Majoriti orang beli emas (berbentuk jongkong dan syiling) sebab nak kaya, bukan sebab nak emas. Jadi bila nak buat promosi dan penerangan, cuba kaitkan bagimana emas dapat menjadikan mereka lebih kaya. Jangan habiskan banyak masa terangkan terangkan CIRI-CIRI, tapi fokus kepada MANFAAT emas itu sendiri. Antaranya;
#1 – Elak Kebocoran Wang
Duit simpanan lebih bertahan lama bila ditukar kepada emas. Nasfu berbelanja akan berkurangan, sebaliknya ia menyuburkan semangat mengumpul harta.
#2 – Selamat Dari Inflasi
Emas tahan inflasi. Tak perlu risau tentang kenaikan harga barang dalam jangka panjang. Ceritakan fakta 1 dinar masih mampu beli seekor kambing sejak 1400 tahun dahulu hingga sekarang. Ianya berbeza kalau simpan duit kertas.
#3 – Selamat Dari Bencana Kewangan
Simpanan emas tak terjejas bila berlaku bencana kewangan. Apa pun berlaku kepada ekonomi dan politik negara, kuasa beli emas tetap bertahan sebab nilai sebenar emas ialah pada berat dan ketulanannya, bukan sepertimana duit kertas.
#4 – Untung Bila Digunakan
Simpan emas duit tak beku sebab emas tu ada ditangan kita. Kalau perlukan duit untuk rolling, kita boleh pajak emas tu untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas. Kalau simpan di bank, bank yang rolling duit kita. Kita tak boleh.
#5 – Untung Berganda Bila Diniagakan
Siapa yang berniaga emas disamping menyimpan emas, kekayaan akan lebih cepat berkembang. Daripada duit kita beku dalam ASB dan Tabung Haji, lebih baik beli emas dan terus jadi dealer, dan jana pendapatan dengan membantu orang lain menyimpan emas.
Itulah antara point penting bila nak bercerita tentang emas. Untuk faham point-point yang saya ceritakan di atas, sila baca artikel saya di bawah:
- 6 Keistimewaan Emas Sebagai Simpanan
- Emas Penyelamat Bencana Kewangan
- 5 Risiko Besar Menyimpan Wang Kertas
Mudah-mudahan tips ini bermanfaat, insyaAllah.