[Kemaskini 24 November 2024]
Bukan cuma sehari, tapi kita nak happy sekurang-kurangnya sebulan.
Penat-penat kita bekerja (sebulan), pastikan kita happy at least untuk sebulan. Bukan cuma sekadar hari gaji.
Hari gaji, hari yang semua orang paling happy - bagi yang bekerja makan gaji. Hari yang paling kita tunggu-tunggu.
Awal-awal pagi lagi kita dah cek akaun bank untuk pastikan duit gaji sudah masuk.
Happy bertahan berapa lama?
Kalau gaji tak masuk-masuk, setiap jam kita cek akaun bank!
Bila gaji sudah masuk, wahh... Kita happy macam dapat duit bonus!
Tapi persoalannya berapa lama rasa happy tu bertahan?
Kalau duit gaji masuk sebelah pagi, sebelah petang akaun hampir kosong, maka happy tu cuma sehari sahaja.
Bahkan ada orang, dia happy cuma setengah hari sahaja. Duit masuk sebelah pagi, tengah hari duit dah habis dibelanjakan dan gunakan untuk bayar hutang!
Lepas tu kena tunggu lagi sebulan untuk happy lagi sehari! Letih...
Sampai bila nak "happy sehari" macam tu?
Simpan dulu, belanja selebihnya
Untuk pastikan rasa happy tu bertahan lama; bila terima duit gaji, alihkan sebahagian duit sebagai simpanan PAKSA DAN LUPA. Selebihnya baru dibelanjakan.
Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan. Sampai bila-bila pun tak akan ada duit lebih.
Apa yang kita belanjakan, itu membuatkan orang lain lebih kaya. Sebaliknya apa yang kita simpan, itu yang menambah kekayaan kita.
Jadi sebelum mengkayakan orang lain, pastikan kayakan diri sendiri dulu. Simpan sebahagian pendapatan dulu, selebihnya barulah dibelanjakan.
Guru-guru kewangan sarankan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji perlu disimpan. Walaupun 10% tu memang tak cukup, tapi itu permulaan yang baik.
Paksa menabung minimum 10%
Simpan 10% itu sebagai;
- Dana kecemasan,
- Pelaburan masa depan (untuk miliki harta yang ada cashflow), dan
- Perbelanjaan penting masa depan.
Bagi penyimpan emas, sebahagian daripada 10% itu boleh digunakan untuk beli emas melalui Akaun Emas GAP Public Gold, #1gram1bulan.
Nak konsisten menabung emas, gunakan sahaja kaedah GAP Auto-Debit. Disiplinkan diri yang itu dulu.
Selebihnya terpulanglah nak letak dalam Tabung Haji atau ASB.
Nanti sedar-sedar hujung tahun, kita sudah ada 12 gram, bahkan lebih!
Simpanan tu bukan sahaja simpanan kalis inflasi, paling penting, ia akan jadi simpanan KALIS BOROS, insyaAllah...
Allahu a'lam.
Zulkiflli
Cyberjaya
25 September 2023
10 Rabiul Awwal 1445H
Kalau gaji sepatutnya terima pada 25hb, tapi tiba-tiba bulan ni dapat 17hb, saya tak akan sentuh gaji tu sehinggalah pada 25hb. Itu cara saya supaya tak ganggu bajet bulanan. Lagi cepat kita sentuh gaji tu, lagi cepat dia akan habis! - FB Mohd Zulkifli Shafie, 16 November 2022
Bila dapat gaji, reward diri sendiri dengan tambah simpanan. Supaya hasil penat lelah kita kerja sebulan, kita mampu senyum berbulan-bulan tengok simpanan dan harta kita makin lama makin bertambah. - FB Mohd Zulkifli Shafie, 24 November 2023
Bila dapat gaji, potong dulu sekurang-kurangnya 10% sebagai tabungan. Selebihnya barulah dibelanjakan. Apa yang kita simpanan, itu membuatkan kita bertambah kaya. Apa yang kita belanjakan, itu membuatkan orang lain bertambah kaya. - FB Mohd Zulkifli Shafie, 24 November 2023
Bila menyimpan, duit tak cukup (untuk belanja). Kalau tak simpan pun duit tak cukup juga. Tapi bila menyimpan, dalam serba tak cukup pun masih ada duit berbaki dalam simpanan. Akhirnya simpanan makin lama makin bertambah. - FB Mohd Zulkifli Shafie, 24 November 2024
Dah usaha menabung, tiba-tiba ada hal emergency sampai kena korek tabungan, itu namanya takdir. Tapi kalau tak usaha menabung dan tak belajar ilmu kewangan, tiba-tiba ada hal emergency sampai kena hutang sana sini, itu bukan salah takdir. Tapi salah tadbir. - FB Mohd Zulkifli Shafie, 19 Mac 2024