MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Keyboard Warrior : Si Jahil Bantah Pakar, Disokong Si Bodoh

October 19, 2021

“Aku ingatkan singa... Rupa-rupanya tikus!...” 

Kata rakan saya senasib saya ketika di penjara bila kenal satu per satu keyboard warrior yang dihumban ke penjara bersama kami.  

Di medsos, nampak dialah paling berani, terpaling tahu pasal agama, sampai agamawan yang alim pun mereka berani bantah.

Tapi bila kenal dalam penjara, rupa-rupanya, mengaji Quran sangkut-sangkut. Ajak tadarus cabut lari... Majlis ilmu pun tak minat belajar. 

Si jahil bantah pakar

Walhal di mesos, dia banyak follower dan supporters. 

Daripada pengalaman tu, saya berlajar sesuatu;

Sebelum sebarkan sesuatu kenyataan di media sosial ni, sekurang-kurangnya semak dulu kredibiliti orang yang keluarkan kenyataaan itu.

Di media sosial, seseorang yang tak pernah belajar sesuatu bidang dengan mudahnya boleh membantah kenyataan seorang professor universiti yang dah bertahun-tahun buat kajian dalam bidang tersebut.

Hakikatnya banyak yang lantang di medsos ini tak lebih dari sekadar keyboard warrior sahaja.

Ilmu tak setara mana. Sekadar search di internet dan belajar dari pakcik Google... Tapi rasa terpaling tahu!

Sebab orang berilmu tahu batas ilmunya... Tapi kebodohan itu tiada batasnya...

Hakikat keyboard warrior 

Dalam penjara, saya jumpa banyak kes yang didakwa gara-gara kenyataannya di media sosial, sebenarnya bukanlah orang berilmu... Jauh sekali ada kredibiliti dalam sesuatu bidang. 

Bahkan kebanyakkan dari mereka sebenarnya adalah orang yang ‘gagal’ dalam kehidupan. Mereka dahagakan perhatian di media sosial - dunia yang mereka boleh sorok kegagalan hidupnya.  

Keyboard warrior yang bising bantah orang yang berkredibiliti bidang agama misalnya, padahal dalam penjara itulah baru dia baru nak kenal Alif, Baa, Taa!

Jadi hati-hatilah sebelum sebarkan sesuatu kenyataan dari mana-mana pihak di medsos. Sila semak dulu krebiliti mereka.

Kalau nama dia pun dah fake, profile picture pun tak pakai muka sendiri, itu sah-sah tak ada kredibiliti!

 

Masuk penjara gara-gara medsos

Oh ya, sudah banyak kes yang dihumban ke penjara gara-gara buat kenyataan dan komen semberono di media sosial!

Hanya kerana medsos, tak pasal-pasal masuk penjara.

Tak berbaloi...

Sebelum terikut-ikut dengan sesiapa di medsos, semaklah dulu apa kredibiliti mereka.

Kalau nak letak posting atau komen, letaklah posting dan komen yang baik-baik, atau diam sahaja lebih baik.

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
19 Oktober 2021
12 Rabiul Awwal 1443H

“Jadilah macam lebah. Kutip yang baik-baik dan sebarkan kebaikan supaya jadi penawar untuk orang lain. Jangan macam lalat yang cari hanya yang busuk-busuk dan sebarkan penyakit kepada orang lain. Hidup ini satu pilihan. Pilihlah yang baik-baik.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 5 Oktober 2023

“Orang baik dan berjaya, sopan dan baik kata-katanya. Jangan layan orang yang suka kecam di posting orang lain. Saya tak pernah kenal orang baik dan berjaya suka kecam orang. Blok dan abaikan sahaja. Waktu kita sangat berharga untuk layan mereka.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 18 Oktober 2023

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>