MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Ubah Mindset, Masa Depan Akan Berubah

July 22, 2021

Mindset. Itulah yang membezakan cara kita melihat dunia.

Dan itulah juga yang membezakan bagaimana kita REACT (bertindak balas) dengan apa yang kita lihat.

Samada kita sedang berhadapan dengan PELUANG ataupun CABARAN, kita akan memberi reaksi mengikut cara kita melihat. Dan REAKSI itu akan menentukan samada kita akan bertambah MAJU, bertambah MUNDUR, atau tak membuatkan kita ke mana-mana.

More...

Foto Sama, Sudut Pandang Berbeza

Hanya pada sekeping gambar yang saya poskan pada 19 Julai 2021 (Isnin) di satu posting Facebook peribadi saya, iaitu ketika saya hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk dapatkan dos pertama vaksin Covid-19, setiap orang melihat dari sudut pandang yang berbeza.

Ada yang melihat saya hadir untuk dapatkan vaksinasi.

Ada yang lihat saya hadir ke MMU (Multimedia University).

Ada yang lihat saya pakai baju team bola sepak yang mana.

Ada yang lihat tubuh saya lebih slim berbanding apa yang mereka kenal saya beberapa tahun sebelum ni.

Ada yang lihat status saya dah lama tak lalu di wall FB dia.

Ada yang lihat waktu saya datang ke pusat vaksinasi ini hampir maghrib, nak dekat waktu berbuka puasa, dan waktu solat yang pendek.

Bahkan ada juga yang lihat jam tangan yang saya pakai tu jenama apa?!

Haha... Setiap orang reaksinya berbeza.

Ini Yang Membezakan Mindset Setiap Kita

Ia berbeza disebabkan mindset kita berbeza.

Dan mindset kita berbeza disebabkan ILMU dan PENGALAMAN hidup kita juga berbeza.

Dan itulah yang menentukan bagaimana kita melihat dunia dan memberi reaksi kepada apa yang ada di sekeliling kita. Samada ia adalah peluang mahupun cabaran.

Kita adalah apa yang kita fikir.

Dan inilah yang sangat saya tekankan, khususnya untuk murid-murid baru saya yang nak ikut jejak langkah saya untuk menjadi seorang yang financially free.

Nak kaya, kena pakai otak orang kaya.Nak berjaya, kena pakai otak mentor.

Kalau tak tahu kenapa mentor pesan supaya buat begini dan begitu, maka ambil langkah selamat, iaitu "buat dulu, faham kemudian".

Supaya kita memilih tindakan yang betul untuk mencapai yang apa yang mentor kita telah capai.

Kita Adalah Apa Yang Kita Fikir

Maka kerja keras yang kena buat bila nak bina kekayaan ialah UBAH MINDSET dulu. Supaya kita BERFIKIR sama macam orang kaya berfikir. Dan kita akan memilih TINDAKAN sama macam orang kaya bertindak. Maka kita juga akan dapat HASIL yang sama dengan orang kaya dapat.

InsyaAllah.

Caranya bagaimana?

Banyakkan membaca dan berkawanlah dengan orang yang mempunyai cita-cita yang sama dengan kita.

Sertailah circle (kelompok manusia) yang mana boleh mendorong kita mencapai apa yang kita cita-citakan.

Di mana kita 5 tahun akan datang, ia ditentukan oleh apa BUKU yang kita baca, dan dengan siapa kita BERKAWAN, dan apa IMPIAN kita pada hari ini.

Apa saja yang kita fikir, semuanya betul. Ia betul untuk diri kita. Tapi ia tidak untuk orang lain.

Kita adalah apa yang kita fikir.

"Reality is created by the mind. We can change our reality by changing our mind" - Plato

Zulkifli
Cyberjaya
20 Julai 2021

10 Zulhijjah 1442H
Hari Raya 'Idul Adha 1442

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >