Tak boleh tidur. Bila ingat tentang impian, saya tak boleh tidur.
Setiap kali lepas meeting atau mengopi dengan Mr Kenneth Cheang Chee Wah, saya lagi tak boleh tidur.
Mr Kenneth tu 2nd brain saya.
Dialah yang selalu ingatkan apa yang perlu saya buat dan apa tugasan yang perlu saya selesai dalam #MisiUbahHidup1000Keluarga .
Misi buat masyarakat Indonesia
Malam tadi berbuka puasa dengan Mas Ulin, Head of Branch Jojga dan Mr Kenneth. Kami bincang tentang Public Gold Indonesia.
Bila fikir tentang #PublicGoldIndonesia, kerja saya dan team terlalu banyak untuk dilaksanakan. Seolah-olah kena kembali semula ke zaman 10 tahun lalu.
Zaman ketika saya sedang membina bisnes #PublicGold tanpa ada konten yang cukup untuk disampaikan kepada masyarakat, tanpa ada team yang benar-benar independent seperti #G100Malaysia.
Yang ada cuma team #G100Indonesia yang sedang berjuang kerana percaya tentang masa depan mereka bersama Public Gold Indonesia.
Memikirkan tentang harapan besar terletak atas bahu saya, saya tak lena untuk tidur.
Motivasi tanpa perlu dimotivasikan
Kalau terjaga malam dan teringat cita-cita tu, mata saya jadi segar - untuk terus duduk di meja kerja. Untuk buat apa yang sepatutnya saya buat...
Mungkin inilah yang dikatakan; mimpi sebenar bukanlah yang membuatkan kita lena... Tapi ia membuatkan kita terjaga dari tidur untuk terus bekerja.
“Dream is not that which you see while sleeping. It is something that does not let you sleep.” ~ A.P.J Abdul Kalam, former President of India
Bila ada impian, kita akan sentiasa bermotivasi tanpa perlu dimotivasikan oleh orang lain.
Bila hidup dengan impian dan harapan, kita akan sentiasa happy dan bersemangat.
Bagi yang dah berkeluarga, bayangkan memori betapa semangatnya kita berkerja keras buat persiapan menanti hari istimewa kita bersama bakal pasangan - majlis perkahwinan.
Begitulah ibaratnya orang yang sedang mengejar impian.
Impian (yang membara) membuatkan kita keluar dari zon selesa untuk menjadikan diri kita lebih baik dari semalam.
InsyaAllah.
Zulkifli
Cyberjaya
28 Mac 2023
6 Ramadhan 1444H
Coretan FB berkaitan:
Artikel berkaitan:
- Tulis Impian, Elak Kekesalan Di Hari Tua
- Bongkar & Tulis Impian Hidup, Sekarang!
- Tiru, Itulah Cara Tercepat Untuk Berjaya!
- Rahsia Kejayaan Ada Pada Rutin Harian Kita
- Tiada Istilah Terlambat Untuk Bermula
- Kejayaan Perlukan Waktu, Fokus Satu Sampai Berjaya!
- Fokus Pada Minat, Dan Jangan Pernah Berhenti Belajar


