Rumah panas.
Start tengah hari sampai malam rasa tak selesa duduk di rumah sebab rumah (flat) yang kami sewa waktu tu mengadap matahari jatuh.
Dinding tu rasa bahang panas sampai ke malam.
Duduk rumah memang rasa tak selesa.
More...
Nak pasang aircond belum mampu. Nak bayar kenaikan bil elektrik untuk aircond bulan-bulan lagi la tak mampu.
Jadi kami lebih suka keluar berbanding duduk di rumah. Paling best pergi shopping mall sebab boleh rasa sejuk aircond.
Cari Keselesaan Di Luar Rumah
Boleh dikatakan setiap minggu kami bawa anak-anak ke shopping mall. Sambil shopping, sambil keluar makan, dan teman anak-anak main playground dalam mall.
Tapi... Cara macam tu menyebabkan duit kami bocor.
Bukan sikit-sikit bocor. Bocor sampai langsung tak mampu menabung!...
Bila sedar duit sentiasa bocor, maka kami cari alternatif lain.
Daripada bawa anak ke shopping mall, lebih baik bawa anak jalan-jalan ke taman-taman awam dan playground awam.
Supaya tetap dapat keluar rumah, anak-anak happy, tapi duit tak bocor...
Sejak dari tu, kami memang tak bawa anak-anak pergi shopping. Kami keluar berdua jer.
Anak-anak Happy, Duit Tak Bocor
Dan kami limitkan masuk shopping mall cuma sebulan sekali jer. Itupun untuk beli barang keperluan bulanan.
Sebab shopping mall tu disusun supaya kita duduk lebih lama, dan berbelanja lebih banyak.
Walaupun kita cuma nak beli 2, 3 barang, tapi kita terpaksa lalu satu pusingan yang jauh supaya kita tersangkut juga dengan barang-barang yang lain.
Plan nak beli 2, 3 barang. Tapi akhirnya kita keluar dengan penuh satu troli juga!
Jadi limitkan kekerapan masuk shopping mall. Dan jangan bawa anak-anak ke shopping mall.
Tempat yang lebih baik untuk anak-anak ialah ke taman-taman awam.
Anak-anak tetap happy. Duit kita tak bocor.
InsyaAllah.