Seperti yang saya selalu pesan, kalau betul-betul nak kembangkan bisnes dan jana “passive income” melalui Public Gold, kuncinya ialah pandaikan orang lain (i.e. customer dan dealer di bawah kita) dan galakkan mereka berdikari. Lahirkan seramai mungkin Pelabur Merdeka. Mereka melabur dalam emas tetapi mereka tahu uruskan pelaburan mereka sendiri, bukan terlalu bergantung kepada dealer. Mereka order sendiri, bayar sendiri, collect stok sendiri, dan jual kepada Public Gold sendiri. Kita sebagai dealer hanya jadi ‘guru’ sahaja.
Saya galakkan customer order sendiri.
Fokus Bisnes Jangka Panjang
Kalau semua kita yang kena uruskan bagi pihak customer, kita akan mengumpul beban dalam jangka panjang dan ia akan membantutkan bisnes kita untuk terus berkembang. Kalau setakat 100 customer mungkin boleh handle lagi, tetapi bagaimana bisnes kita nak berkembang menjadi 1,000 customer?
Galakkan mereka belajar berdikari.
Untuk jana passive income (macam duit pencen) sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan, letak target melahirkan sekurang-kurangnya 1,000 registered customer yang merdeka. Itu cuma anggaran saya yang agak konservatif, tetapi realitinya lebih dari jumlah tersebut. Kalau nak dapat passive income RM4,000 sebulan, maka perlu ada sekurang-kurangnya 2,000 registered customer, dan begitulah yang seterusnya.
Jadi alang-alang berniaga emas Public Gold, biar sampai dapat passive income dan ‘hidup bebas’… Bukan sekadar jadi salesman yang bermajikankan customer. InsyaAllah…