MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kekayaan Bocor, Inilah Punca dan Solusinya…

April 1, 2023

Kekayaan di tangan kita...

Bukan secara teori. Tapi hakikat nilai kekayaan tu sendiri memang berada di tangan kita selagi emas tu ada di tangan kita.

Emas berbeza dengan aset kewangan yang lain.

More...

Bila beli emas, pastikan dapat emas (fizikal). Kalau sekadar nak bermain dengan nombor, banyak lagi aset kewangan lain yang lebih baik dari emas.

Saham lebih baik. Trade CPO lebih baik...

Emas Pertahankan Kekayaan Kita

Tapi kelebihan emas sebenar terletak pada fizikalnya. Beratnya... Dan ketulenannya. Sebab nilai emas melekat pada berat dan ketulenannya sendiri.

Bukan sekadar nombornya.

Kalau sekadar nak buat untung dengan "buy low sell high", pada saya banyak lagi aset kewangan lain yang boleh buat untung lebih baik berbanding emas. 

Walaubagaimana pun, ada fungsi penting yang ada pada emas (dalam konteks membina kekayaan), tetapi tak ada pada mana-mana instrumen kewangan yang lain.

Iaitu emas mempertahankan kekayaan kita daripada bocor disebabkan 3 faktor ini :

1. Bocor sebab diri kita

Boros berbelanja. Nampak duit, asyik fikir nak belanja jer. Itu, ini, semuanya kita rasa perlu beli bila ada duit.

Itulah sebabnya banyak orang bekerja bertahun-tahun, tapi simpanan kecemasan berjumlah 3 bulan gaji pun tak ada.

Tapi bila duit simpanan dah tukar jadi emas, semua tu tak timbul lagi...

Bila tengok kepingan-kepingan emas yang ada, kita asyik fikir nak tambah lagi simpanan kita. 

Emas menyelamatkan tabungan kita daripada bocor.

2. Bocor sebab lumrah duit kertas

Bagi yang sudah dapat menyimpan duit dengan baik, ada lagi satu masalah.

Iaitu lumrah duit kertas yang kita simpan dalam akaun bank tu, nilainya semakin merosot dari tahun ke tahun. 

Nombornya masih sama. Tapi nilainya menurun disebabkan INFLASI.

Dan nilainya boleh hilang disebabkan risiko kejatuhan ringgit.

Tahun 1997, ringgit jatuh 50% setahun!

Tahun 2015, ringgit jatuh lebih 30% setahun!

Walaupun bukan salah kita, tapi kekayaan kita tetap bocor disebabkan lumrah duit kertas itu sendiri... 

Bila tukarkan duit simpanan kepada emas, ia menyelamatkan nilai kekayaan kita daripada bocor disebabkan inflasi dan risiko kejatuhan ringgit tersebut. 

3. Bocor sebab bencana kewangan

Kekayaan kita juga boleh bocor kalau terjadinya bencana kewangan ke atas dunia, negara mahupun ke atas diri kita sendiri. 

Walaupun kita sentiasa mengharapkan yang terbaik, tetapi apa-apa pun boleh terjadi dalam hidup kita.

Sistem kewangan dunia dan negara boleh runtuh pada bila-bila masa kalau berlaku ketidakstabilan terhadap politik dan ekonomi.

Kita boleh lihat saban tahun, ada sahaja negara yang terkena bencana kewangan, khususnya negara yang bergolak.

Walaupun bukan salah kita, kekayaan yang kita usahakan bertahun-tahun boleh hilang begitu sahaja pada bila-bila masa!

Bahkan kalau jatuh bankrap atau nama terpalit dengan AMLA (walaupun kita tidak bersalah) seperti yang pernah terjadi kepada saya, semua harta kekayaan kita boleh dibekukan (bahkan dilucutkan hak) pada bila-bila masa! 

Emas Sebagai 'Insuran' Kekayaan

Apakah harta kekayaan yang tinggal kepada kami sekeluarga pada ketika itu? 

Hanyalah emas... 

Akaun-akaun bank saya dibekukan.

Bahkan Akaun Emas GAP saya juga dibekukan! 

Itulah pentingnya kenapa setiap kita kena ada emas. Dan kena tukarkan sebahagiaan kekayaan kita kepada emas.

Supaya apa pun terjadi kepada kita atau dunia, kekayaan itu benar-benar ada di tangan kita...

InsyaAllah.

Zulkifli
Cyberjaya
29 Mac 2023
7 Ramadhan 1444H


#tipsimpananemas #TabahHadapiMusibah #tipkewanganperibadi

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>