MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Jangan Beli Emas Bajet Besar Sekaligus. Beli Sikit-sikit, Tapi Konsisten

March 28, 2026

"Masa harga tinggi RM700 segram, duit dah habis beli emas seratus gram. Bila harga jatuh ke RM600 segram, apa patut kena buat untuk kurangkan kerugian?"

Bak kata pepatah, bila terhantuk baru terngadah. 

Bila rugi, baru nak belajar. 

Sepatutnya belajar dulu. At least kena tahu bacis dulu bila nak beli emas. 

Dapatkan nasihat ejen emas yang jujur lagi berpengalaman dulu. Bukan main beli. 

More...

Harga ada turun naik 

Kalau tanya saya soalan tu sebelum beli, maka inilah nasihat saya; 

Siapa yang baru nak mulakan tabungan emas, sedangkan bajet duit ada cuma ngam-ngam dapat beli 100g (bajet dalam RM60k lebih), sepatutnya dia tak sesuai beli 100g sekaligus. 

Belian pertama tu, sepatutnya beli dalam saja 20g - 30g dulu. Gunakan portion 20% - 30% saja dulu. Bukan beli selonggok 100g. 

Jangan expect harga sentiasa naik dalam jangka pendek. 

Dan jangan expect lebih beli, harga emas tak turun-turun. 

Itu expectation yang salah.

Pengalaman saya, mustahil lepas kita beli, harga emas terus naik dan tak turun-turun. Pengalaman saya selamat 16 tahun, saya boleh katakan ianya mustahli. 

Mulakan bajet kecil dulu

Jadi kalau nak tenang-tenang, janga beli jumlah besar sekaligus.

Prinsipnya, beli sikit-sikit dalam jangka panjang. InsyaAllah kita akan dapat harga purata yang rendah. 

Mulakan dulu untuk dapatkan benchmark harga, lepas tu fokus tambah ilmu.

Lepas tu baru tambah lagi tabungan sikit-sikit, seiring bertambahnya ilmu.

Kena serius dapatkan ilmu.

Boleh dapatkan ilmu dari ejen emas. Tapi jangan percaya bulat-bulat ejen emas. Sebab ejen emas ada kepentingan komisyen. 

Kita kena ada ilmu dan bertanggungjawab atas keputusan yang kita buat dengan duit kita sendiri. 

Guna duit jangka panjang

Yang kedua, beli emas sepatutnya guna duit simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas. Bukan duit yang nak pakai dalam masa terdekat.

Maksudnya, kalau harga jatuh dalam jangka pendek, kita tak kisah pun. Sebab memang duit tu nak simpan untuk jangka panjang.

Bukan saja kalau harga emas jatuh... Malah kalau harga naik mencanak sekalipun kita memang tak akan jual. Kecuali dalam 3 keadaan saja.

Bukan saja-saja jual hanya semata-mata harga emas naik.

Penyimpan emas berilmu, tak akan jual emas kecuali untuk tujuan tambah kekayaan dan hal yang sangat penting saja. 

#TipKayaDenganEmas

Zulkifli
Cyberjaya
28 Mac 2026
9 Syawal 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}