MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Jangan Berhenti Belajar Agama, Kerana Kita Nak Masuk Syurga

October 2, 2023

"Eh, Papa hafal ya hadis-hadis Nabi?", tanya anak-anak terkejut pagi itu saya sampaikan ta'lim (pengajian ilmu) tanpa buka kitab. 

Pagi tu agak rushing sikit. Nak kena masuk KL atas urusan negara. Ada meeting dengan Timbalan Menteri Undang-undang di Parlimen untuk bicarakan hal SOSMA. Jadi waktu solat subuh lagi saya dah siap-siap kemas pakai kemeja. 

More...

Menadah Kitab Ketika Mahasiswa

Selalunya saya sampaikan ta'lim mesti ada kitab di depan saya sebagai rujukan. 

Walaupun selama ni banyak jer hadis-hadis yang saya sampaikan kepada mereka bukan apa yang tertera pada muka surat kitab yang saya buka tu. Tapi hadis-hadis yang saya hafal sepanjang hidup saya. Khususnya ketika di sekolah dan sepanjang di universiti. 

Di universiti, walaupun saya belajar bidang perakaunan, tapi saya ambil peluang belajar agama.

Waktu di universiti saya kerap ulang alik pergi menadah kitab agama dari guru agama di sekolah pondok.

Di universiti, saya obses dengan majlis-majlis ilmu agama sampai kawan-kawan gelarkan saya sebagai "Ustaz". Sebenarnya bukan sebab nak jadi Ustaz, tapi sebab nak masuk Syurga. 

Sebab Nak Masuk Syurga, Bukan Jadi Ustaz

Belajar agama ni bukan hanya untuk orang agama. Tapi untuk kita semua yang serius nak masuk Syurga, dan siapa yang nak mencorakkan kehidupan mereka ikut neraca Tuhan. 

Belajar ilmu agama (dan ilmu dunia) sebenarnya tak akan pernah habis sampailah kita mati.

Dengan ilmu tu nanti, kita dapat jaga diri kita dan ahli keluarga kita dari azab api neraka dan supaya kita dapat reunion kembali dengan orang yang kita sayangi di Syurga nanti. (Amiin...)

Kerana siapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, mereka itulah orang yang mendapat kejayaan yang agung. Dialah yang sebenar-benar capai hakikat kejayaan.

Dan itulah sepatutnya menjadi impian kita setiap umat manusia. 

Tiada Pilihan Lain, Kecuali Syurga

Kerana setiap kita pasti akan mati. Dan setiap kita pasti akan dibangkitkan semula setelah kita mati.

Ketika itu hanya dua sahaja tempat tinggal kita, samada ke Syurga ataupun ke Neraka (moga Allah lindungi kita semua).

Dan kita tak ada pilihan lain melainkan ke Syurga kerana tidak ada siapa yang mampu tahan panasnya api neraka yang panasnya 70 kali ganda dari kepanasan api dunia.

Pesan Nabi SAW: ‎من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين “Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” (Direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
2 Oktober 2023
17 Rabiul Awwal 1445H

#IslahDiri

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>