Jangan percaya dan serahkan bulat-bulat duit kita kepada ejen kewangan.
Walaupun ejen tersebut menggunakan 'title' sebagai "perunding kewangan", tapi apa yang anda perlu tahu, mempercayai ejen bulat-bulat adalah salah satu risiko besar yang membuatkan kewangan banyak orang menjadi lebih buruk!
Apa yang saya perhatikan, salah satu punca kebocoran kewangan yang banyak orang hadapi ialah bila mana mereka mempercayaai bulat-bulat ejen produk kewangan, tanpa ambil inisiatif untuk belajar dan fahamkan sendiri tentang pelaburan ataupun produk kewangan tersebut.
Dia serahkan duit, dan mengharapkan ejen itub tolong 'monitor' dan tolong buat untung untuk diri dia tanpa dia belajar bagaimana nak uruskan sendiri pelaburan tersebut.
Itu satu kesilapan besar!
Motif Utama Ejen Ialah Komisyen
Salah seorang guru kewangan yang tersohor, iaitu Robert T. Kiyosaki istilahkan ejen produk kewangan sebagai "broker". Katanya, menyerahkan duit kita bulat-bulat kepada "broker" (supaya mereka tolong buat untung untuk kita) akan menyebabkan kewangan kita menjadi "broke" (pokai)!
Bukan salah untuk kita mempercayaai ejen. Tetapi apa yang anda perlu tahu, semua ejen produk kewangan (termasuk ejen emas seperti saya) mempunyai motif komisyen jualan. Mereka dibayar komisyen atas jualan yang mereka buat.
Samada jualan tersebut menguntungkan kita (sebagai pelanggan) ataupun tidak, mereka tetap dibayar.
Dan apa yang lebih malang, saya percaya hanya segelintir sahaja ejen (salesman) yang berjaya bertarung dengan diri dia sendiri, iaitu mengutamakan poket pelanggan berbanding poket dia sendiri!
Cara Betul Memanfaatkan Ejen Kewangan
Jadi untuk pastikan anda mendapat keuntungan dalam mana-mana pelaburan, saya nasihatkan supaya ambil inisiatif belajar sendiri.
Dapatkan informasi dan ilmu yang cukup daripada ejen tentang produk yang mereka jual. Kemudian buatlah keputusan mengikut kesesuian target kewangan sendiri.
Bagi saya, apa yang paling mahal yang boleh kita dapat dari seseorang ejen kewangan ialah ilmunya dalam bidang tersebut. Maksudnya, ejen tersebut bukan sekadar jurujual, tetapi mereka juga adalah pelanggan tegar bagi produk yang mereka sendiri jual.
Kalau mereka adalah ejen hartanah, mereka juga adalah pelabur hartanah tegar. Kalau mereka jual unit trust, mereka juga adalah pelabur tegar dalam unit trust. Dan kalau mereka jual emas, mereka juga adalah pelabur tegar dalam emas!
Itulah salah satu ciri-ciri terbaik untuk kita pilih mana-mana ejen pelaburan atau produk kewangan.
Mereka bukan sekadar jurujual, tetapi mereka juga adalah guru untuk kita melabur dalam produk yang mereka jual.
Inilah Risiko Sebenar Dalam Pelaburan
Kalau ejen tersebut sanggup memperturunkan ilmu yang betul, itulah pintu kita boleh buat keuntungan yang banyak dari pelaburan tersebut.
Dengan ilmu, amat sukar untuk kita kena tipu. Dan ilmu itulah kuncinya berapa banyak kita mampu mendapat keuntungan dari sesuatu pelaburan. Lagi banyak ilmu, lagi besarlah peluang mendapat keuntungan.
Apa yang anda perlu tahu, risiko terbesar dalam mana-mana pelaburan ialah melabur tanpa persediaan ilmu yang cukup.
Melabur tanpa ilmu bukanlah dianggap pelaburan, tetapi itu adalah perjudian!
Bermula Sebagai Pelabur, Akhirnya Jadi Ejen
Saya adalah penyimpan emas, dan saya juga adalah dealer emas Public Gold sejak tahun 2010 lagi.
Saya jadi dealer sebab saya beli emas, bukan beli emas sebab nak jadi dealer.
Walaupun pada permulaannya saya tak berminat jadi dealer emas (kerana komisyen yang sedikit), tapi setelah saya aktif mendidik masyarakat supaya simpan emas (kerana saya sendiri dapat manfaat yang besar dari simpanan emas), maka saya fikir, saya mempunyai tanggungjawab untuk bantu penyimpan emas supaya membeli emas di platform yang betul.
Maka saya ambil keputusan untuk jadi dealer Public Gold yang aktif, kerana berdasarkan pengalaman saya, Public Gold adalah platform terbaik bagi siapa yang nak simpan emas di Malaysia.
Bahkan saya boleh katakan, sesiapa yang nak menyimpan emas di Malaysia tetapi tak kenal Public Gold, itu pun sudah satu kerugian! Ini disebabkan Public Gold menawarkan pakej terbaik untuk pelabur emas di Malaysia.
Mudah dibeli, mudah dijual, dan yang paling penting, ianya patuh syariah!
Mereka Yang Untung dan Rugi Dalam Emas
Apa yang saya perhatikan berdasarkan pengalaman saya sebagai penyimpan emas sejak tahun 2010; mereka yang kecewa dan mengalami kerugian dalam pelaburan emas hanyalah satu sebab, iaitu mereka tak ada ilmu tentang emas.
Mereka beli emas sebab ikut-ikut orang lain, dan percaya bulat-bulan ejen emas tanpa ambil inisiatif sendiri untuk belajar - tak membaca buku, tak datang seminar dan sebagainya.
Akhirnya mereka kecewa dengan emas dan buat satu kesimpulan yang salah, iaitu "simpan emas tak untung".
Maka apa yang saya buat sebagai dealer emas, saya fokus pandaikan customer-customer saya supaya dia boleh uruskan hal 'pelaburan' mereka sendiri. Dengan ilmu dan pengalaman itu, mereka tak perlu bergantung harap kepada mana ejen emas lagi.
Cari Ejen Yang Mendidik, Bukan Sekadar Menjual
Saya juga menulis buku bertajuk "Wang Emas" supaya semua pembeli emas ini membeli emas dengan ilmu. Kerana ilmu itulah yang akan membuatkan simpanan emas mereka bertambah di luar jangkaan (ya betul, di luar jangkaan) mereka sendiri.
Bahkan kalau boleh, saya mahu mewajibkan semua penyimpan emas di bawah network saya (yang hari ini berjumlah lebih 180,000 orang) membaca buku Wang Emas ini. Buku ini sudah jadi macam buku teks bagi penyimpan-penyimpan emas di bawah network saya sekarang.
Saya meletakkan posisi saya sebagai guru, bukan salesman. Bila mereka ada ilmu, mereka sentiasa happy walauapapun keadaan harga emas.
Pelanggan Menang, Ejen Pun Menang!
Saya percaya, budaya mengajar dan belajar antara ejen kewangan dan customer inilah yang akan membuatkan kedua-dua pihak mendapat untung yang besar dalam jangka panjang.
Samada penyimpan emas, ataupun dealer emas, kedua-duanya akan menang! InsyaAllah.
"If your plan is for 1 year, plant rice.
If your plan is for 10 years, plant trees.
If your plan is for 100 years, educate people." - Confucius
Zulkifli
Cyberjaya, Malaysia
26 September 2021M
18 Safar 1443H
“Menurut Robert Kiyosaki, salah satu punca kewangan jadi makin teruk sebab terlalu percayakan ejen-ejen produk kewangan. Sedangkan banyak ejen bukan sahaja tak ada ilmu tentang kewangan, bahkan cenderung bagi nasihat yang salah demi dapatkan komisyen” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 12 Mac 2024

Bukan ejen insuran sahaja. Ejen lain pun sama. Mereka ada target jualan dan komisyen. Kita kena ada ilmu...
Artikel berkaitan:
- Elak Kena Scam, Selidiki 2 Perkara Sebelum Ikuti Sifu Kewangan
- Cara Betul Semak Cashflow Sendiri dan Bebas Masalah Kewangan
- Kita Adalah Mekanik Kewangan Sendiri
- Beli Satu Kereta, Terlepas Harta RM200,000!
- Untuk Pencen Umur 30 Tahun, Inilah Yang Pelajar Universiti Perlu Lakukan
- Langkah Pertama Menyimpan RM1 Juta!