MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Emas Mahal Hari Ini Akan Dianggap ‘Murah’ Beberapa Tahun Akan Datang

Kita Simpan "Nilai", Bukan Sekadar Simpan "Logam"

"Saya dah tak beli (tambah lagi simpanan) emas. Sebab harga emas dah mahal..."

Ini antara feedback yang saya terima daripada sebahagian penyimpan emas lama... Yang pada saya, dia simpan emas, tapi dia tak dapatkan ilmunya sekali.

Supaya dia mudah faham dan fikir balik, selalunya saya respond ringkas begini;

"Kalau nak logam lebih banyak, simpanlah silver... atau tembaga (copper)... atau baik simpan logam besi terus! 

Lagi banyak logam boleh dapat kan?... "

Tapi persoalannya, kenapa ramai orang tetap pilih emas walaupun harga emas mahal?

More...

👉 Sebab kita bukan nak simpan logamnya... Tapi nak simpan nilai kekayaan kita ke dalam bentuk logam tu. 

Supaya lebih mudah simpan nilai kekayaan yang besar, kita prefer simpan emas saja. 

Bayangkan kita boleh simpan nilai sebiji rumah hanya dalam tangan saja!

Sekeping gold bar 1 kilogram

= nilainya lebih RM600k

= harga sebiji rumah

= boleh simpan dalam poket!

 Nilai Kekayaan Besar Dalam Item Kecil

Sebaliknya, silver bar 5 kilogram yang saya pegang ni, nilainya tak sampai pun RM60k. Makna kata, kalau nak tukar simpanan RM600k, kita perlukan 50 kilogram silver

Wah... Mana nak simpan?

Macam mana nak sorok?

Wah... Boleh kena slip disc kalau nak bawa ke sana ke mari!

Kalau berlaku emergency, macam mana nak pikul bawa lari? 

👉 Nah... Itulah sebab kenapa ramai orang masih prefer simpan emas, walaupun harganya makin mahal.

Malah... Lagi mahal harganya, lagi menarik minat orang kaya-kaya untuk beli emas. 

Kita boleh simpan nilai kekayaan lebih besar, pada item lebih kecil.

Dalam diam-diam, tiada siapa sedar dalam poket kita sebenarnya ada 1 kilo emas, yang nilainya boleh beli sebuah rumah!

 RM180 Dulu Pun Orang Kata Mahal!

Walaupun harga emas sekarang mahal, tapi saya percaya, harga yang kita anggap mahal hari ni akan dianggap murah beberapa tahun akan datang! 

Sebagaimana tahun 2018... Harga emas sekitar RM180 segram. Harga tu dianggap mahal pada ketika tu. Harga tertinggi dalam sejarah ketika tu.

Dan saya ulang kata-kata ni dalam setiap kali sampaikan #SeminarKayaDenganEmas ketika tu;

"Harga emas mahal hari ni akan dianggap murah beberapa tahun akan datang..."

✅ Menabung sajalah sikit-sikit... Yang penting ialah konsisten. 

Menabunglah sampai kepingan emas sekurang-kurangnya cukup untuk cover 12 bulan gaji. Malah sampai capai target #1keluarga1kiloemas. InsyaAllah... 

Kenaikan harga tu cuma persoalan masa saja. 

Sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata sekitar 10% setahun sepanjang sejarah 20 tahun.

Ia lebih baik berbanding simpan duit dalam ASB atau Tabung Haji untuk jangka masa panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas.

#TipKayaDenganEmas

#TipHargaEmas

Zulkifli
Cyberjaya 

May 2026
13 Zulkaedah 1447H

Tentang Penulis

Anis Adlina Mohd Zulkifli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}