"Abang Zul, Sudin (bukan nama sebenar) bagitahu haram hukumnya buat undian (untuk dapat giliran waktu menggunakan telefon). Itu perbuatan syirik sebab Al-Quran haramkan 'mengundi nasib' ".
Saya terkejut beruk!... Syirik?... Jauh benar tersasarnya...
More...
Sesat lagi menyesatkan
Dulu saya pun belajar agama (di sekolah agama) dan ambil banyak subjek agama. Ayat Al-Quran tentang "mengundi nasib" dalam Quran tu saya pernah belajar.
Undi untuk dapat giliran tu bukanlah "mengundi nasib" sebagaimana yang Tuhan haramkan. Itu lain...
Takkanlah mengundi untuk dapat giliran gunakan telefon sampai masuk Neraka (syirik)!...
Jauh benar tersasar kefahaman dia...
Tapi apa yang lebih teruk, kefahaman salah tu disebarkan dan mereka menghasut orang yang sama-sama jahil.
Langsung tak semak dengan orang yang lebih berilmu...
Nak selamat, rujuk pakar
Di kalangan tahanan SOSMA di Penjara Tapah ketika tu, sekurang-kurangnya rujuklah mereka yang lebih berilmu; Ustaz Junaidi Omar (Imam 1), ataupun saya (Imam 2).
Walaupun saya bukanlah seorang Ustaz, tapi ada lah sedikit latarbelakang belajar agama.
Ataupun terus rujuk Ustaz Zulqarnain Ghaz yang memang tinggi kefahamannya (di kalangan kami) tentang ayat-ayat Al-Quran. Bahkan beliau fasih berbahasa Arab...
Tapi orang macam saya, Ustaz Junaidi dan Ustaz Zulqarnain dilabel jatuh "kafir / musyrik" bagi golongan ekstrimis - hanya sebab bagi kerjasama yang baik dengan pihak penjara.
Walaupun kelompok itu sangat kecil, tapi mereka sungguh "annoying" dan membuat masyarakat kecil (dalam penjara) rasa susah hati.
Ibarat nyamuk yang bermain-main di telinga... Sungguh "annoying"...
Golongan degil lagi keras kepala
Apa yang teruk juga, golongan tersebut langsung 'tutup telinga' untuk belajar agama yang disediakan oleh pihak penjara.
Mereka hanya terima ilmu agama dari kelompok mereka sahaja. Yang sama-sama jahil dan bahasa Arab pun tak faham.
Pengalaman 2 tahun dalam penjara bersama tahanan kes "terrorism dan extremism", baru saya tahu rupanya memang wujud golongan yang "bodoh lagi keras kepala" dalam masyarakat kita. Atau dalam kata lain ialah golongan yang "jahil lagi degil".
Barangkali itulah maksudnya "kafir" (dalam konteks bahasa)... Iaitu mereka yang keras kepala untuk terima kebenaran. Mereka tetap tolak kebenaran walaupun sudah terbukti kebenaran tu di depan mata.
Pada saya, apa sahaja urusan, serahkanlah sahaja kepada mereka yang benar-benar "ahli" dalam bidang tersebut.
Kalau mereka kata begitu dan begini, ikut sahajalah mereka yang pakar. Apatah lagi itu pandang majoriti kelompok yang pakar dalam sesuatu bidang.
Jangan memandai-mandai
Tak kisah dalam bidang apa sekalipun, samada dalam bidang agama, kesihatan atau kewangan... Serahkan pada yang pakar.
Jangan memandai-mandai...
Apatah lagi maklumat yang kita dapat itu dari sumber yang entah dari mana. Bahkan tak siapa berani ambil tanggungjawab sepenuhnya atas maklumat tersebut.
Ambillah jalan selamat...
"Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui" (An-Nahl 16 : 43)