MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

Promotelah Isteri Depan Anak-anak

November 30, 2009

Jangan berselisih depan anak-anak, nanti kesannya pada anak-anak.

Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!

Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudah boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambil tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya.

Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita.

Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.

More...

Edification dan Empowerment

Kefahaman ini saya dapat bila belajar tentang "Edification" daripada mentor bisnes saya.

Maksud edifikasi sebenarnya ialah promotion (mempromosi) dan empowerment (memberi kuasa).

Prinsip yang mengajar kita supaya sentiasa menceritakan dan mempromosikan kebaikan orang lain yang akhirnya kebaikan itu akan kembali kepada kita sendiri. Sentiasa cakap perkara yang baik (positif) tentang orang lain dan diamkan diri dari bercakap perkara yang buruk (negatif) tentang orang.

Sebagaimana pesan Nabi s.a.w;

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam (sahaja)” HR Bukhari & Muslim

Berkata Yang Baik, Atau Diam

Memang benar kata Nabi S.A.W.

Dan Tuhan juga selalu pesan dalam Quran bahawa setiap kebaikan yang kita buat, kebaikan itu akan kembali balik pada kita. Bukan sahaja di Akhirat, di dunia pun kita akan dapat manfaat dia. Cuma kita sahaja yang tak nampak hikmah tersebut.

Ia ibarat membaling bola getah ke dinding.

Kalau kita baling bola hitam (keburukan), maka bola hitam juga akan melantun balik pada kita. Tapi kalau baling boleh putih (kebaikan), maka bola putih jugalah akan kita dapat.

Prinsip ini penting untuk faham terutamanya bila kita kerja dalam sebuah team supaya team kita menjadi kumpulan yang kuat. Kumpulan yang sentiasa saling angkat-mengangkat (uplift each other) antara satu sama lain.

Promotelah Isteri Depan Anak-anak

Kita dan isteri adalah satu team. Dan kita dan isteri adalah team leader bagi keluarga kita.

Walaupun anak-anak mungkin tak dengar cakap kita, tapi anak tak pernah gagal tiru apa yang buat. Mereka sentiasa memerhatikan kita sebagai role-model.

Maka kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya.

Supaya sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!

Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita. Yang akhirnya memudahkan kita juga.

Zahirkan Apa Yang Sepatutnya Terzahir

Edifikasi bukan bermaksud kita mencerita apa yang tak ada. Sebaliknya menzahirkan apa yang ada tapi tak terzahir di depan mata.

Isteri kita sudah buat banyak kebaikan, tapi ia tak terzahir depan mata anak-anak melainkan kita (suami) sendiri yang zahirkan.

Dan memang benar, isteri kita terlalu banyak berjasa dan berkorban pada mereka. Dia berjasa dan berkorban untuk anak-anak kita sebelum mereka lahir ke dunia lagi. Dan dia sudah bergadai nyawa hanya untuk anak-anak kita menjenguk dunia!

Anak-anak Tak Tahu Ibunya Hebat

Kita tahu isteri kita bagus dan dia seorang ibu yang baik. Tapi anak-anak tak sedar yang ibunya sangat bagus, berjasa dan hebat. Dan mereka tidak sedar betapa beruntungnya mereka kerana isteri kita adalah ibunya - ibu yang penyayang dan bertanggungjawab.

Jadi, siapa yang patut sedarkan anak-anak bahawa ibunya seorang yang bagus?

Tak lain tak bukan, kitalah yang kena berperanan.

Kitalah yang kena 'angkat' isteri kita di depan anak-anak. Isteri kita tak boleh angkat diri sendiri. Dan sememangnya kita tak ada apa-apa kekuatan untuk angkat diri sendiri (seperti masuk bakul angkat sendiri) melainkan orang lain yang tolong angkatkan.

Dan begitulah sebaliknya…

Jadi, kalau anak-anak tak dengar cakap kita sebagai ibubapa, cuba cek balik bagaimana kita melayan pasangan depan anak-anak.

Apa yang setiap ibubapa perlu ingat ialah, walaupun anak-anak tak cukup bagus untuk dengar apa yang kita CAKAP, tapi mereka tak pernah gagal untuk tiru apa yang kita BUAT

Sama-sama kita fikirkan.

Zulkifli
Damansara Damai
20 November 2009
2 Zulhijjah 1430H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 6,500 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia).

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >