MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Semua Otai Bermula Dari Bawah

August 2, 2015

Semua top Master Dealer hari ini bermula dari bawah, bermula dari kosong, bermula dari tak tahu apa-apa tentang emas. Begitu jugalah dengan saya dan semua sahabat dealer.

Foto di bawah ini ialah foto seminar emas yang pertama saya hadir. Waktu itu, penceramah utama ialah En. Syukor Hashim, dan ada slot 10 minit En. Syukor beri laluan kepada Tuan Haji Pokli bercakap. Pokli waktu itu hanyalah pembantu En. Syukor. Mana-mana seminar En. Syukor, Pokli akan ikut. Dan En. Syukor-lah orang yang mengangkat nama Pokli (selaku anak buahnya) setiap kali seminarnya.

Waktu saya bermula dahulu, sudah ramai Master Dealer (MD) yang otai-otai emas Public Gold. Mereka bermula tahun 2008 dan 2009 lagi, sedangkan saya baru bermula pada Oktober 2010. Waktu itu, nama MD yang dikenali ramai ialah En. Syukor, Pokli, Faizan Pelabur Jutawan, Mama Azizah, Ustaz Zul Sunnah Emas, Tn Haji Wazir, Jeman, Kak Asyikin, Sabri EmasKini, Hafzanizam Geng 916, Zam Emas8Kilo, Fithrie BijakEmas dan ramai lagi. Saya cuma orang baru yang belajar mendapat inspirasi dari mereka semua. Terasa kecil diri saya bila berjumpa mereka semua. Terasa kagum dan excited bila berjumpa mana-mana yang bergelar “Master Dealer”.

Saya Juga Berguru

Alhamdulillah, berkat dari ilmu-ilmu mereka, Allah juga angkat saya sebagai salah seorang Top Master Dealer di Malaysia dengan jualan tahunan setaraf dengan En. Syukor, dan Master Dealer yang lain. Boleh duduk bermesyuarat semeja, dan dapat travel ke luar negara percuma bersama mereka atas tajaan Public Gold, alhamdulillah.

seminar public gold pertamaIni foto yang diambil oleh Pokli sewaktu En. Syukor menyampaikan seminar. Bila Pokli buka balik foto-foto lama, dia terkejut nampak muka saya dan dia berikan foto ini kepada saya. Dia cakap, saya adalah seorang dalam ramai-ramai itu yang boleh dikatakan berjaya dengan Public Gold, alhamdulillah.

fb seminar public gold dulu ramai

sembang public goldSaya juga dealer baru sebelum digelar “otai”.

Saya percaya, sahabat dealer yang terus berusaha dengan betul dan sabar akan melalui perjalanan yang sama dengan saya ini, insyaAllah. Akan sampai masanya juga sahabat dealer akan meningkat ke tahap Master Dealer sebagaimana otai-otai yang lain. Perjalanan yang 1000 batu itu tetap bermula dengan langkah pertama! Dan selalunya langkah pertama itulah yang paling sukar.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
29 Jun 2015
12 Ramadhan 1436H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>