Membina reputasi memakan masa, tapi meruntuhnya hanya sekelip mata. Itulah bila kita bercakap tentang "reputasi". Kesilapan yang sering dilakukan oleh ramai dealer Public Gold (PG) yang give-up ialah 'menembak kaki sendiri'. Mereka fikir, mereka ‘tembak’ Public Gold bila tak berpuashati, tapi sebenarnya tertembak kaki sendiri! Ia mencederakan bisnesnya sendiri dan meruntuhkan reputasi yang penat dia bina selama ini. Customer akan lari dan hilang kepercayaan. Dia sebenarnya melingkupkan bisnes sendiri dengan mulutnya sendiri. Inilah antara pemerhatian saya sejak 2010 lagi.
Bila ada sesuatu yang tak puas hati, beritahu kepada upline Master Dealer (MD) masing-masing. Minta MD tersebut bercakap kepada PG. Itulah cara yang betul, bukan dengan cara mewar-warkan di facebook atau dalam mana-mana media sosial, sebab ia akan merugikan kita sendiri. PG tak rugi.
Jangan Tembak Kaki Sendiri
Pernah ada MD yang buat sales hingga hampir melayakkan dia join melancong ke overseas bersama PG, dan PG sedang mempertimbangkan untuk jemput dia ke trip tersebut tetapi terpaksa dibatalkan! Ini disebabkan dia sengaja memburuk-burukkan PG dalam Facebook hanya disebabkan ada hal yang dia tak puas hati (yang masih boleh dibawa berbincang)!
Jadi siapa yang rugi?
Ada MD yang marah-marah di Facebook secara ‘public’ disebabkan tak berpuashati dengan syarat requalification (i.e. perlu ada jualan RM100k untuk tempoh 6 bulan), tetapi selepas itu upline MD-nya tolong negotiate dengan PG untuk dia kekal sebagai MD walaupun dia tak cukup jualan. PG terima untuk dia kekal sebagai MD atas IHSAN PG, tapi masalahnya, habis customernya sudah lari!
Jadi siapa yang rugi?
Moral of the story, kalau ada sesuatu NEGATIF, jangan cerita kepada UMUM, tapi ceritakan melalui saluran yang betul. Dato Louis (owner PG) yang saya kenal, seorang yang boleh dibawa berbincang. Kalau tak, mana mungkin Projek Syariah Compliance diberi ‘green light’ oleh Dato untuk saya dan Ust Khairul Anuar teruskan?
Public Gold Sedia Mendengar
Masa saya nak PROPOSE projek syariah tersebut, semua MD cakap “Dato tak nak shariah sebab projek tu dah tergendala sejak 2009 lagi”, tetapi bila saya propose, Dato terima dan bagi FULL SUPPORT! Mungkin Dato nampak keseriusan dan KEJUJURAN kami untuk jadikan PG lebih baik.
Masa nak propose Projek Shariah, saya dan Ust Khairul pergi ke Penang dengan duit tambang sendiri tanpa minta apa-apa daripada PG. Kami tak mengharapkan apa-apa ganjaran dari PG. Kami cuma mahu PG jadi lebih baik.
Lepas selesai meeting dengan Dato dan team-nya, kami dijemput makan di tempat VVIP. Saya kira Dato belaja kami makan habis dalam RM600++ hanya untuk 4 orang makan! Dan sebelum balik, Dato hadiahkan kami gold bar 1 gram setiap seorang dan dia minta drivernya hantar kami ke airport naik Rolce Roice (nak eja pun tak reti... 🙂 ).
Apa yang saya nak cerita ini; kami dilayan VVIP walaupun kami ini datang sebagai tetamu yang tak diundang. Percayalah, orang akan menghargai KEJUJURAN kita dalam berurusan. Begitulah juga dengan PG. Sebarang masalah boleh diselesaikan dengan cara yang baik, insyaAllah.
Wallahu a'lam.
Zulkifli
Damansara Damai
30 Mac 2015
10 Jamadil Akhir 1436H
[Kredit foto : realclearscience]