
Ia sangat berbeza kalau masing-masing pakat ‘sailang’ antara satu sama lain. Bisnes semua orang akan hancur. Walaupun mungkin untung dalam jangka pendek, tetapi akan hancur pada masa depan.
Wallahu a’lam.