MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Memupuk Tabiat Orang Kaya Dengan Emas

October 28, 2015

[Semakan 6 Januari 2024]

Ada seorang pembaca blog ni contact saya. Dia mula membeli emas lepas baca blog saya ni.

Katanya, bila dah bermula, dia jadi ‘ketagih’ menabung emas. Disebabkan ketagihan (menabung emas), sedar-sedar sudah RM38,000 duit dia dah ditukar kepada emas dalam tempoh 7 bulan! MasyaAllah... Ketagihan yang baik.

Berbeza dengan ketagih berbelanja... Sedar-sedar dapat panggilan telefon daripada bank gara-gara bil kad kredit da berbulan-bulan tertunggak...

Untuk bina kekayaan, kerja keras yang kita kena buat bukan sekadar cari pelaburan yang ROI-nya (Return on Investment) paling tinggi. Tapi yang lebih penting bentuk TABIAT DAN SIKAP kita terhadap kewangan. 

Kalau jumpa pelaburan yang bagi pulangan paling tinggi sekalipun, ia tak akan membuatkan kita bertambah kaya selagi tabiat dan sikap masih lagi tak berubah.

Bukan Sebab Bijak, Tetapi Tabiat

Tabiat orang kaya-kaya ialah KUMPUL HARTA. Mereka puas bila harta bertambah. Mereka beli, beli dan terus membeli harta. Kekayaan mereka makin lama makin bertambah...

Tapi ia berbeza dengan orang kebanyakkan.

Tabiat orang kebanyakkan ialah BERBELANJA dan tambah hutang semaksimum yang mana boleh. Mereka rasa puas bila berbelanja walaupun pendek kata, semuanya dah ada belaka...

Ada kereta masih elok dan berfungsi dengan baik pun nak ditukar baharu. Tak pernah rasa cukup dengan apa yang ada...

Bila buat pelaburan, mereka mungkin lebih bijak dari orang kaya. Tapi bila melabur, mereka dah siap-siap fikir; ke manakah duit untung tu nanti nak DIBELANJAKAN...

Jadi untunglah sebanyak mana sekalipun, kekayaan mereka akhirnya bocor juga...

Kesan Emosi Penyimpan Emas

Untuk kaya, kita sebenarnya tak perlu secerdik rocket scientist... Tapi cukuplah dengan memperbetulkan tabiat kita tentang kewangan macam tabiat orang kaya-kaya.

Salah satu cara nak pupuk tabiat orang kaya ialah mula jadikan emas sebagai salah satu bentuk simpanan jangka panjang.

Berdasarkan banyak pengalaman, 'masalah' penyimpan-penyimpan emas ni, walaupun harga emas naik banyak sekalipun, mereka rasa “sayang nak jual”... Emas berikan kesan emosi mendalam kepada penyimpannya... Ia sangat berbeza dengan menyimpan duit kertas

Emas memberikan kesan emosi positif kepada penyimpannya.

Perasaan “sayang nak jual” membuatkan kekayaan penyimpan-penyimpan emas ni bertahan dan terus bertambah.

Itulah apa yang saya dan penyimpan-penyimpan emas di bawah saya rasa... Saya terus membeli, membeli, dan membeli emas sejak 2010 tanpa pernah menjualnya.

Saya fikir, saya cuma akan jual samada;

(1) terdesak nak pakai duit seadangkan duit lain sudah habis, atau

(2) tukar kepada aset fizikal lain seperti membeli rumah di bawah harga pasaran, tanah yang mendatangkan hasil, atau

(3) bila dah capai matlamat tabungan, seperti tabungan pendidikan anak-anak atau nak naik haji.

Bukannya jual bila untung semata-mata untuk belanjakan keuntungan tu... Bukan... Bukan...

Bukan ROI Membuatkan Kita Kaya

Kekadang kita cari pelaburan yang keuntungannya paling tinggi. Tetapi kerugian lebih besar kewangan kita (termasuk saya juga) bukan disebabkan pelaburan tak untung, tapi duit bocor sebab desakan EMOSI yang kuat nak berbelanja bila ‘ada duit’. 

Selagi ada duit, emosi kita terganggu... Bila duit dah habis baru rasa lega... Betul tak? 🙂

Kalau itu masalahnya, mungkin emas adalah ubatnya... Rasa lega duit habis beli emas tak apa sebab emas tu ‘duit’ juga, tapi dalam bentuk berbeza (yang lebih bertahan nilainya)... 

Bak kata seorang follower Facebook saya, emas bukan sekadar kalis inflasi, tetapi emas juga kalis boros! 🙂

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
28 Oktober 2015
15 Muharram 1437H

“Simpan emas sahaja tak cukup untuk jadi kaya. Tapi ia satu permulaan baik sebagai asas untuk unlock lebih banyak kunci-kunci kekayaan yang lain” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 9 Februari 2023

Dah melekat mindset orang kaya... Ada duit, otak asyik fikir nak menabung, menabung, menabung dulu... (sharing FB Januari 2024)

Sharing daripada Pn Wan Salina di Facebook beliau.

Duit simpanan dah tak korek... (sharing FB Januari 2024)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Saya salah seorang yang terjumpa blog ini dan buat kajian selama 2 tahun berkenaan emas public gold. Skrg saya membeli emas secara berdikit2 untuk masa depan. terima kasih en zul atas ilmu emas yang diberikan.

  • Setuju!!! Pengalaman saya sendiri. Sahabat baik telah menyarankan agar membeli emas (gold bar) untuk elakkan duit cash habis. Saya tak caya dan anggap kawan sengaja promote supaya dia dapat komisyen kalau saya beli gold bar tu. Selepas beberapa bulan saya mula akui bahawa duit cash ni memang cepat ja habis (saya la tangan panas) sebab ada ja benda nak beli. Mentang-mentang ada duit lebih sikit ada ja nak dibeli sampai lupa yang gunung tu kalo hari-hari kena tarah jadi rata lah dia. Dengan baki duit yang sedikit tu saya akhirnya beli gold bar dari kawan saya tu (dealer public gold). Rasa seronok pulak kerana beberapa bulan berikutnya boleh rasa perbezaannya. Sebelum tu 5-6k sekejap ja habis tapi lepas convert cash to gold bar, selamatlah duit cash tu. Dah lah tu ja yang ada alhamdulillah… Sehingga kini saya masih mengumpul gold bar. Tak banyak namun sekurang-kurangnya saya buat walaupun setakat 1 gram. Alhamdulillah. Simpanlah emas untuk elak kebocoran wang. Insyaallah…

  • alhamdulilah, setakat ni tak pernah lagi jual… saya simpan je… dan tambah sikit sikit…. kalau keadaan memerlukan saya jual balik gold bar tu, saya jual.

    tapi bukan sekarang masa nya.

    hehehe

  • Assalamualaikum Encik Zul ,

    Alhamdulillah ..saya dipilih Allah bersama2 insan2 lain utk celik ttg emas.
    dan Alhamdulillah …anak2 saya saya terapkan simpan emas berbanding simpan duit . skrg ni mrk kalau tgk tabung mrk dah nak penuh…mrk akan kata nak ke Public Gold…tukar duit jadi emas. Emas tu kakak punya . bukan org bank punya.

    Seronok tgk mrk seronok!!

    Semoga simpanan emas berdikit2 mereka itu dapat menjadi banyak bila mrk dewasa kelak . Emas kalis inflasi , semakin seronok utk membeli !

  • saya baru dapat website tuan masa saya baca buku…mudah nya menyemput rezeki…saya berminat nak beli emas dgn tuan…tapi tak tau cara nya…boleh tuan bantu saya…

  • Alhamdulillah saya dah mula dah buat simpanan emas sejak daripada gaji saya yang pertama. Memandangkan saya baru berkerja, jadi tidak la banyak simpanannya. Tapi tabiat itu yang saya cuba terapkan iaitu membeli emas pada setiap bulan.

    Menyentuh mengenai entri pula,

    Betul apa yang Tuan cakap mengenai rasa “sayang” nak jual emas. Macam mana susah pun, emas tu saya tak nak jual sebab rasa rugi. hehe

  • Alhamdullilah… jupe blog ni dah lama…semua enti blog ni saya dah bca… n, ada enti yg berulang2 saya bca…ambik masa juga nak menyimpan emas, tp dengan perkongsian ilmu dlm blog en zul ni, saya dah mula menyimpan sejak 3 bulan lalu dgn kaedah GAP… now dah rasa ketagih plak… tggu gaji 25hb dan side income setiap bulan bukan lg utk byr hutang tp tak sabar nak tukar rm200 kepada emas….tq en zul, atas kewujudan blog dan sentiasa reply wasap2 saya… ” 😉 cik nugee”….

  • assalamualaikum,
    tuan,
    alhamdulillah saya terjumpa blog tuan mengenai emas,terus rasa macam nk menyimpan jugak.boleh tak tuan terangkan dengan lebih detail untuk saving melalui emas.

    untuk pengetahuan tuan,setiap bulan saya target akan simpan 1000-1500 sebulan dan jika ada lebihan saya gemar untuk membeli barang kemas tetapi tak pernah terpikir untuk simpan melalui emas.bagaimana caranya.boleh kah tuan membantu.

    terima kasih atas bantuan yang diberikan.semoga allah memurahkan rezeki tuan sekeluarga.

    salam.

    • Wslm Cik Farah,

      InsyaAllah saya boleh guide.

      Kalau dengan bajet tu, saya boleh syorkan beli 1 dinar x 2 keping setiap bulan.

      Cik Farah boleh wassap saya 019-336 8009. Nanti saya guide cara membuat pembelian. InsyaAllah.

  • as salam en zul..sy nak bertanya sikit berkaitan dengan zakat emas..emas yang telah cukup 85 gm dlm tmpoh 1 tahun wajib dibayar zakat sebanyak 2.5% dari nilai emas. maksudnya emas tu secara fizikal sahaja ke?mcm mana pula emas yang di dalam acc GAP? adakah ia termasuk emas yang dikenakan zakat emas..t.kasih..

  • terima kasih untuk ilmu yg banyak tuan telah curahkn dlm blog ini.. saya mohon untuk mengunakn article2 dlm blog ini untuk mendidik kenalan2 saya ttg emas..

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >