
Alhamdulillah… hari ni dapat join aktiviti qurban di kampung. Aktiviti rutin setiap kali Raya Qurban.
Biasanya, setiap kali Raya Qurban, abah akan book dua bahagian lembu. Samada untuk abah sendiri atau pass kat anak-anak.
Tapi tahun ni, abah book empat bahagian. Dua bahagian di kampung kami, dan dua bahagian lagi di rumah Ayah Lah (pakcik saya) di Kg. Kasa, Pasir Mas. Satu bahagian abah pass pada saya, satu untuk Noni (adik saya), dan dua lagi untuk Fauzan (adik ipar saya) untuk aqiqah anaknya yang baru lepas 40 hari.

Tukang Sembelih
Hari ni, saya in-charge di kampung jer sebab dekat dengan rumah. Senang nak ulang-alik bawa anak-anak tengok lembu! Fauzan in-charge di Kg. Kasa. Abah pun join qurban di Kasa sebab abah kena jadi tukang sembelih.
Dan memang rutin setiap kali Raya Qurban, abah dijemput jadi tukang sembelih. Kekadang tu, sampai 5 – 6 ekor lembu sekali. Tapi anak-anak abah, setakat ni belum ada sorang pun lagi yang ada bakat jadi penyembelih! Seekor ayam pun tak pernah sembelih… He3x…

Kemeriahan Raya Qurban Di Kelantan
Di Kelantan, saya rasa Raya Qurban lebih meriah berbanding Raya Puasa. Yang memeriahkan Raya Qurban ialah aktiviti gotong-royong ibadah qurban. Dan ibadah qurban sebenarnya memang ibadah ‘gotong-royong’ (berjemaah). Tak boleh buat sorang-sorang.
Menurut Ustaz Faisal, masa kuliah pasal Qurban haritu katanya, Nabi S.A.W suruh para sahabat yang akan laksanakan ibadah qurban supaya tambat kambing (yang bakal dikorbankan) depan rumah. Mesejnya, supaya orang lain tahu kita akan laksanakan ibadah qurban!
Ish, macam nak menunjuk-nunjuk la pulak?

Tiada Persoalan Riya’
Yer, memang kena ‘menunjuk-nunjuk’ dalam ibadah jam’ieyyah (berjemaah). Ia berlainan dengan ibadah yang berbentuk fardi (sendiri-sendiri). Ibadah jam’ieyyah adalah syiar (lambang) Islam. Ia tak perlu disorok-sorok. Dan persoalan riya’ atau tidak memang tak relevan untuk ibadah ini.
Menurut Ustaz, kalau zaman sekarang, memang kita tak boleh tambat kambing/ lembu depan rumah. Nanti kecoh la pulak satu taman (perumahan). Tapi tulis la nama jelas-jelas kat senarai orang yang akan sertai qurban di whiteboard surau. Jangan tulis “Hamba Allah”… Kerana mewar-warkan itu adalah sunnah.

Kelompok Qurban di Kampung
Jadi, pagi tadi kami bergotong-royong. Yang tak qurban pun datang tolong-tolong.
Di Kelantan, biasanya aktiviti qurban di uruskan oleh tuan lembu. Dalam satu kampung, mungkin ada 5 atau 6 kumpulan qurban. Aktiviti qurban biasanya tak dibuat di surau atau masjid sebagaimana di KL dan Selangor. Tapi buat di rumah tuan lembu.
Biasanya, satu tuan, ada 1 hingga 3 ekor lembu yang dijual untuk dikorbankan.
Gotong Royong Ibadah Qurban
Program qurban ni tak ada AJK sebagaimana di KL. AJKnya terdiri daripada peserta (pembeli) dan ahli keluarga mereka yang sertai qurban. Pakat-pakat bergotong royong bermula dari merebahkan lembu, hinggalah di agih-agihkan kepada peserta qurban.
Dan akhir sekali, tuan rumah akan buat sedikit jamuan makan tengahari untuk ‘AJK’.
Hafiz (adik saya) tolong timbang dan asingkan hasil korban kepada 7 bahagian.
Masakan Jamuan Makan Tengahari
Makan tengahari tu sebenarnya adalah ‘sumbangan’ para peserta. Sebaik sahaja aktiviti melapah bermula, biasanya sebahagian daging diambil dan di dihantarkan ke dapur untuk di masak secara bergotong-royong oleh kaum wanita.
Lepas penat-penat bergotong-royong, semua akan nikmati jamuan makan tengahari sebelum bawa balik bahagian masing-masing. Wah… masakannya memang best!
Lauk tradisi ialah daging goreng, daging singgang, perut muda rebus, budu dan sambal… huh… memang jelira (selera)!
Agihan Terus Tanpa Orang Tengah
Kalau di KL, agihan dibuat oleh AJK hinggakan penerima daging qurban tak kenal pun sapa peserta qurban.
Tapi di Kelantan, agihan dibuat oleh peserta qurban sendiri. Daging qurban tu akan dibawa balik ke rumah 100%. Kemudian barulah dibungkus dalam bungkusan kecil untuk diagihkan sendiri dari rumah ke rumah oleh peserta.
Hikmahnya, ia akan mengukuhkan silaturrahim dan ukhuwah antara peserta qurban dan penerima daging qurban sebab peserta bagi direct by hand, tanpa menggunakan orang tengah…
Rugi Tak Balik Raya Qurban
Musim Raya Qurban ni, biasanya ramai la yang buat makan-makan. Yang banyaknya ialah kenduri aqiqah.
Walaupun ramai yang tak rasa Raya Qurban ni satu perayaan yang besar (berbanding Raya Puasa), tapi saya, isteri dan anak-anak akan rasa ‘kehilangan’ sesuatu kalau tak balik Raya Qurban.
Setakat ni, cuma sekali jer tak balik beraya. Tak silapnya dalam 4 tahun lepas. Masa tu, memang benar-benar rasa rugi dan menyesal tak balik raya. Keseronokkan berkumpul sesama keluarga dan bergotong-royong memang tak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit…
Zulkifli
Pasir Mas
27 November 2009
10 Zulhijjah 1430